Password reset is available in the NovelPlus App.
Use the app to securely reset your password.
Reset in App
Series
2830
Get the app for full experience
Umur aku sekarang ni baru je mencecah 13 tahun . Sekarang ni , aku masuk kat Maktab Rendah Sains Mara Kelantan . Aku masuk kat sini pada tanggal 13 Februari 2013 . Sebelum ni , aku belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Nerang . Tapi lepas aku dapat tahu aku ditawarkan di MRSM KELANTAN , aku terus ingin pindah kat sana . Aku menjalani rutin-rutin aku kat sana seperti pelajar lain jugak tapi pada suatu hari , hari aku rasa macam hati aku hilang . Lepas aku check , rupa - rupanya hati aku telah dicuri oleh seorang senior aku . Nama senior aku tu Ahmad Harith Safwan . Aku panggil dia abang Terth sebab memang orang - orang kat sini panggil dia macam tu . Aku jatuh hati kat dia masa tu sebab aku nak jadi pelindung dia . Sebab macam ni , masa tu kat dalam surau semua orang panggil - panggil nama dia suruh dia berucap kat depan semua orang . Aku tak tahulah perkara tu diaorang nak main - mainkan dia ataupun betul-betul. Masa tulah aku jadi nak tolong dia dan lindungi dia . Dan bermula dari hari tulah aku jadi secret admirer dia yang setia kut . Lepas dari hari tu , tak tahulah kebetulan ke sudah ke ,ada beberapa kali jugak aku dengan dia bertembung setiap kali nak pergi prep . Setiap kali pertembungan tulah , aku jadi gembira dan malu secara tiba - tiba . Ada jugak sekali , aku dengan dia berselisih kat tepi bank coop . Masa tu , aku tak tahulah , aku jadi macam terkesima , terkalu , terpempan dan kelu sebab tu merupakan kali dia lalu dekat tepi aku . Masa tu , aku nampak dia berjalan tergesa - gesa untuk balik ke dorm sambil menyandang beg sandangnya yang berwarna hijau gelap . Aku tak tahulah nak kata apa sebab hati aku ni jadi macam berbunga - bunga je . Lepas tu ,aku terus berjalan menuju ke kelas untuk prep . Pernah jugak ada sekali masa tu , aku tengah belajar kat kelas tiba - tiba dia bagi salam . Hati aku masa tu rasa berdebar - debar sangat . Dia datang masa tu sebab nak tanya kalau - kalau ada sape - sape nak beli sinergi . Masa tu dia datang sambil pakai kaca mata . Hati ni tak boleh nak ungkap betapa comelnya dia bila pakai kaca mata . Setiap kali tengok muka dia sambil pakai kaca mata ditambah lagi dengan senyuman dia yang sangat - sangat comel , hati yang penuh dengan masalah tiba - tiba jadi kosong je dan mood boleh berubah jadi happy sangat - sangat . Kadang - kadang pada waktu subuh , selalu jugak dengar - dengar kat pembesar suara kalau - kalau ada suara dia dan ada jugak kadang - kadang pada waktu maghrib masa dia baca al - quran . Setiap kali dia baca al - quran , hati ni akan jadi tenang je . Tak tahulah sebab apa .Sebab tu , kalau dia baca al - quran secara tiba - tiba mood jadi khusyuk je . Tapi ada je perkara yang bermasalah dengan dia . Masalah dia adalah setiap kali hari jumaat mesti dia akan baca surah panjang - panjang dan lepas tu , dia buat sujud sajadah dan ada satu lagi , setiap kali dia jadi imam sembahyang solat maghrib ataupun isyak mesti dia akan baca surah panjang - panjang . Sebab tu , aku kadang - kadang ponteng solat berjemaah . Lepas tu , biasanya kalau ada apa - apa perhimpunan , aku akan duduk kat belakang sekali dengan kawan - kawan aku dan pada masa tu jugak dia akan lalu ulang - alik dari depan ke belakang dan dari belakang ke depan sebab dia adalah seorang BWP iaitu Badan Wakil Pelajar . Happy jugak perhati dia . Macam yang orang selalu kata sejuk mata memandang . Macam tulah yang aku rasa. Kadang - kadang aku ada jugak terpandang dia dekat bangunan blok lama sebab dia kan BWP , jadi dia kena jalankan tugas dan tanggungjawab dia . Kadang - kadang , aku dengan dia pernah terserempak secara tak sengaja waktu membeli burger . Kami beli burger dekat kedai yang sama , waktu yang sama dan tempat yang sama. Masa tu , pernah sekali tu , pak cik yang jual burger tu kata yang aku dengan dia ni macam pasangan yang serasilah kut tapi masa tu aku tak adalah fikir yang bukan - bukan tapi aku perasan yang kadang - kadang aku dengan dia ada banyak persamaan tapi aku tak tahulah betul ke salah . tapi kami biasanya akan berjumpa kat kedai yang sama dan beli makanan yang sama . Masa aku tingkatan 1 , dia tingkatan 4 dan masa aku tingkatan 2 , dia tingkatan 5 . Jadi , aku dengan dia hanya dapat bersama untuk tempoh dua tahun . Tapi masa aku tingkatan 3 , dia ada datang balik kat maktab untuk ambil result . Masa tu , dia tinggal kat maktab beberapa hari tapi masa tu dia ada misai kat muka . Rasa pelik jugak masa tu tapi tak tahulah . Masa tu , dia pakai baju melayu warna gold rasanya . Hari tu merupakan hari terakhir dia ada kat maktab . Lepas dari hari tu , dia akan keluar dari maktab dan mendapat gelaran alumni . Aku pun tak stay sampai tingkatan 5 pun kat situ sebab masa aku form 3 , aku ada banyak problem . Lepas tu , aku pun apply kat HEP untuk tukarkan aku kat MRSM lain tapi lambat sangat kena tunggu . Dulu masa aku form 1 , aku ingat aku nak stay sampai form 5 tapi nak buat macam mana kan , banyak sangat masalah jadi aku kenalah transfer dekat MRSM lain . Aku apply untuk transfer kat MRSM KUALA BINTAR tapi lambat sangat respons. Lepas tu , ada tawaran untuk pindah ke MRSM SERI . Aku pun apalagi , terus pergi apply dan aku lulus . Selepas beberapa bulan , aku pun pindah kat MRSM IYTK dan setelah tu , aku pindah pulak ke SMK DURIAN TERUNG sebab aku ada banyak masalah jugak . Masa aku kat SMK DURIAN TERUNG , aku ada jugak masalah tapi aku sabar sampailah aku habis jawab peperiksaan SPM . Pernah jugak , sekali masa aku hadir kat kelas malam ,aku nampak muka orang yang sebijik macam dia . Aku tak tahulah . Tapi lepas aku habis belajar , aku pun terfikir kadang - kadang ada banyak persamaan di antara Abang Terth dengan Abang Zulfiqar macam senyuman dia . Mungkin sampai situ je kut ........
