BAB 9

Drama Completed 2649

Iqbal yang mula perasan kegusaran Sofie telah meminta jurukamera mereka untuk memberikan Sofie dan Hilman sekotak air mangga. Selepas habis air mangga itu Sofie sudah tidak sedar apa-apa.

Sedar-sedar saja dia sudah berada di sini. Di dalam sebuah pondok usang.

“Hemm… hemmmm,” Sofie cuba menjerit memanggil Hilman. Tetapi suara Sofie tersekat kerana mulutnya diikat dengan kain.

Bunyi tapak kaki yang semakin lama kian menghampirinya membuatkan Sofie cuak. Siapa? Sofie cuba memalingkan kepalanya ke belakang. Tetapi tidak terlihat sesiapa. Sofie risau. Sofie takut. Apa sudah jadi?

“Ha… ha… ha…” suara ketawa itu kedengaran di belakang Sofie. Suara lelaki.

Sofie mencuba lagi untuk melepaskan ikatan tangannya. Sedikit pun dia tidak berputus asa. Bunyi derapan tapak kaki kini melangkah. Kini Sofie dapat melihat jelas wajah si pelaku. Terbeliak mata Sofie bila melihat. Iqbal !

“Terkejut?” soal Iqbal seraya tangannya mengenggam rambut Sofie. Terdongak kepala Sofie. Sakitnya usah di cerita. Pedih!

“Kau tahu, kau tu perempuan degil. Hilman tu bukan baik. Dia tak sayangkan kau pun. Yang kau pergi kahwin dengan dia tu kenapa?” kata Iqbal.

Pen di dalam tangan Iqbal dilalukan di atas muka Sofie. Pen berdakwat hitam itu diconteng dan ditekan kuat hingga menembusi kulit muka Sofie yang halus itu. Sofie menjerit kesakita. Tetapi suaranya tersangkut. Kain yang mengikat mulutnya terlalu kuat. Air mata Sofie sudah menitik. Apa akan jadi pada mereka?

“Aku nak laki kau tengok!” ujar Iqbal seraya berlalu menghampiri Hilman.

Kain guni yang menutupi kepala Hilman direntap kasar lalu kain guni itu dilemparkan ke bawah. Muka Hilman ditampar beberapa kali sebelum dia akhirnya tersedar. Mulut Hilman tidak berikat. Hilman masih mamai. Dia berusaha menghadam situasinya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience