CHAPTER 1

Action Series 5187

" Bella didn't make mom! , bukan Bella yang tolak kak lin dia yang jatuh sendiri !! " rayu seorang gadis bermata emerald sambil memeluk kaki ibu tirinya.

" Ah, You don't have to cheat on me !! depan mata aku kau yang tolak Lin sampai kena minyak panas ! " jerkah Lyzia , kakinya yang dipeluk oleh gadis itu disepak kuat. Tanpa belas kasihan kepada anak tirinya diambil kayu buluh yang berada di atas meja, tangan dihayun dengan kayu buluh di tangan ke belakang badan gadis itu.

Setelah puas menyeksa kayu itu dicampak jauh ketepi mata melihag baju gadis itu yang sudah terkoyak cairan berwarna merah mula memenuhi baju yang dipakainya.

Gadis bernama Lin yang berada di sebelah ibunya hanya memandang bella dengan wajah yang sinis sekali.

" Aku nak kau berambus dari sini malam ni , aku taknak tengok muka kau yang jijik tu lagi ! kalau aku nampak tak teragak-agak untuk aku cincang kau sampai mati ! jangan ingat bila bapak kau mati aku akan layan kau macam dulu lagi ! " herdik Lyzia lagi, dia menundukkan badannya untuk memandang Bella yang terbaring lesu.

Tangan mencengkam kuat rahang Bella berlumuran darah yang keluar dari mulutnya.
" Selama aku hidup dengan bapak kau aku tak pernah cintakan lelaki bernama Rafiq Hazrel, aku bertahan hanya sebab aku nakkan harta lelaki bodoh tu sahaja, dia yang bangang sangat sampai mati-mati percaya cakap aku yang aku cintakan dia !! " bibir mengukir senyuman sinis.

Bella yang mendengar kutukan kepada ayahnya hanya mampu mengenggam penumbuknya sahaja dia sudah tiada kekuatan untuk melawan wanita kejam lagi gila jahanam macam sial itu lagi .

" Oh ya lagi satu aku lupa nak bagitahu kau memandangkan kau memang dah nak berambus dari sini aku nak cakap jugaklah kan.... Bapak kau yang mati tu bukan sebab sakit jantung yang tiba-tiba tu tapi....sebab aku yang letak racun dalam makanan dia. Biar dia mampus berambus cepat sikit dari sini, HAHAAHAAHAH.. " tangan yang masih mencengkam rahang Bella dilepas kuat dan terus berlalu ke biliknya dengan sisa tawa yang menyeramkan .

Lin memandang Bella dengan senyuman sinis.
" Aku dah kata ikut cakap aku kalau tak bala yang kau dapat...see!? sekarang kau dapat apa? bukan setakat bala kiamat pun ada , ingat eh.. hutang kau dengan aku masih ada lagi walaupun kau dah berambus dari rumah ni aku akan setia bagi seksaan free dekat kau Bella Avica !! " bibir tersenyum senget dan terus berlalu meninggalkan Bella sendirian.

Bella yang terbaring lemah dilantai tiba-tiba bangun sambil mengeliatkan badannya yang terasa lenguh akibat sebatan kayu buluh tadi, direnggang-rengganggkan badan seperti tidak berlaku apa-apa. eh bukan tadi Bella kena sebat dengan kayu buluh ke ni apahal macam takda apa-apa jadi pun?

Bella membuka zip jaket putihnya. TADAAA!!! dalam jaket itu ada satu bulletproof vest berwarna hitam.
Sejak bila Bella pakai benda tu ? dibuka bulletproof vest itu dan dicampak keluar rumah.
Bibir tersenyum penuh makna.

5 jam sebelum berlakunya kejadian......

Tangan mencapai satu kotak hitam yang berada diatas almari habuk-habuk yang penuh diatas kotak disapu ke lantai .

Bella membuka kotak hitam dan mengambil sebingkai gambar, wajah seorang lelaki yang sedang memeluknya ditatap, air mula bertakung di tubir matanya.

" Pa, Bella mintak maaf sebab tak dapat jaga papa dengan baik, Bella menyesal pa, bella dah cakap dengan papa yang mama Ly tak pernah cintakan papa langsung tapi papa degil... once again, i'm so sorry i have to get out of this hell, i can't take it anymore !! "
rintih Bella , bingkai gambar yang sudah basah itu dipeluk kuat

Namun tiba-tiba sahaja tawanya terlepas, bingkai gambar yang masih di dalam pelukan disimpan kembali dan dicapai sati vest dari bawah bingkai tersebut.

Dengan senyuman sini yang masih kekal disarung vest itu dan dipakai pula jaket putih pemberian abang kandungnya yang sudah hilang selama 10 tahun.
sehingga sekarang masih tiada khabar dari siapa-siapa tentang abangnya itu . anak buah mafia nya sudah mencari di setiap pelusuk negara namun yang diharapnya masih juga tidak muncul. tetapi firasatnya mengatakan bahawa abangnya masih hidup.

Kotak hitam disimpan kembali ke atas almari, nafas ditarik dalam dan keluar daripada bilik menuju ke dapur untuk memulakan misinya...

" Oi masak apa harini bibik !! ? " jerit Lin dari pintu dapur mulut mengunyah-ngunyah gula getah di dalam mulut.

" Masak ayam sambal je harini kak " jawab bella lembut tangan mengacau-ngacau sambal yang berada di dalam kuali . tiba-tiba rambutnya ditarik dari belakang.

" Aku dah katakan yang aku nak lamb chop harini kan ? yang kau pergi masak ayam sambal tu kenapa sial !? "

Bella tersenyum sinis tangan yang masih memegang senduk dilepaskan dan terus mencapai tangan yang menarik rambutnya dipulas ke belakang dan dibawa ke badan nya.

" Sekarang siapa yang sial ? aku rasa kau yang sial semalam aku dah cakapkan bahan nak buat lamb chop tak cukup kau lupa ke atau memang dah hilang ingatan hahhh!? " jerit bella, sebelah tangan yang memegang tengkuk kakak tirinya ditolak perlahan ke dalan kuali yang masih menggelegak dengan minyak ayam sambal itu.

" Lepaslah gilaaa !!!! " nada suaranya naik seoktaf, muka mula terasa pedih akibat minyak yang merecik dari dalam kuali.

bella hanya tersenyum sinis, tangan perlahan-lahan melepaskan pegangan tangannya.

Lin mengelap sambal yang merecik ke muka dengan hujung lengan bajunya. mata memandang tajam bella yang masih tersenyum, sekelip mata tapak tangannya hinggap ke muka bella .

bella terteleng ke tepi, namun bibirnya masih kekal dengan senyuman maut.
" AKU... BENCI.. KAU SIAL....SELAMA AKU HIDUP.. ORANG YANG PALING..... AKU...BENCI..ADALAH KAU DENGAN MAK ...KAU YANG GILA JAHANAM TU.. !!! " jerit bella sekuat hati nada suaranya sudah naik dua oktaf, setiap kali ayat yang keluar dari mulutnya jari menekan-nekan bahu Lin sehingga ke belakang.

Lin yang kaku dengan tindakan bella terdiam. selama dia hidup dalam keluarga gadis itu tidak pernah lagi dia mendengar gadis itu meninggikan suara tapi kali ini sangkaanya meleset. tangannya yang menggeletar tiba-tiba ditarik kasar.

" Tangan ni yang selalu pukul aku dera aku buli aku kan? best tak? aku teringinlah pulak nak rasa macam mana.. agak-agak kan apa ek jadi kalau tangan kau yang cantik putih bersih ni masuk dalam tu ? " mata menunjuk ke dalam kuali yang berisi minyak panas dibelakang badan kakak tirinya.

Terbuntang mata Lin melihat minyak panas itu
' Habislah kalau tangan aku melecur nanti ape yang xariel cakap mesti dia gelikan tengok tangan aku yang mengelupas eyyy ' sempat lagi dia memikirkan reaksi teman lelakinya itu.

" Kalau kau berani buatlah ! Aku jerit panggil mama !! " ugut Lin semula.

" Huh! sikit-sikit panggil mama, pengecut macam siput baru usik sikit dah menyorok acah hebat je kau ni . kau patut rasa apa yang selama ni aku rasa !! " perlahan-lahan bella menolak tangan kakak tirinya ke dalam kuali Lin yang melihat hanya mampu meronta tetapi kerana cengkaman bella yang terlalu kuat membuatkan dia tidak boleh bergerak.

Tinggal beberapa cm sahaja lagi tangan Lin direndam minyak panas satu pisau tajam melayang ke arah bella, bella yang perasan sesuatu terbang ke arahnya terus tunduk mengelak.

Lin yang mendapat peluang untuk melepaskan diri terus berlari ke arah ibunya dan berdiri di sebelah.

" Mama tengok perempuan gila tu nak masukkan tangan lin dalam minyak panas !! " adu Lin sambil mata menjeling bella yang masih berada di dalam dapur.

" Mama !! i'm soryy.. bella tak perasan.. " jerit bella pura-pura terkejut dan terus menuju ke arah kakak tirinya, baru sahaja tangan ingin menyentuh lengan lin badannya ditolak sehingga kebelakang.

" Kau jangan sentuh anak aku lah sial !! BODOHH.. BERAMBUS KAU.. " jerit lyzia tangan menarik kuat rambut bella dan dihentak ke lantai.

Bella rebah tidak sedarkan diri,  darah mula mengalir perlahan , namun bibirnya masih tersenyum sinis..

Kau tunggu lyzia aku akan hancurkan rumah ni ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience