BAB 5

Drama Completed 2649

Terperanjat Sofie dengan pengakuan itu. Selama ini Iqbal tidak pernah pun menyuarakan apa-apa perasaan pun terhadapnya. Kenapa sekarang, bila dia sudah ada Hilman baru Iqbal mahu memulakan langkah? Sofie keliru.

Suara ketawa Iqbal yang tiba-tiba itu membantutkan lamunan Sofie. Sofie memerhatikan wajah Iqbal dalam-dalam. Apa yang tersembunyi disebalik tawanya tadi?

“Saya gurau je.” Ujar Iqbal selamba seraya nasi ayam berempah itu disuap semula ke dalam mulutnya.

Dari jauh Hilman semakin merapati mereka berdua. Hilman mengambil tempat di sebelah Sofie dan dia telah memesan nasi ayam berempah, sama seleranya seperti Iqbal. Iqbal melirikkan matanya kepada Hilman yang sedang asyik merenung Sofie tanpa menghiraukan kehadirannya di situ.

Suapannya semakin dilajukan. Air jus tembikainya juga disedut rakus. Habis saja keduanya Iqbal terus bangun.

“Nak gerak dah ke?” soal Hilman pelik bila dia melihat Iqbal tiba-tiba bangun.

“Aku ada kerja sikit. Tadi lupa nak buat.” Jawab Iqbal. Mukanya sedikit tegang.

“Tak apa, aku belanja.” Kata Hilman bila melihat Iqbal meraba poket belakang seluarnya.

“Thanks!” terus saja Iqbal berlalu.

Sofie perasan perubahan itu. Apakah makna semua ni?

Telefon Hilman di dalam poket kanan seluarnya mula menjerit minta dijawab panggilannya. Dia meraba-raba poket seluarnya. Pelik bila melihat nama si pemanggil.

‘Nak apa?’ laju saja tangannya menjawab panggilan itu.

Dari jauh kelihatan Hilman mengangguk dan bercakap secara ringkas saja dengan si pemanggil. Siapa agaknya? Bila Hilman kembali melangkah mendapatkannya dia mula mengangkat kening isyarat tanya tanpa suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience