BAB 8

Drama Completed 2649

Walaupun mereka sudah sah bergelar suami-isteri tetapi masih lagi menggunakan panggilan awak-saya. Sofie malu.

“Cari Iqbal. Dari tadi tak nampak.” Jawab Hilman berbisik juga.

Sofie mengangguk. Betullah. Dari tadi tidak kelihatan kelibat Iqbal di mana-mana. Tak mungkin Iqbal tidak hadir. Inikan majlis sahabat baiknya. Atau mungkin Iqbal sedang kecewa? Ah, cepat-cepat Sofie usir segala prasangkanya itu.

Iqbal terkocoh-kocoh menghampiri Sofie dan Hilman. Dia tahu dia sudah lambat. Tersengih-sengih di hadapan pengantin.

“Sorry bro! aku ada hal tadi.” Kata Iqbal tanpa menunggu lama. Dia tidak mahu mendengar leteran Hilman. Sakit telinga dibuatnya!

“Nasib baik kau sampai. Kalau tidak memang nak kena la!.” Ujar Hilman sedikir geram.

“Aku janji outdoor kau orang aku teman. Aku ada satu tempat ni memang ‘cun’!. Okey?” pujuk Iqbal. Senyuman terukir di bibirnya.

Mereka bergerak pada jam lima petang. Hilman dan Sofie teruja mendengarkan itu. Memang meraka sudah ada kawasan outdoorpilihan sendiri. Tetapi apa salahnya jika tukar dan pergi ke tempat yang Iqbal katakan itu. Jurugambar juga tidak kisah jika mereka mahu menukar tempat. Jadi Sofie dan Hilman pun bersetuju.

Tangan mereka diikat kejap. Sofie meronta-ronta cuba untuk melepakan diri dari ikatan itu. Di hadapannya Hilman yang pengsan terikat di atas kerusi. Kepala Hilman juga diselubungi dengan kain guni. Sofie memerhati sekeliling kawasan itu. Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku.

Mereka dalam perjalanan ke kawasan yang diberitahu oleh Iqbal. Perjalanan yang terasa sangat jauh. Bila Hilman bertanya, Iqbal hanya menjawab sudah dekat. Jam sudah berganjak ke angka enam. Maknanya sudah sejam perjalanan mereka.

Keman Iqbal hendak bawa mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience