Rate

Kisah 57 : Apa yang kucinta bukanlah apa yang dicinta aku

Spiritual Series 2661

Pernahlah satu peristiwa berlaku di dalam hidup aku di mana aku telah dipandang serong oleh beberapa insan yang aku sama sekali tidak suka . Errrrrr salahkan kita meminati seseorang ???? . Itu persoalan yang sering aku ingin tanyakan . Aku tak fikir apa yang diperlukan , apa yang dimahukan dan apa yang telah ditetapkan . Aku hanya fikir perasaan aku jer . Aku hanya tahu itu sahaja . Aku tidak pernah meluahkan pada si dia ataupun orang yang berkenaan . Aku hanya menyimpannya di dalam hati aku tapi kenapa aku yang dipersalahkan .Kenapa aku yang perlu alami semua tu . Aku tak nak . Aku tak cerita kat sape - sape pun . Tak salah kan kalau kita minat seseorang tu kat dalam hati kita ? tapi kenapa timbul satu golongan manusia yang menyalahkan aku . Aku hanya minat , aku tak kata aku nak memiliki . Sekalipun aku tidak pernah melafaz perkataan itu tapi kenapa . Kenapa semua benda berlaku kat atas diri aku . Seringkali aku tanyakan kepada diri aku . Satu golongan yang timbul itulah yang membuatkan aku jadi benci dan aku jadi tak suka . Aku bencikan mereka semua . Aku tak pernah cakap tapi golongan itu yang memandai - mandai . Aku tahulah bila aku fikir balik , bila aku renung - renungkan balik . Aku tahulah diri aku dengan diri dia tu umpama langit dengan bumi . Ye , aku tahu tu tapi dulu aku tak pernah terfikir langsung pun . Aku minat dekat dia sebab aku terjatuh sayang kat dia . Hanya sebab aku sayang dia . Aku Dulu , aku tahu kelakuan buruk dia tapi entahlah aku endahkan jer semua tu dulu . Aku tak tahulah nak kata macam mana . I don 't know how to say it because it is just too complicated . Dulu mungkin aku mencintai dia tapi disebabkan perkara tu perasaan tu dah hilang dah . Sebab tu aku katakan apa yang aku cinta bukanlah apa yang dicinta aku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience