CHAPTER 3

Action Series 5187

" ABANG, ABANG !!! " daun pintu ditolak kuat dan terus meluru kearah abangnya yang berada di balkoni.

" Abang, tadi tu kak bella yang abang cakap tu kan? dia kan yang salah seorang ketua mafia tu !? " soal kyra tiba-tiba, termengah-mengah dia menunduk di tepi abangnya. yang abangnya ni pon satu eh silap abang ada 3 haha.. abang yang ni duduk di tingkat 3 abang lagi sorang tingkat 1 abang lagi sorang tu pulak bawah tanah duduknya ah mantap... mana tak penat hadui...

" Hm.. kenapa? adik jumpa dia ke ? " soal kyzo pura-pura tidak tahu sambil memandang adiknya yang sudah terbaring di katil, kyzo menggelengkan kepala.
suka hati bapak dia main baring dekat katil orang.

" Haah.. dia tolong adik tadi. " jawab kyra selamba, buat-buat tanya pulak ingat adik tak tahu abang nampak kak bella dekat pintu tadi.

" Hah? tolong? tolong apa? tolong panjat bangunan ? " soal kyzo bertubi-tubi dengan wajah selamba , kakinya melangkah ke meja kopi di balkoni dan mencapai telefonnya.

" Daripada panjat bangunan baik panjat otak abang tu dah macam senget je.. " balas kyra juga selamba. abang nya yang kedua ni memang sengal sikit. nasib abang long dah kahwin kalau tak sampai kiamatlah aku takde anak buah, hahahaha..

" Tapi kan... abang cakap kak bella tu boleh tahan ganas kan? tapi tadi adik tengok dia okey je, takdelah ganas mana.." kyra bangun dari baring dan memandang abangnya yang sedang leka bermain telefon. satu bantal kecil dicampak.

" Ape benda kau ni dik !! datang bulan ke !? orang dengarlahhh... " jerit kyzo bantal yang dibaling kearahnya diletak kebawah kepala. Dah macam lending tepi pantai ni kalau burung tercirit tengah alam ni confirm aku kena dulu kalau aku kena dulu confirm jugak pecah telur kau burung, hahahahhaha...

" Memanglah dah kau tu perempuan takkan lah dia nak bagi kau tengok dia main sniper depan kau pulak.. lainlah kalau dia jumpa aku memang samurai naruto lah dia keluarkan hahahaha..." sambung kyzo sempat dia melepaskan tawanya entah apa yang lawak pon dia tak tahu.

" Ha ha tak lawak... " balas emira, ketawanya dibuat-buat . malas mahu layan perangai abangnya. kaki terus melangkah keluar daripada bilik.

kyzo yang memerhati hanya menggeleng.
" Bella...tak ganas? tu bukan bella tu bola, hahahaha.." gelak kyzo. dia teringat kembali kejadian beberapa minggu yang lepas.

" Wei macam mana ni Ad, diorang dah block pintu ni dengan timer bom kalau kita tolak jugak memang hancur bangunan " soal armand, salah seorang kawan kyzo yang ikut menjalankan misinya.

masing-masing mendengar percakapan armand melalui earpiece yang berada di telinga.

" Tch!! sial betullah orang tua ni, hidup memang menyusahkan betul ! " rungut kyzo, baru sahaja dia berniat untuk menembak pintu gerbang besi itu kedengaran suara seorang menghalang. semua yang berada di situ menoleh ke arah munculnya suara.

Seorang gadis berpakaian serba hitam lengkap dengan mask hitam di wajah jalan perlahan-lahan ke arah mereka dengan sebuah sniper rifle M24 di tangan.
" That's exactly what your friend said, belakang tu ada bom yang berbahaya dan semestinya bom hanya boleh berlawan dengan bom " gadis itu berhenti tepat-tepat dihadapan kyzo yang masih mengacukan sniper ke arah kepala gadis itu.

" Siapa kau !? " soal kyzo tegas, sniper masih tidak bergerak dari kepala gadis itu.

" i datang sini cuma nak tolong you all je...tapi kalau tak sudi i berundur... " ucap gadis itu, perlahan-lahan kakinya mengundur ke belakang.

" Ad, aku rasa dia memang betul-betul nak tolong kita dia datang sorang tak bawak geng pon aku dah check tadi " terang armand di earpiece kelima-lima jejakan yang berada di situ memandang kyzo yang masih ragu-ragu dengan gadis tadi.

" Aku benarkan kau tolong kami tapi ingat kalau kau buat selain dari apa yang kau cakap tadi aku tak teragak-agak nak hilangkan kepala kau... " kata kyzo mendatar, dia sudah tidak punya pilihan lain selain mendapatkan pertolongan gadis itu.

" Huhh! " gadis berambut perang itu berjalan maju ke depan pintu besar itu dan melekatkan satu kotak kecil sekecil kotak mancis di pintu . earpiece ditekan.

" Dalam kiraan 3 lari dari sini sejauh 10meter tu pon kalau nak hidup lah... " arah gadis itu dan berjalan jauh sedikit demi sedikit daripada pintu.

semua yang berada di situ tercengang apabila earpiece yang mereka pakai tersambung dengan earpiece gadis itu. sejak bila dia ada earpiece yang sama? bukan ke dah set untuk kita berlima je.

" One...two...three. RUN !!! " jerit gadis itu tiba-tiba dengan sepantas yang boleh semua lari berlindung.

BOOM... hancur berkecai sudah pintu besi yang awalnya tertutup gagah kini hanya tinggal serpihan yang masih berasap.

kyzo memandang kembali tempat di mana gadis tadi berlindung namun tempat itu sudah kosong, mata meliar sekeliling mencari namun masih tidak dapat dikesan lagi. segera kyzo melangkah ke tempat gadis itu dan melihat satu kertas putih yang dituliskan sesuatu.

' My name is bella, Bella Av... i tolong pon sebab ternampak you macam perlukan bantuan bukan nak mengintip okey... ' kyzo yang membaca tersenyum melihat pesanan itu dilipat dan terus disimpan ke dalam poket seluar.

Segera sniper dicapai dan terus menuju ke arah armand yang menunggu di depan pintu.

" Today I want to create a new weapon so as usual I want you all to please choose the appropriate color and some other models for me to design, the weapon later I will give an overview and I want you to calculate all the cost, okay until here today this. william please finish what I told you before and send it to me in 2 days, well all disperse... " terang bella panjang lebar, setelah semua staff yang berada di dalam pejabat itu beredar bella mengeliat sedikit dan menyandarkan badannya pada kerusi.

Alfro yang masih setia di dalam bilik itu melangkah perlahan ke arah majikannya dan duduk di sebelah.

" Alf, what about lyzia and lin? " soal bella, matanya masih tertutup. semalaman dia mengerjakan pekerjaan papanya yang masih tergendala sekarang ini dia sudah menjadi ketua syarikat Haz G&W menggantikan ayahnya yang sudah pergi. Makin beratlah tanggung jawabnya sekarang, mungkin lagi seminggu sepupu nya yang berada di Spain akan tiba untuk menolongnya menguruskan syarikat, harapkan dia seorang memang tak menjadi lah jawabnya. lagipula sepupunya Harry Axel memang berbakat dengan masaalah office ini.

" Group snip masih menjalankan pencarian, jejak diorang berdua dah hampir jumpa tapi kalau ikut informasi diorang berpecah, beberapa hari lepas ada yang nampak lyzia sekarang dia berada di German " terang Alfro, dia sedikit bebas apabila bersama dengan bella kerana dia sudah bekerja sama selama 5 tahun jadi bella hanya menganggapnya seperti adik memandangkan dia muda dari bella satu tahun.

bella tersenyum senget, pen yang berada di hujung jari diputar-putarkan.
" Huhh! setakat german ingat aku tak boleh cari kau ke Lyzia..." tawanya dilepas. kaki terus melangkah menuju ke luar.

BANG...BANG...BANG..
Tiga tembakan ditembak tepat mengena sasaran, hujung pistol putihnya ditiup perlahan.

Bella memandang target yang sudah hancur lunyai ditembaknya sebentar tadi, bibir tersenyum puas.
diambil pula satu archers bercorak belang hitam putih dan satu bag arrow disandang ke badan.

Tangan mula menarik tali archers tiba-tiba pintu dibuka oleh seseorang tanpa mengetuk terlebih dahulu, bella yang mendengar bunyi pintu terus melepaskan arrow ke arah pintu.

Pheww...

Alfro yang berada di pintu sempat menunduk sebelum arrow itu terbenam ke dalam dinding.

" Didn't I already tell you? if you want to come in tap first..." ujar bella mendatar, dilihat Alfro hanya tersengih
memandangnya , muda-muda dah lupa budak zaman sekarang ni... habistu aku dewasa sangat ke ? hahaha...

" Ada apa Alfro cari i ? " soal bella satu lagi arrow dilepas pada target,

10 poin...

" Ada orang nak jumpa you " jawab Alfro, kaki melangkah ke arah target dan mengambil arrow yang sudah tertindih dengan beberapa arrow yang lain, ketuanya ini kalau sudah mula bermain memang tak ingat tanah...

" Who's ? "

" You go see for yourself..." ujar Alfro mendatar, keningnya sengaja diangkat. bag arrow pada badan bella ditanggalkan dan mencapai juga archers di tangan bella.

" Tch !! kacaulah...orang baru nak masuk alam bunian..." rungut bella namun kakinya diarahkan juga ke pintu keluar.

Dua cawan kopi latte dikacau sehingga sebati lalu dibawa menuju ke dalam bilik tetamu.

" Forgive me for being late, I had a little thing just now..." ucap bella sopan, satu cawan diletak dihadapan lelaki berhoodie hitam itu. bella cuba memerhati wajah lelaki itu tetapi terhalang oleh mask yang dipakai olehnya.

ceh, misteri sangatlah ni sampai jumpa aku pun kena pakai mask bagai ingat aku ada virus menular ke, ey dia ni...

" it's okay... i just nak berkenalan dengan you Av..." kata lelaki itu perlahan-lahan kepala hoodie yang menutup kepalanya dibuka mask diwajahnya juga dilepaskan. bibir tersenyum memandang gadis dihadapannya.

Bella yang mendengar namanya disebut tergamam, nama tu... hanya orang tertentu sahaja yang boleh sebut nama panggilan belakangnya dengan dua huruf, A V...

segera mata memandang wajah lelaki itu, bibir tersenyum senget.

Huhhh ! ... idiot ni rupanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience