BAB 4

Drama Completed 2649

Sofie tersenyum dan mengangguk. Rambutnya yang ikal paras pinggang diikat rapi. Senyuman Sofie yang manis membuatkan Hilman tak senang duduk. Asyik terkenang saja.

‘Oh, Sofie yang manis.’ Desis hatinya. Bibirnya mengulum senyuman bahagia.

Tiga bulan berlalu. Hubungan Hilman dan Sofie bukan lagi sekadar majikan dan pekerja. Tetapi lebih istimewa. Setiap hari Hilman akan ambil dan hantar Sofie ke tempat kerja. Mak Siti dan Pak Daud juga tidak menghalang. Anak mereka sudah dewasa. Sudah sampai masanya untuk menempuh satu lagi jalan dalam hidupnya.

Tok… tok…

Pintu bilik diketuk dari luar. Bila terdengar suara jeritan dari dalam yang meminta dia masuk cepat saja Sofie memulas tombol pintu lalu melangkah masuk. Dia memerhatikan wajah kesayangannya yang masih lagi menghadap kerja.

“Jom lunch.” Ajak Sofie.

“Kim, aku… opss, salah time ni.” Tiba-tiba Iqbal masuk.

Bila terperasankan kehadiran Sofie dalam bilik itu terus saja Iqbal memusingkan badannya mahu keluar. Tidak mahu menganggu pasangan itu. Tetapi cepat-cepat dihalang oleh Hilman. Lalu fail yang dalam dakapan Iqbal bertukar tangan.

“Nia lunch dengan Iqbal dulu boleh? Nanti saya turun.” Pinta Hilman. Katanya mahu menyiapkan satu lagi kes sebelum dia keluar. Sofie hanya mengangguk.

“Nia betul ke nak serius dengan Hilman ?” soal Iqbal secara tiba-tiba.

Dahi Sofie berkerut mendengarkan soalan itu. Suapannya juga turut terhenti. Matanya laju terarah memandang Iqbal yang bersahaja menantikan jawapan dari dia.

“Saya cemburu.” Sambil tersengih Iqbal berkata bila Sofie diam membisu seribu bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience