BAB 3

Drama Completed 2649

Sofie melangkah masuk ke dalam rumah. Ryan yang memerhati dari jauh mula merapati Sofie. Tangan kanan Ryan letakkan di atas bahu Sofie.

“Kenapa ni?” Soal Ryan bila melihat wajah kembarnya yang keruh itu.

“Tak dapat kerja lagi.” Jawab Sofie hampa.

Jenuh Sofie pusing bandar Klang itu. Merata ceruk dia sudah pergi. Tetapi nasib tidak menyebelahinya kala ini. Sampai bilalah dia mahu jadi penganggur terhormat ni. Naik muak Sofie bila asyik terperuk dalam rumah saja.

“Kerja dengan kawan Ryan je la. Nak?”

Setelah Ryan memperkenalkan kawannya, Sofie diterima berkerja di sebuah syarikat firma guaman milik kawan Ryan, Iqbal yang terletak di Shah Alam. Hari pertama kerja memang mencabar. Banyak benda yang perlu Sofie belajar. Nasiblah ada Iqbal yang sudi membantu. Tidaklah dia terkontang-kanting seorang diri.

Hampir seminggu Sofie bertugas di situ dia semakin rapat dengan Iqbal. Pada pandangan Sofie, Iqbal baik dan kacak juga. Kulitnya yang sawo matang dan berbadan tegap itu lambang lelaki sejati. Keningnya yang tebal itu sangat menggoda Sofie. Lamunan Sofie terhenti bila dia terdengar bunyi tapak kasut yang semakin menghampiri ke mejanya.

Sofie kalut. Dari jauh dia nampak Iqbal dan seorang lelaki sedang berjalan beriringan menuju ke arahnya. Lelaki itu walaupun tidak sekacak Iqbal, tetapi dia masih lagi kacak dari sudut lainnya. Badannya juga kecil sedikit dari Iqbal yang berbadan tegap itu.

“Nia, perkenalkan ini Hilman. Owner. Hari tu tak sempat nak kenalkan, sebab Hilman outstation. Hari ni baru masuk pejabat.” Terang Iqbal tanpa diminta.

Sofie terkebil-kebil dan mengangguk tanda mengerti. Patutlah dia tak pernah nampak Hilman, baru masuk rupanya. Bila huluran tangannya bersambut mata Hilman tidak lepas memandang wajah Sofie yang ayu itu. Iqbal yang perasan hal itu cepat-cepat menepuk bahu Hilman. Tersentak Hilman, dia rasa bersalah pula merenung anak dara orang sampai macam itu.

“Hai.” Kelam-kabut Hilman menyapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience