CHAPTER 5

Action Series 5187

Tiit ! Tiit
Pintu pagar terbuka apabila kata kuncinya telah dimasukkan. Jefry dengan perlahan berjalan menuju ke lapangan kosong yang berada di sebelah rumah agam tersebut.

Bang ! Bang ! dua tembakan dilepaskan tepat mengena pada sasaran yang ada di tengah-tengah lapangan

" Woi ! masuk tak reti bagi salam ke? anjing lu Jef ! " jerit kyzo, dia yang dari tadi sedang elok memfocuskan diri untuk melepaskan tembakan terhenti apabila ada orang yang menembak terlebih dahulu.

Bang ! Bang ! tembakan mestilah dibalas dengan tembakan, peyuwwwww...

Jefry dengan laju mengelak daripada terkena peluru yang ditembah oleh kyzo ke arahnya selepas pasti peluru kyzo mencium tanah Jefry berlari laju dan terus memeluk kuat leher lelaki yang dirindui itu.
" Wohhoo...Bro, maju kau sekarang eh. Kuang ajo punya budak !!! " ditujah-tujahnya kepala kyzo kebawah.

" Sakitlah gila ! hahahaha...kau ni masuk macam penyamun miskin apahal ? kot lah nak masuk pakai beca ni masuk pakai kuda berkilat..." kyzo menghulur tangan ke arah Jefry , tangan bertemu tangan dan dibuat gaya mereka berdua sendiri.

" Eh eh, mana ada penyamun kaya lah bodoh...dah kaya nak merompak buat apa, baik bom je rumah ni terus. baru betul merompak namanya. hahahahaha..." kata Jefry, mereka berdua menuju ke arah kerusi yang tersedia dibelakang.

" Bila kau sampai ni? " soal kyzo pistol berwarna hitam gold disimpan kembali ke dalam poket seluarnya.

" Baru je semalam tu pun aku pergi rumah adik aku dulu, lepastu baru teringat kau. Hahahah..." jawab Jef, wajah lelaki disebelahnya itu diperhati, bibir tersenyum nipis. Kyzo Adrean yang dia kenal dahulu perangainya masih sama hingga sekarang. seorang yang pendiam tetapi banyak rancangan mautnya, fuhhh...

" Adik? sejak bila kau ada adek Jef? bukan kau sorang je ke? " soal Kyzo hairan, setahunya dari awal dia berkawan dengan Jefry pada umurnya 18 tahun tidak pernah lagi Jefry memberitahunya bahawa dia ada adik.

" Memanglah aku sorang, tu adik angkat. Ayah dia kawan dengan ayah aku dulu..." terang Jefry, tangan mencapai gelas jus oren di atas meja kecil yang disediakan oleh pembantu rumah kyzo.

" Wei aku datang ni kan sebenarnya yang first memang aku nak jumpa kau second aku nak mintak tolong kau something...boleh tak? hehe..." kata Jefry, badannya dipusingkan ke arah kyzo.

" Apadia ? " soal Kyzo, peluru yang ada di dalam poket seluar diisikan ke dalam pistolnya.

" Kau kenal...Daniel Darren ? " wajah Kyzo dipandang kosong.

" Of course...sapa je tak kenal mamat gila tu, tapi apa kena mengena dengan kau? " soal Kyzo pelik, dilihat Jefry sudah bangun dari duduknya.

Daniel Darren salah seorang ketua mafia england yang boleh dikatakan kekejamannya lebih dari malaikat maut, baru-baru ini tersebar cerita, bawahannya dicincang habis-habisan kerana tidak dapat menyelesaikan misi dengan sempurna dan menyebabkan mereka semua berada di dalam masalah. Kalau orang lalu tepi dia memang meremang bulu roma,musuh beratur macam nak mintak Autograph tapi tidak ada seorang pun yang berani melawannya.

" Aku nak pergi ziarah dia nanti, so aku nak bawak kau sekali " kunci motor kawasaki dari atas meja dicapai dan berjalan perlahan menuju ke kenderaannya yang terletak di hadapan pintu pagar masuk.

" Anjing lu ziarah !? aku taknak mati dulu kalau kau nak mati awal pergilah sorang "

" Kau nak ke, kau tak nak ke...aku heret kau jugak. Lek lah Bro kita kan Legend, hahahahah..." enjin motor dihidupkan, wajah selamba kyzo dipandang sekali lagi.

" Aku serius bodoh, kau jangan nak main-main...ajak yang lain sekali, aku cau lu..." sambung Jefry, Kawasaki hitam dibawa laju meninggalkan perkarangan rumah.

' Aku mintak maaf bro, bukan sengaja tapi memang tu niat aku balik malaysia hanya kau dan bella yang boleh tolong aku selesaikan masaalah ni..."

Kyzo yang memerhati dari jauh menggeleng perlahan, memanglah kita legend tapi perlu ke sampai ziarah, elok-elok kita bagi salam nak jumpa malaikat maut dia bagi tiket free masuk neraka terus tak ke naya je hidup...

Sreet... zip bagasi besarnya dibuka, tangan mencapai satu sampul berwarna putih bersih yang tersimpan elok di bawah baju-bajunya yang terlipat.

Beberapa keping gambar dikeluarkan dari sampul tersebut. gambar itu semua adalah hasil daripada intipan seorang bawahan Jefry yang berada di england, di dalam gambar itu seorang lelaki diikat pada kerusi kayu dan diletakkan di dalam sebuah bilik gelap yang berada di bawah tanah, beberapa gambar lain juga dipenuhi wajah lelaki itu.

" Abang Jef !!!! " pintu yang elok tertutup tiba-tiba dirempuh oleh bella yang datang entah dari mana.

Jefry yang terkejut dengan kedatangan bella cepat-cepat mengutip gambar yang berterabur diatas katil dan disorok bawah bantal.
" Ye bella, ada apa terjah bilik orang malam-malam ni? " tanya Jefry senada, kening sebelah diangkat-angkat.

Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal .
" Hehe...bella ganggu abang ke? " bibirnya tersenyum kelat namun matanya lebih menarik ke arah bagasi Jefry yang berterabur dan dipandang pula katilnya yang bersepah. bell mula mengecilkan matanya memandang ke arah Jefry.

" Eh taklah, tak ganggu pun. kenapa bella pandang abang macam tu ? " Jefry sudah mula panik melihat bella semakin hampir dengan dirinya. Ah ! tak boleh jadi kalau minah ni dah bukak silat gayung mati katak aku kat sini.

" Okey, okey. abang bagitahu bella. but tell me first why bella came into my room ? Hmm !? " jari telunjuknya diarahkan ke muka Bella.

" Ah,bella nak...takde apalah. Ha cepatlah bagitahu bella apa abang sorok? " bohong bella, dia yang awal-awal niat masuk ke bilik Jefry adalah untuk mengajak lelaki itu menemaninya ke lapangan latihan menembak ke atas tetapi apabila menampak benda yang lebih menarik niatnya sebentar tadi dibatalkan.

Jefry mengerutkan kening memandang bella yang sudah menghulurkan tangannya.
' Kalau aku tangguhkan benda ni pun lambat laun nanti dia tahu jugak...'
semua kepingan gambar yang berada di bawah bantal dikeluarkan.

Bella yang sudah duduk di sebelah Jefry mencapai satu kepingan gambar, dilihat seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi sambil tangannya memainkan sebilah pisau, dihadapannya ada seorang lelaki yang diikat kaki dan tangannya pada kerusi yang diduduki namun wajah lelaki itu membelakanginya jadi tidak nampak jelas gerangan lelaki yang diikat itu.

" Daniel...Darren !?? " tanya bella. wajah Jefry yang menayang muka tiada perasaan dari awal tadi dipandang meminta jawapan dari semua yang dilihatnya.

" Tengok betul-betul, ada sorang lagi yang bella kenal dekat situ..." Jefry menjuihkan bibirnya ke arah satu lagi gambar yang dipegang bella dan bangun menuju ke beranda luar meninggalkan bella yang masih keliru dengan berbagai soalan.

Bella perlahan-lahan memerhati sekeping gambar yang betul-betul menunjukkan seorang lelaki sedang diikat pada sebuah tiang, bajunya yang putih sudah penuh dengan cecair merah yang keluar dari badan.
tiba-tiba matanya terhenti pada gelang yang berada di pergelangan tangan lelaki itu.

" DA...NIAL...GO TO THE...HELL !!! YOU BASTARD, DAMN IT !!!!! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience