BAB 11

Drama Completed 2649

“Tak sayang, perempuan ni yang harus mati! Dia yang menghalang hubungan kita.” Kata Iqbal. Pen yang terbenam dalam mata Sofie dibiarkan terbenam. Tiada tanda dia mahu mencabutnya semula.

“Tolonglah Iqbal. Jangan buat isteri aku macam tu.” Rayu Hilman lagi. Dilihat Sofie sudah lemah. Air mata lelakinya mengalir juga.

“Isteri? Huh, isteri kau patut tengok suami dia mati.” Kata Iqbal seraya meluru ke arah Hilman dan membelai wajahnya, lalu kucupan singgah di pipi Hilman. Meremang bulu tengkuk Hilman. Iqbal sudah gila!

“Ap… apa kau nak buat ni?” soal Hilman cemas.

Hilman nampak Iqbal mula mencurahkan air ke badan Sofie. Lalu botol air itu dibawa pula kepadanya. Air dalam botol itu turut dicurahkan pada badan Hilman dan akhirnya Iqbal memandikan dirinya dengan air itu.

Hilman cemas. Bau air itu makin kuat. Itu bau Petrol! Iqbal sudah ketawa terbahak-bahak.

“Kalau aku tak boleh dapat cinta kau, sesiapa pun tak boleh!” pandangannya tajam terarah ke wajah Hilman.

“Mengucap Iqbal ! Kalau pun aku pilih kau, kita tetap tak boleh bersama. Itu melanggar hukum!” dalam cemas bicara Hilman tegas.

“Ah! Sudah. Aku tak mahu tahu semua tu.” Iqbal tidak peduli. Dia sayangkan Hilman !

“Sofie aaaa.” Jeritan Hilman kedengaran lagi.

Iqbal sudah melepaskan batang mancis yang bernyala itu ke bawah. Batang mancis jatuh tepat di atas curahan minyak petrol. Api terus menyambar tubuh Sofie. Sofie mengelupur dan terus kaku di situ. Hilman meraung kuat. Iqbal berjalan merapati Hilman dan bersimpuh di hadapan Hilman kepalanya pula di letakkan di riba Hilman.

Api semakin rakus membaham segala di sekeliling mereka. Bahang panas juga semakin terasa. Api semakin menghampiri untuk menyambar tubuh Hilman dan Iqbal. Air mata Hilman mengalir. Dia memejamkan mata, menanti ajal yang semakin menghampiri.

“Allah!” jeritan terakhir Hilman.

Api semakin marak membakar pondok usang itu. Asap hitam berkepul-kepul naik ke angkasa menjadi saksi cinta terlarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience