BAB 6

Drama Completed 2649

“Iqbal.” Jawab Hilman ringkas.

“Dia nak apa?” soal Sofie ingin tahu.

Hari cuti begini adalah waktu mereka menghabiskan masa bersama. Jarang sekali Iqbal mahu berjumpa dengan Hilman waktu-waktu cuti begini.

“Dia minta tolong hantar ke klinik, demam katanya.” Kata Hilman lagi, Iqbal tu sebatang kara. Tak ada sesiapa. Hilman lah yang selalu membantu si Iqbal. Mereka sangat rapat. Macam abang dan adik.

“Pergilah.”

Sofie yang mengerti, terpaksa melepaskan Hilman pergi. Dia masih lagi belum siap memilih barang. Jadi Sofie minta Hilman pergi kepada Iqbal. Sofie juga menyakinkan Hilman yang dia akan pulang sendiri nanti.

Beep beep

Sedang leka memilih barang, telefon Sofie pula berbunyi. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan. Icon Whats app dibuka. Ada satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Berkerut dahinya. Pantas jarinya menyentuh gambar yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu.

Mukanya beruba bila melihat gambar itu. Gambar Hilman sedang berpeganggan tangan dengan perempuan lain! Sofie tidak mahu percaya bulat-bulat dengan apa yang dilihatnya. Dia akan bertanyakan sendiri dengan Hilman nanti.

Beep beep

Satu lagi mesej masuk. Kali ini gambar Hilman sedang memegang pipi wanita yang sama. Siapa ni? Sofie tertanya-tanya sendiri. Mood mahu membeli belah sudah hilang. Sofie pantas menolak troli ke kaunter pembayaran. Bayar saja isi yang ada dalam trolinya itu. Sofie tidak mahu lagi berlama-lama. Dia mahu pulang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience