CHAPTER 7

Action Series 5187

ubat gamat disapu perlahan pada hujung mulut yang pecah . bibirnya mengukir senyuman sinis.

Sinis seperti ingin menerkam musuh yang berada tepat di depan mata.

" Auch...mesti sakitkan. takpa-takpa bella buat perlahan-lahan okey. " satu botol kaca yang berada di atas meja dicapai dan dibuka penutupnya.

Didekatkan mulut botol ke hidung dan disedut baunya.

" Urm...It smells really fragrant, like a flood of human blood. I like it very much ! " ujar bella, mukanya dirapatkan serapat mungkin ke wajah Lyzia yang terikat di kerusi.

" Hmmphh !!" Lyzia hanya mampu merengus-rengus, percakapannya terbatas kerana kain yang diikat ke mulutnya.

" Apadia ? bella tak dengar. ulang lagi sekali Ma." tanya bella dia sengaja mendekatkan telinganya ke muka Lyzia tetapi mata Lyzia tertutup rapat.

Bella tahu Lyzia sengaja mencari kemarahannya.

Dasar mak tak berguna, yang kau tahu dunia,dunia,dunia lepastu tak puas hati dengan orang tu bunuh, tak puas hati dengan orang ni campak, kepala bapak dialah buat orang macamtu.

Dah tua bangka pon ada hati nak bunuh orang lagi. bila sampai masa kau nak kena bunuh tau pulak kering !

Rambut perang Lyzia ditarik kuat ke belakang, Lyzia yang tidak mampu berbuat apa-apa hanya memejamkan mata.

" Kau...dah bunuh ayah aku. tapi kau takda rasa bersalah pon kan? Kau ni manusia ke binatang Hah !!! "

" Hmmphhh Hmmphh..." Lyzia menggeleng-gelengkan kepalanya,air mata mula jatuh berguguran.

Pak !
satu tamparan hinggap ke pipi Lyzia.

Bella menggenggam kuat tangannya, bukan dia sengaja mahu menyakiti ibu tirinya tetapi dia sudah tidak dapat tahan amarahnya sekarang, entah berapa kesan birat yang berada di tubuhnya sewaktu dia didera dulu.

tanpa bella sedar air jernih mula bertakung ditubir matanya.

Pisau tajam yang berada atas meja dicapai.

Lyzia...aku mintak maaf. tapi aku memang tak boleh tahan...

bella yang memang berada tepat di depan Lyzia mengangkat pisau keatas.

Air mata yang bertakung tadi sudah berguguran ke pipinya.

Melihat Lyzia yang cuba untuk melepaskan diri semakin membuat perasaan bencinya membuak-buak.

" AKU...TAKKAN BIARKAN KAU HIDUP LAGI LYZIA. KAU DENGAN SENANG HATI DAPAT HANCURKAN SEMUA ORANG YANG AKU SAYANG !!!! "

" BELLA ENOUGH !!!! " jerit Jef, dia yang memang dalam perjalanan ke bilik bawah tanah itu cepat-cepat menerobos masuk apabila mendengar jeritan bella.

bella yang seperti baru sedar dengan apa yang dibuatnya menoleh kearah Jefry.

Dilihat Jefry menghulur tangan menyuruhnya tenang.

Bella melihat pisau yang masih berada di tangan, entah apa yang merasuk dirinya. hujung mata pisau itu digenggam kuat.

" ARGHHHH !!! " pisau ditangannya dilepaskan. darah mula keluar dari celah jarinya yang digenggam.

Jefry yang melihat bella sudah jatuh terduduk segera berlari kearahnya dan dipeluk kuat tubuh gadis itu.

Lyzia yang masih dalam keadaan terkejut hanya memandang mereka berdua dengan pandangan kosong.

" Shushh...abang ada. bella dah janjikan takkan singkirkan Lyzia sampai Leo sendiri yang jumpa dengan dia." digosok-gosok belakang badan bella yang menangis teresak-esak di dalam pelukannya.

bella memeluk kuat badan Jefry, hanya Jefry yang dia ada sekarang.tangannya yang masih mengeluarkan darah sudah terasa berdenyut.

Lama kelamaan badannya terasa lemah,dan akhirnya rebah di dalam pelukan Jefry.

Kyzo berdiri ditepi katil memerhati bella yang lena tidur, tangannya yang berbalut dipandang.

" Aku rasa dia still trauma dengan apa yang Lyzia buat dulu, sapa je yang boleh tahan kalau kena dera sampai macam tu sekali. " Jefry yang sememangnya dari tadi bersama bella hanya memandang sayu.

" Hm...maybe." kata Kyzo sepatah.

tak dia sangka orang sekuat bella pernah menderita sampai macam tu. luaran tak nampak macam ada masaalah tapi hati takda siapa yang tahu.

memang seorang yang pandai menyimpan rahsia,tak mudah jumpa orang macam ni.

orang zaman sekarang stress sikit dah gila, terjun bangunan lah. haih macam-macam...

" Beb, kau tolong tengokkan dia kejap. aku nak masak bubur untuk dia, kalau ada apa-apa panggil je." ujar Jefry memecahkan lamunannya.

Kyzo hanya menurut dan menggantikan tempat duduk bersama Jefry.

wajah bersih bella diperhati dari mata hingga ke bibir. matanya berhenti disitu.

entah kenapa tangannya ringan sahaja menyelak rambut bella yang hampir menutupi mata.

bibir bella yang terbentuk cantik dipandang sekali lagi, wajahnya hampir 5 inci sahaja dengan wajah bella.

Namun tiba-tiba bella menggerakkan bola matanya, cepat-cepat Kyzo duduk kembali. pandangannya dibuang keluar tingkap.

wei Ky, apa kau pikir ni ! sejak bila kau jadi macam ni .

bella seperti terasa desahan nafas seseorang cepat-cepat mencelikkan matanya.

Kyzo disebelahnya dipandang pelik.

Sejak bila mamat ni ada kat sini? bukan tadi Jef ke yang masuk bilik?

bella cuba untuk bangun dari baringnya, tangannya yang berbalut memegang bucu katil. dia lupa dengan tangannya itu.

" Arghhh ! " bella menjerit, tangan melepaskan bucu katil tidak semena-mena dia hampir jatuh ke tepi katil namun sempat disambut oleh Kyzo.
Kyzo memegang bahu bella.
Buat pertama kalinya mereka berpandangan sedekat itu.

tiba-tiba pintu bilik dibuka, cepat-cepat bella duduk kembali dan memandang ketempat lain.

Bella memejam rapat matanya.

Jefry berdehem sedikit, ditangannya ada semangkuk bubur dan segelas air.

Amboi, korang sweet diam-diam eh...aku lempang sekor-sekor baru tahu.

Jefry memandang Kyzo, lelaki itu sudah berdiri menuju ke tingkap sambil kedua tangan menyeluk poket seluar.

Kepala digeleng perlahan.

" Bella okay tak? " tanya Jefry, tangan menghulur segelas air.

Bella menyambut huluran Jefry dan terus meneguknya.

" Apasal bella jerit tadi? korang ada buat apa-apa ke? " tanya Jefry, senyumannya disorokkan.

PUFTT !!

tersembur keluar air yang berada di dalam mulut, habis basah selimut yang dipakainya.

Dadanya diurut perlahan.

Menganjing orang lah dia ni...

wajah Jefry yang menahan ketawa itu dipandang geram. satu tamparan hinggap di badan Jefry.

Ha, ambik. menganjing orang lagi. bongok punya abang !

" HAHHAAHHAHAHAHAHAH" Jefry melepaskan tawanya yang dari tadi ditahan.

Bella yang melihat Jefry menggelakkan dirinya , menjulingkan matanya keatas, nampak sangat Jefry mengintip mereka semasa kejadian tak terduga tadi.

pandangan Kyzo kepadanya tadi terimbas kembali seketika, tiba-tiba pipinya ditampar perlahan dengan tangannya sendiri.

Wooii, apa kau pikir ni !!! Kyzo je pon, apa yang kau tiba-tiba tertarik sangat ni. Bodoh betul lah...

" Wei, aku keluar dulu, nak rehat kejap. ada apa-apa panggil aku. " Kyzo menepuk bahu Jefry dan terus berlalu keluar.

bella hanya memerhati sehingga kelibat lelaki itu hilang disebalik pintu.

" Pewwiitttt...Love at first sight wooo " sakat Jefry.

wajah bella yang berona merah dipandang.
" Abang dah kenapa senyum sorang-sorang? tak habis lagi mengkura-kurakan orang? " perli bella.

wajah Jefry yang masih tersenyum dipandang pelik.

Eh sapa yang love first sight ni, kau ke aku? asal teruk sangat muka tu... eh kejap kejap, AKU ???

" Takda apa-apa, bella rehatlah dulu. makan bubur tu. abang ada kerja sikit. "

bahu bella ditepuk perlahan dan berlalu keluar.
pintu bilik ditutup rapat.

" Arghhhhhh ! Damn it Kyzo..."

bantal disekelilingnya dicampak ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience