CHAPTER 4

Action Series 5187

" JEF? Jefry !!!! " jerit bella.

" is this really the jefry i know? Really !!? " sambung bella lagi wajah lelaki itu disentuh perlahan. Air jernih mula bertakung di tubir mata, sungguh dia amat merindui wajah ini lelaki inilah yang mengajarnya semua jenis pertahanan diri sewaktu di German.

Jefry juga sudah dianggap sebagai abangnya sendiri memandangkan jefry hanya tua 3 tahun darinya.
pertemuan dia hari ini dengan jefry memang tak disangka lagi-lagi dengan penampilan jefry yang lebih kemas berbanding dulu yang tidak memedulikan sangat tentang dirinya yang tidak terurus.

" After all, who would dare to meet you
without a guard? Hurm ?? " soal Jefry Riley sambil tersenyum manis. Air mata bella yang berjatuhan dikesat menggunakan tangannya.

" Euwww... Ni Bella ke ni ? apasal cepat koyak !? Rindu abang sangatlah tu, Hahahahah..." Jefry tergelak kecil melihat reaksi bella yang sudah berubah. gadis kecil yang dahulu dijumpainya di tepi jalan berseorangan sekarang sudah menjadi ketua mafia... tidak sia-sia dia mengajar gadis kecil ini dahulu.

Bella mengesat air matanya. satu bantal kecil disofa dibaling ke arah Jefry yang masih mengetawakannya.

" ishh!! Diamlah..." kata bella, tisu yang berada di atas meja dicapai.

" Uncle mana? tak nampak pon " soal Jefry hairan. selalunya ayah bella akan sentiasa berada di sebelah anak kesayangannya itu. wajah bella dipandang kelihatan sugul sahaja, dia juga tidak memandang wajahnya malah hanya memandang lantai.
Aku...ada salah cakap ke?

bella mengangkat muka memandang wajah Jefry dihadapannya, hanya lelaki ini sahaja harapannya sekarang, dia juga berjanji tidak akan membiarkan apa yang terjadi kepada papa akan terjadi juga kepada jefry.

bibir tersenyum nipis.
" Papa...dah pergi 2 minggu yang lepas..." jawab bella perlahan, nadanya sendu sahaja. iyalah siapa sahaja yang tidak sedih jika orang yang kita sayangi, cintai pergi meninggalkan kita, sekuat mana pon tenaga luaran dalamannya masih lagi boleh rapuh.

Jefry yang mendengar sudah tergamam mendengar berita yang menyiat hati itu, segera dia bangun dan duduk disebelah bella lalu dipeluk tubuh kecil gadis itu.

" i...i'm sorry. i don't know, maafkan abang bella..."
digosok-gosok badannya yang sudah terhenjut-henjut menahan tangis.

Setelah merasa sedikit tenang bella melepaskan pelukan jefry , dipandang wajah lelaki itu.

" it's okay...bella pon tak tahulah kenapa harini sendu sangat, hahaha..." dipaksa juga ketawa walaupun rasanya seperti hambar, hidungnya sudah merah kerana menangis terlalu lama.

" Abang...Macam mana abang tahu bella ada dekat sini? bella dah lama cari abang tahu tak? boleh pulak dia main nyorok-nyorok lepastu sampai lima tahun menyorok tak bagitahu orang ingat dah jadi tengkorak berjalan..rupanya ada isi lagi. ke...abang menyorok sebab ada buat salah dengan bella hah?? " soal bella, sengaja dia menukar topik apabila melihat wajah jefry juga sudah muram apabila mendengar yang papanya sudah tiada.

" Haah...abang main nyorok-nyorok ingat bella nak cari rupanya dia biar je, sampai hati bella buat abang macam ni...huhuhu " Jefry mengesat air mata bunian dengan hujung lengan bajunya.

Bella menjulingkan matanya keatas sebuah bantal kecil mendarat lagi di muka jefry.

" Hahaha...takdelah. abang ada kerja sikit dekat england so memang abang tak jejak kaki dekat malaysia hehe... tapi ni kan abang dah jejak kira okaylah tu dariapada Harry tu 10 tahun tak datang abang baru 5 tahun..." Jefry mengangkat-ngangkat keningnya ke arah bella.

" Ceh, nak bandingkan dengan Harry pulak, dia datanglah minggu depan. Malam ni abang tidur mana? ke dah ada beli rumah dah? " air nescafe yang dibawa tadi diminum. uish...sedap wei aku buat nescafe, padahal 3in1 je. pigi daaa...

" Daripada abang beli rumah baik abang tidur dekat rumah bella je duit lebih tu boleh main judi belakang bangunan " jawab Jefry selamba. tangannya disilang rapat ke dada.

" Kepala nenek kau main judi haramlah gila !! " jerit bella, Jef ni kalai nak cakap ikut mulut dia je, kalau cakap pakai otak bukan Jef lah tu, eh tapi cakap memang dekat mulut kan? No no i mean berpikir sebelum cakap tu dia tak pakai otak ha macamtu...

" Hm...sekarang pukul 4 petang jadi... Nenek abang tengah minum kopi sekarang ni mix cicah biskut batu , hahahah..."

" Tak lawaklah... so abang nak tidur rumah
bella lah ni? " soal bella lagi.

" Iyalah adikku...habistu nak tidur mana lagi..." jawab Jefry meleret.

" Jom ikut bella kejap." kaki melangkah keluar diikuti Jefry di belakang.

kunci kecil yang berada di rantai lehernya diambil. Jefry yang masih berada di belakang hanya memerhati bella yang sedang membuka satu peti kecil yang tersorok dihujung sudut bilik pejabatnya.

Klak! peti itu terbuka apabila kuncinya sudah dimasukkan oleh bella.

Jefry yang melihat isi peti itu sudah terngangan.
WHAT THE HELL... berapa banyak transport yang minah ni ada sebenarnya...

bella meneliti setiap nama yang berada di kunci, ada lebih daripada 30 kunci di dalam peti itu. dicapai satu kunci bertulis jenama porsche dan satu lagi kunci berjenama kawasaki Ninja H2R.

" Nah ambik ni kalau tak cukup apa-apa bagitahu bella, tak pun bagitahu Alfro..." dibaling dua kunci itu ke arah Jefry yang ternganga di belakang.

" What? Alfro ? sapa tu, Boyfriend baru ke? ..." sakat Jefry, didimpan dua gugus kunci ke dalam poket seluarnya.

" Kepala otak kau boyfriend tu assistant bella lah..."

" Assistant? dia ada dekat mana sekarang? "
. " Tu...dekat belakang abang dari tadi lagi, takkan tak nampak kot? " soal bella selamba, dipandang Alfro yang berada di belakang Jefry.

Jefry perlahan-lahan memusingkan badannya.
" MAKKKKK !! go to the hell lah gila !!! " jerit Jefry, kecut perutnya melihat seorang lelaki berpakaian lengkap serba hitam dengan tangan sebelah memegang riffle putih.

Alfro memandang pelik lelaki dihadapannya itu.
Muka aku macam mak dia ke? dahlah suruh mak masuk neraka gilalah dia ni. Alfro menghulur tangan kepada Jefry yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

" Hi, i'm Alfro, bella's assistant..." Alfro memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu, kalau tidak silap dia pernah nampak wajah lelaki ini tetapi hanya di dalam frame sahaja tidak pernah jumpa berdepan. tapi yang dalam frame dengan depan memang beza langit dengan bumi.

Bella tergelak melihat Jefry yang teragak-agak untuk menyambut huluran Alfro kepadanya.

" Alf nanti bawak Jef balik rumah dulu i ada kerja sikit nak selesaikan, see you in the house Jef, oh ya hati-hati dengan ' Mak ' tu nanti dia yang bawak abang go to the fantastic hell... hahahahahah." bella menepuk-nepuk bahu Jef dan terus berlalu keluar.

Skrin telefon dibuka dan menaip satu mesej kepada pembantu rumahnya.

- Kak siti, nanti ada tetamu jadi akak tolong siapkan barang untuk bilik no 3 tu ye... Oh ya tetamu tu lelaki, bella bagitahu awal-awal kejap lagi akak kemas bilik tu design Hello Kitty pulak haha... - Bella

setelah menunggu beberapa saat mesej dibalas.

- okey...beres bos, hehehe. Btw siapa tetamu tu? boyfriend ke... - Kak siti

- Eh akak ni...takdelah. tu kawan dekat german dulu -
Bella . macam-macamlah kak siti ni nak sangat tengok orang ada boyfriend nanti kalau dah ada terkejut beruk pulak...

- Hahaha... okeylah akak gurau je. nanti akak kemas bilik tu. - kak siti

- Okey kak, tq - Bella

Telefon ditutup dan disimpan ke dalam jaketnya semula, Haih...Jef, Jef.

Pintu gerbang terbuka automatik apabila Alfro hanya menunjukkan mukanya sahaja di screen yang berada di tepi pagar. Jef yang menunggu di dalam kereta hanya memerhati dari jauh.

Dia tidak menyangka selama 5 tahun yang lepas dia akan berpisah dengan bella tetapi dengan keyakinan yang ada dia masih percaya dengan bella yang luar biasa itu, bukan semua orang boleh bertabah seperti bella. lamunannya terbang apabila cermin disebelahnya diketuk oleh Alfro.
Alfro memberi isyarat supaya Jef keluar dari kereta.

" Bilik Tuan ada di tingkat 2 bilik No 3. Kalau ada apa-apa yang tak cukup mintak pada pembantu
yang ada " kata Alfro sambil menunjuk ke tingkat arah tingkat dua.

" Tak payah panggil tuan panggil Jef je cukup.
aku nak pergi jumpa kawan sekejap, bagitahu bella malam sikit baru aku balik " Jef mengeluarkan kunci motor Kawasaki dari dalam poket seluar dan terus menuju ke arah motor sport yang telah tersedia di tempat parkir yang beratap itu. Alfro yang melihat dari jauh hanya menggelengkan kepala dan terus masuk ke dalam rumah.

" Wohhooo...cayalahh bella. Tq beauty... " cermin motor itu dilihat dan membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. bibir tersenyum kecil.

Motor kawasaki hitam itu laju dibawa membelah jalan raya yang sesak dengan kereta-kereta yang penuh.

Vroom ! Vroom !!

' AD...I'M BACK , WAIT FOR ME, aku nak tunjuk kau something yang special !!!! '

Sorry, lambat update. enjoy readers...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience