Rate

Kisah 86 : 2012

Spiritual Series 2661

2012 . Errrrrr tahun ni adalah tahun aku masuk silat . Aku masuk silat tu sebab kawan baik aku kut . Dah dia masuk kan , aku masuklah sekali jugak . Aku dengan dia kan kawan baik . Nama kawan baik aku tu Nor Anira bt Zakir. Aku panggil dia Anira ataupun Nira . Dia ni aku ingat lagi warna favourite dia adalah warna purple dan tarikh lahir dia adalah pada 23 Jun tahun 2000 . Aku pulak 2 Jan 2000 . Haha . Ni aku nak cerita pasal orang lain pulak ni . Macam ni aku masuklah silat kan ? lepas tu tiba - tiba jer jurulatih silat aku ni nama dia Cikgu Ismail . Errrr Cikgu Ismail ni tiba - tiba dia perkenalkan seorang jurulatih baru . Jurulatih sementara jer sempena dengan dia cuti kut . Cuti semester . Cuti - cuti universitilah . Cikgu Ismail tu cakap nama dia Abang Harry . Dia tinggi sangat . Muka dia bentuk petak - petak . Errrrrr aku suka kat dia . Aku minat kat dia sangat - sangat . Aku minat kat dia sebab dia ramah - mesra , sebab dia suka buat lawak , sebab dia suka gelak , sebab dia macam kerang busuk ( senyum dialah ) , sebab dia baik , sebab dia sopan , sebab dia suka senyum , sebab dia berbudi pekerti mulia dan jugak sebab dia too nice . Errrrrr setiap kali dia bercakap kat depan kan mesti aku ni jadi terlampau fokuslah pulak . Haha . Aku suka tengok cara dia bercakap dan aku suka jugak tengok dia tersenyum gembira dan ketawa gembira . Dia comel sangat . Haha . Aku suka sangat - sangat . Errrrr pernahlah sekali tu , dia ajar silat untuk group aku . Masa tu group silat dibahagi dua aku dapat segroup dengan dia . Errrr masa dia ajar tu , sejauh yang aku dapat ingatlah aku ada buat salah . Buat salah time tengah latihan silat tulah . Dia pun denda . Dia denda suruh kutip batu kalau tak silap rasanya .Haha . Kena denda pun boleh lagi suka jugak . Jadi makin suka adalah . Aku tak pernah pun tegur dia . Aku cuma suka perhatikan dia . Aku renung - renung dia sambil tersenyum - senyum sendiri . Tu semua setiap kali dia mengajarlah . Aku suka bila dia mengajar . Suka sangat tengok dia . Errrrr pernah sehari tu , tiba - tiba kelibat dia hilang . Aku cari dia . Setiap kali kelas , mesti aku akan cari dia tapi dia tak pernah nak datang lagi . Kelibat dia langsung lenyap . Suatu hari tu , Cikgu Ismail kata yang dia dah pergi sambung belajar balik dah . Errrrr masa tu kan umur aku baru 12 tahun . Baru darjah enam jer . Umur dia pulak aku rasa dalam 19 tahun atau 20 tahun atau 21tahun macam tu . Beza umur aku dengan dia ni adalah dalam 10 tahun tapi takpelah aku tak kisah . Sebabnya aku minat kat dia sangat - sangat sebab perwatakan dan peribadi dia . Yang paling aku suka ataupun minat kat dalam diri dia adalah sebab percakapan dia . Aku suka sangat cara percakapan dia . Aku minat kat dia seikhlas hati aku . Aku jujur ni . Haha . I love him too muchhhhhhh tapi senyap - senyap jerlah . Kat dalam hati jelah . Hihihihihi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience