CHAPTER 6

Action Series 5187

" So, apa rancangan abang sekarang ni ? " tanya bella. gambar yang bersepah atas kati dikutip dan dimasukkan kembali ke dalam sampulnya.

" Buat masa ni kita guna Jet CJ3 yang bella ada..." cadang Jefry, bella yang berdiri bersamanya di luar balkoni dipandang.

Bella yang mendengar cadangan Jefry mengangguk perlahan.
" but ... it's not just the two of us, is it? " tanya bella, kalau aku dengan Jef je yang pergi confirm jadi jenazah mafia.

" Of course, abang ada ajak kawan abang sekali, bella tak ajak sapa-sapa join ziarah Danial ke ? Hahaha...
okay, okay back to the poin. " Jefry kembali serius apabila melihat wajah bella yang tidak berperasaan itu. orang buat lawak tu gelaklah bahalol betul bagi aku gelak sorang-sorang.

" its , okay. Nanti suruh kawan abang tu stay rumah bella in 3 day. " ujar bella mendatar. tangannya bermain di skrin telefon menulis pesan kepada Alfro.

" For what !? "

Bella menggaru-garu keningnya, apasal lah Jefry ni loading sangat...
"after that, there's no way we won't make a plan isn't it?"
senyuman hambar dilempar ke arah Jefry.

" Ouh...haha , betul jugak eh. Okaylah dah pergi balik bilik sana orang nak tidur ! " arah Jefry, badan bella ditolak menuju ke pintu.

" Wait, wait ! hujung minggu ni kita gerak, okay ? " bella meletakkan jari telunjuknya tepat-tepat di depan muka Jefry. wajah seriusnya ditayang.

Jefry hanya mengangguk dan mengenyitkan matanya lalu cepat-cepat pintu ditutup.

" Arghhh !!! Aku tak tahan nak kencing bodoh, membebel pulak minah ni !! " kaki terus berlari laju menuju ke bilik air.

BANG !! BANG !!
dua peluru dilepaskan tepat mengenai kayu yang sudah semakin reput.

" I'll give you 5 days if you don't give me what I want, you'd better die, damn bastard !!!! " jerit suara yang berada tidak jauh darinya satu tumbukan tiba-tiba dilepaskan.

Leo mengerang kesakitan, cecair merah mula mengalir di hujung bibirnya.

" Hmph !! Aku tanya suruh kau jawab bukan buat bodoh, kau ni saja cari kemarahan aku kan !? tapi aku rasa sekarang aku tahu apa kelemahan kau..." ujar Daniel, Segera skrin telefon diangkat ke wajah Leo, rahang Leo dicengkam kuat sehingga wajahnya terdongak ke atas.

" Aku rasa kau kenal perempuan ni, siapa ek ? bukan ke dia adik kau? Hm !? " Daniel tersenyum sinis, rahang Leo dilepas kuat.

Leo yang melihat gambar itu hanya mampu
mengetap bibir.
" Jangan kau berani sentuh dia !!!! " kata Leo perlahan namun masih dapat didengari oleh Daniel.

" Apa dia? jangan sentuh? tapi adik kau memang lengkap citarasa aku... " balas Daniel selamba. satu picagari berisi cecair hijau dikeluarkan dari dalam poket bajunya.

Crakkk !!!
sedikit demi sedikit cecair itu mengalir ke dalam badan Leo yang sudah semakin lemah.

" AKU...AKAN PASTIKAN KAU...MATI DEPAN MATA AKU DANIEL...ARGHHHH !!!!! "

Bagasi yang sudah diisi penuh dengan riffle dan beberapa senjata lain di zip rapat lalu dibawa menuju ke halaman rumah.

Hampir 10 buah riffle yang dibawa, katanya nak ziarah orang kena bawak hadiah, kepala bapak dia hadiah.

Kyzo memandang sekilas jam tangannya, pintu rumah yang masih terbuka luas dipandang.

4 ekor toyol ni memang nak kena baling ke apa??

" Woi ! korang ni ambik pistol ke buat pistol !! " jerit kyzo dari luar. bagasinya telah siap diletakkan di bonet kereta belakang.

" Ampun Tuanku, hamba sedang membuat pistol sebentar tadi. Hahahahah..." muncul Azyan bersama 3 lelaki yang berdiri di belakangnya sambil acah-acah memakai kaca hitam buat macam gaya model yang tak dapat insuran.

Kyzo yang melihat keempat-empat manusia itu mengurut pelipis matanya perlahan.

menyesal aku kutip manusia ni dulu, perangai semua macam celaka.

kayu besbol yang elok terletak di dalam keretanya dicapai dan diangkat tinggi persis seperti orang yang mahu melempar bola besbol tetapi ni bukan nak lempar bola ni nak lempar bala. tahu tak bala ??

" Korang nak jadi model tak berbayar ke hah !! tercegat macam batu tu dah kenapa, bawaklah masuk barang cepat !! " jerkah Kyzo, mukanya dibuat serius padahal dalam hati tak boleh tahan gelak dah lagi-lagi bila tengok Riz yang tersalah tarik bag, orang lain elok je tarik beg sendiri dia pergi tarik pasu bunga mak aku.
memang betul-betul celaka semua.

kode pasword dimasukkan ke dalam peti access yang berada di tepi pintu masuk rumah, setelah pintu terbuka keenam-enam lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Jefry yang berada di depan sekali memimpin jalan untuk menuju ke bilik mereka.

Tiba-tiba muncul seorang gadis datang menuju ke arah mereka berenam.

senyuman manis diberikan kearah jejaka kacak yang berada di hadapannya.

Armand, Azyan, Zack dan Riz yang elok memakai kaca mata hitam serta merta membuka kaca mata mereka.

" You...Adik Jefry ?? " tanya Azyan, sangkanya adik Jefry seperti orang yang tak cukup kain tapi ni...siap pakak tudung lagi, apakah ???

" Eh, bukanlah...saya pembantu rumah ni, bella ada dekat bilik nanti dia datang " terang kak siti, bibirnya tersengih apabila ditanya soalan sebegitu.

" Ouh...ingatkan bella tadi " jawap Azyan perlahan tangan sebelah sudah menutup muka. malu anjing...

" Hahhahahahahha dasar gelabah sial !!! " Riz ketawa sambil tangan menepuk-nepuk bahu Azyan.

" Hye !! " sapa satu suara yang tiba-tiba keluar dari salah satu pintu yang berada di tingakat itu.

Riz yang ketawa serta merta terdiam, semua mata terpaku ke arah bella kecuali Kyzo yang sememangnya dari tadi hanya memerhati, malas mahu masuk campur.

bella memberi senyuman manis namun keningnya yang tersusun elok berkerut.
" Kenapa i macam pernah nampak you all ? " tanya bella, tiba-tiba tangannya menekup mulut dan memandang ke arah Kyzo.

" You ! bukan ke yang mintak tolong i haritu !? " tanya bella pura-pura terkejut, dari awal lagi dia sudah tahu sengaja nak tengok reaksi Kyzo.

" Bella kenal Kyzo ? " Jefry yang dari tadi menjadi pemerhati juga pelik bagaimana mereka kenal satu sama lain setahunya ini pertama kali dia membawa Kyzo berjumpa dengan bella.

" Ah, haritu dia mintak tolong i dah alang-alang i pon bosan so i tolong je lah. " terang bella kepada Jefry yang kelihatan bingung. tangannya menunjuk ke arah Kyzo yang berdiri bersebelahan Jefry.

" Dia yang nak tolong sejak bila orang mintak tolong " bebel Kyzo perlahan namun masih dapat didengari oleh Bella.

Bella menjeling Kyzo yang memerlinya.

' Tch taknak mengaku pulak, kalau aku tak tolong korang dah kena tanam tahu ?? '

" Abang Jef selesaikanlah diorang, bella nak pergi bawah. " kaki terus melangkah ke arah lift.

Azyan yang dari tadi memandang Bella tanpa henti ditepuk kuat belakang badannya oleh Jefry.

" Aduh !! sakitlah " belakang badannya digosok perlahan. tangan macam gorilla berbekas siap kau !!

" Jangan tenung lama-lama nanti rabun, lagi satu dia tua dari kau. tak payah berangan dia bukan minah jelly yang kalau kau tolak satu jari terus jatuh tergolek " tangan menepuk-nepuk bahu Azyan yang sepertinya masih bingung dengan penerangannya.

' minah jelly ? sekali tolak jatuh tergolek.? habistu kalau bukan jelly apa ? minah kayu ? '

" Bukan minah kayu, tapi minah...BOMMMM !! " celah Jefry tiba-tiba seakan tahu apa yang dipikirkan Azyan.

" Bella pergi bawah buat apa? " tanya Armand yang dari tadi berdiam diri. semua yang berada di situ juga memandang Jefry seakan menunggu jawapan dari soalan Armand.

" Bella ? dia main dengan anjing dekat bawah..." balas Jefry selamba, bibirnya tersenyum kecil dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya yang memang betul-betul berada di sebelh tempatnya berdiri.

kyzo yang faham maksud Jefry tersengih .

boleh tahan jugak bella main dengan anjing ek? memang bukan minah jelly...

Krekkk !!!

pintu kayu yang sudah hampir reput ditolak perlahan.

" Hello mother...How are you today ?? i really really miss you " ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience