CHAPTER 2

Action Series 5187

" Burn them all, don't leave a single dust at all ! " arah Bella kepada anak-anak buahnya yang sudah menunggu di halaman rumah agam.

Mata memandang lagi sekali untuk kali yang terakhir bibir tersenyum melihat rumah 3 tingkat yang penuh dengan memori. Goodbye happy memory and suffering it seems this is our end...

Kaki melangkah menuju kereta porsche hitam miliknya yang berada di luar pagar rumah. enjin dihidupkan dan terus beredar meninggalkan anak-anak buahnya yang masih berada di halaman rumah.

seorang lelaki berkaca mata hitam gelap memerhati anak buahnya yang sedang menuang minyak tanah di sekeliling rumah sambil jari memainkan pemetik api , datang seorang anak buahnya dari dalam rumah menuju ke arahnya tiba-tiba.

" Bos, Lin dengan ....Lyzia lari dari... rumah, diorang takda dekat ....dalam. " kata lelaki itu tersekat-sekat, oksigen di sekeliling ditarik dalam, jauh kot dari dalam rumah nak pergi halaman yang bosnya ni pun duduk jauh-jauh apahal , sempat lagi dikutuk ketuanya dari dalam hati tak boleh cakap kuat-kuat nanti dengan dia sekali yang bernama Lyzaro kena humban dalam neraka tu, kan nama nak dekat sama kalau dah masuk dalam neraka tu kejap lagi memang jadi khazanah 'LY' lah jawabnya..

semasa dia mencari dua orang wanita itu dari tingkat 1 sehinggalah ke tingkat 3 kelibat mereka berdua masih tidak dapat dikesan, firasatnya mengatakan bahawa mungkin dua wanita itu sempat melarikan diri menggunakan pintu belakang sebelum dikepung oleh mereka, kerana pintu yang digunakan untuk menuju ke halaman belakang rumah terbuka luas barang-barang dari dalam bilik ayah kepada bella juga berterabur di serata tempat.

" WHAT !!?? " Arghhh, suruh group snip cari dua wanita sial tu sampai dapat kalau tak sorang-sorang aku humban !! " arah lelaki berkaca bernama Alfro.

lelaki yang mendapat arahan itu mengangguk dan terus berlari ke belakang rumah dimana tempat group snip berada (snip tu singkatan sniper tau ) .

" FUCK !! " Jerit Alfro, pemetik api yang berada di tangan dicampak ke arah minyak yang sudah merebak di sekeliling rumah . tidak cukup dengan itu diarahkan pula anak buahnya membaling satu bom berbentuk kotak kecil seperti kotak mancis yang dibuat oleh Bella sendiri.

BOOMMM !!!
dengan sekelip mata rumah yang dahulu tersergam indah hancur dimamah api bom . setelah pasti sudah menyelesaikan semua Alfro dan anak-anak buahnya terus beredar dari situ..

" Aku dah warning kau awal-awalkan aku tak suka pengacau habuk macam kau ! " tengking seorang lelaki bertatu penuh di tangan ke arah gadis yang berada di hadapannya. wajah gadis itu dipandang dengan penuh nafsu.

Bella yang kebetulan baru sahaja mahu masuk kedalam kereta terdengar suara. pintu kereta dibuka kembali.
kaki perlahan-lahan melangkah ke masuk ke dalam satu lorong belakang bangunan yang sunyi.

" Hehehehe... kalau taknak muka kau yang cantik ni berkecai ikut aku..." belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-kata salah seorang kawannya yang dibelakang rebah ke lantai, cecair merah mula mengalir dari kepala, gadis yang melihat kejadian itu pun sedikit terkejut namun dari jauh dia perasan seseorang datang ke arah mereka.

" Sudah-sudahlah tu kacau orang malam-malam buta ni, tak ngantuk ke? atau korang burung hantu, siang tidur malam berjaga cenggitu !? tapi kan sebelum korang yang jadi hantu baik aku jadi dulu. teringin nak tengok hantu real tak? free of charge tak perlu kupon pon... hahahaha " selangkah demi selangkah kaki berjalan ke arah 6 bayangan oh lupa tinggal 5 sahaja...

" Sapa kau hah !! " jerit ketua bertatu , gadis yang berada di belakang ditarik ke hadapan dan mengacukan pisau tepat dileher gadis itu .

" Uish... relax bro, kalau kau lepaskan budak tu aku akan lepaskan korang.. tu pon kalau nak rasa oksigen dunia lagilah, kalau taknak aku nak tolong bagi oksigen alam lain.. " bella memunculkan diri di hadapan mereka berlima muka yang bertutup dengan penutup mulut hitam dicabut dan tersenyum, tepat seperti jangkaannya 4 orang lelaki termasuk lelaki yang sudah pengsan diheret sekali berlari laju apabila nampak wajahnya.

tersisa seorang ketua dan seorang kawannya sahaja disitu, bella memandang gadis yang berada di dalam pelukan ketua , mata segera memberi isyarat untuk gadis itu ketepi, gadis yang seakan faham dengan arahan emira laju menggigit lengan lelaki itu.

" ARGHHHHH!!!! " lelaki itu menjerit kuat , tangan yang memeluk gadis serta merta terlepas. darah mula mengalir dari kesan gigitan gadis itu.

bella yang nampak peluang disitu terus mengangkat kaki menghala tepat ke mukanya apabila hampir 1cm sahaja lagi kakinya diberhentikan , kepala menjenguk sedikit ke wajah lelaki dihadapannya . dilempar senyuman sinis.

" what are you waiting for don't you want to run? hahahaha " selepas bella melepas tawanya ketua bertatu itu seakan terpukau dan terus berlari laju menarik sekali kawannya sekali sehingga terjatuh.

Kaki diturunkan semula dan menoleh ke arah gadis yang masih kaku memandangnya, hehe dah macam psycho dah aku ni kesian kau budak.. huhuuu. aku tak psycho tau aku stress je..

" Are you okay? " soal emira lembut, jaket hitam yang dipakainya dibuka dan diletakkan ke tubuh gadis itu, masih ada getaran ditubuhnya mungkin masih terkejut dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. kalaulah aku ada kuasa memang dah hilang dah ingatan kau dek..

" Sa...saya okay... kak.. " jawab gadis itu perlahan kepala ditunduk memandang tanah tidak berani menatap wajah kakak cantik dihadapannya itu.

" Hm.. it's okay. akak nak tolong adik ja tadi tapi mungkin kena guna cara keraslah sikit kalau tak nanti dengan akak akak sekali kena jadi macam adik.. " pujuk emira, kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
ganas sangat ke aku buat diorang tadi , aku rasa takdalah ganas sangat setakat angkat kaki macam tu.

" Adik boleh jalan tak ni ? kalau tak akak boleh hantar adik.. " pelawa emira, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

gadis itu tiba-tiba mengangkat wajahnya memandang bella, entah kenapa dia merasakan wanita yang menolongnya itu tidak sejahat sekumpulan lelaki yang menangkapnya.

Bella memandang gadis yang sudah duduk di seat penumpang disebelahnya, nafas dihela perlahan.

" Adik okay tak ni? ada luka dekat mana-mana tak? " soal Bella prihatin, dipusingkan perlahan badan gadis itu menghadap dirinya.

Muka gadis itu nampak sedikit terkejut apabila melihat tingkah bella yang tiba-tiba. bella yang baru perasan dengan apa yang telah dibuatnya terus melepaskan tangan. ' Alamak apa aku dah buat ni ! jangan dia pikir aku nak rogol dia sudah , ish apa aku pikir ni ! ' pipinya ditampar perlahan.

" Akak... okay tak? " kali ini giliran gadis itu pula menyoal kepada bella apabila melihat bella yang seperti sudah serabut.

" Ha ? ah.. akak okay " jawabnya perlahan. segera enjin kereta dihidupkan, tiba-tiba bella memusingkan badan ke seat belakang dan mencapai satu plastik bungkusan lalu dihulur kepada gadis itu.

" Nah, amik ni makan. buat alas perut " ujar bella mendatar. topi hitam yang dari tadi berada di atas kepala dibuka dan diletak di atas dashboard kereta maka terbukalah ikatan rambut perangnya yang tersimpul kemas sedari tadi.

gadis disebelahnya sudah terpaku.
" Wahhh... kenapa akak cantik sangat.." ucap gadis itu tanpa sedar, bella yang mendengar menoleh ke arahnya.

gadis itu cepat-cepat menekup mulut dengan kedua belah tangan apabila tersedar yang dia sudah terlepas cakap tetapi mata masih memandang bella yang sedang memandu.

" Nama adik apa? nama akak Bella Avica panggil kak bella je.. " senyuman manis dilempar kepada gadis bermata kelabu itu. dilihat jari gadis itu bermain dengan tali pinggang yang terlilit di badan.

Hadehhh.. dengan apa lagi aku nak pujuk budak ni aku bukan pernah jaga budak pon eh silap ni bukan budak ni remaja . haduiiiii...

" Akak....terima kasih selamatkan saya tadi " ucap gadis itu tiba-tiba setelah lama berdiam diri. mata masih tidak lepas dari memandang jarinya yang dimainkan di tali pinggang.

emira yang mendengar hanya tersenyum, satu card berwarna hitam gold diberi.

" Ni nombor akak kalau ada apa-apa call je okay? " tangan menghulur card hitam itu.

gadis itu menyambut dan disimpan card kedalam beg.
mata memandang bella . reaksinya seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi ditahan.

Skreett... kereta diberhentikan tepat di depan pagar rumah besar. bella cuba meninjau dengan menurunkan tingkapnya sedikit dan menoleh ke arah gadis itu semula.

" Ni... rumah adik? " soal bella hairan. rumah bukan main besar takkan takda guard yang jaga budak ni kot? ....

" Haah.." jawab gadis itu perlahan tangan menyeluk ke dalam beg dan dikeluarkan sesuatu lalu menyerahkan kepada bella.

" Nah akak, saya tak tau nak bagi apa sebab akak tolong saya tapi kalau akak tak keberatan nanti datanglah rumah..." ucap gadis itu, senyuman ikhlas diberi. plaster yang diberi diletak ke atas tangan bella.

" Tu tangan akak luka nanti teruk kalau tak letak ubat...oklah kak saya masuk dulu. Oh ya lupa nama saya kyra Natalie " ucap gadis itu sebelum keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu pagar, kod ditekan automatik pagar terbuka . senyuman manis dilempar sekali lagi kepada bella dan pintu terus ditutup.

Bella memandang plaster ditangan bibir tersenyum halus. tingkap yang terbuka ditutup kembali, setelah memakai tali pinggang kereta terus berjalan laju meninggalkan rumah agam itu.

Tanpa disedari ada seorang lelaki sedang berdiri di balkoni rumah sambil memerhati kereta porshe hitam bella yang semakin hilang dari pandangan..

" BELLA....AV. " kata lelaki itu perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience