Password reset is available in the NovelPlus App.
Use the app to securely reset your password.
Reset in App
Series
2830
Get the app for full experience
Sekarang hanya tinggal beberapa bulan je lagi sebelum peperiksaan SPM bermula tapi dalam masa untuk menunggu hari tu tiba , secara tidak sengaja pada suatu hari aku telah terserempak dengan si dia . Masa tu , secara tiba - tiba hati dan jantung aku menjadi tak keruan . Bermula dari hari tu , setiap kali terpandang atau ternampak muka dia mesti aku jadi happy semacam . Aku tak tahulah apa yang tak kena dengan hati aku . Nak rawat pun aku tak tahu nak buat macam mana . Hari - hari aku datang kat sekolah , mesti aku akan berselisih dengan dia kat tepi tiang dewan sekolah . Kadang - kadang kat atas tangga tingkat satu sekolah yang ada kat bangunan baru tapi pernah dua kali tu , hati aku ni rasa macam nak melompat keluar . Macam ni , sekali tu aku secara tak sengaja telah berjalan bersebelahan dengan dia masa dia siap meletakkan motor dia kat tempat parkir .Aku tak sedar pun masa tu tapi lepas aku sedar , aku rasa berdebar sangat dan ada sekali lagi masa tu , aku baru je berjalan keluar dari surau ,tiba - tiba je dia ada berjalan kat sebelah . Aku rasa terdiam . Hati ni pun dah jadi macam ada sambutan yang meriah dah kat dalam. Pernah jugak , kadang - kadang aku dengan si dia bertentang mata . Ada kat dataran surau , kat kantin dan kat depan kelas dia . Kelas aku ada kat tingkat paling atas jadi hari - hari mesti aku akan tengok kat kelas dia . Masa aku nak naik ke kelas , masa aku nak turun kelas dan masa aku nak pergi apa- apa makmal sebab kelas dia ada kat tingkat paling bawah . Tiap - tiap hari , mesti aku akan jenguk - jenguk dia dulu untuk memastikan yang dia hadir ke sekolah dan pernah jugak beberapa kali aku tengok - tengok kelas dia dan dia tidak hadir ke sekolah . Aku kena jenguk - jenguk dia tiap - tiap hari kat sekolah sebab nanti hati aku jadi gusar dan bimbang je kalau tak tahu apa khabar dia . Pernah jugak , masa tu masa aktiviti ambil gambar untuk majalah . Aku tak tahu pun masa tu yang jadi photographer adalah dia . Aku tak tahulah nak buat macam mana tapi setiap kali aku pandang muka dia , mesti hati aku jadi berdebar - debar dan malu untuk bersua muka dengan si dia tapi last - last aku try buat - buat selamba and cool je . Nasib baiklah tiada apa yang berlaku . Dia sebenarnya senior aku . Dia merupakan pelajar tingkatan enam atas yang boleh dikategorikan sebagai pelajar yang cemerlang jugak lah tapi aku pernah buat satu kesilapan besar . Macam ni , masa tu dia ada tinggal sehelai kertas kat dalam kelas untuk aku , dia suruh aku tulis moto aku kat dalam tu . Masa tu , aku tak tahu pun pasal hal tu sampailah dia datang kat kelas untuk kutip kertas tu . Dia masuk kat dalam kelas lepas tu dia tengok kertas tu dan dia pun panggil nama aku . Dia suruh aku tulis moto tu kat depan dia. Aku ni dahlah memang tak boleh nak jumpa dia sebab secara automatik aku akan jadi malu dan entah apa - apa. Aku pun berlagak serius lepas tu aku pun tulis moto tu kat depan dia . Ishhh , aku pun tak tahulah apa dah jadi dengan aku . Kadang - kadang , aku ada juga intai-intai dia dekat bawah .Masa tu , dia tengah ambik gambar pelajar - pelajar untuk letak kat dalam majalha sekolah . Setiap kali aku pandang muka dia , mesti hati aku jadi cheerfully je . Aku selalu jugak cari - cari dia kat sekolah kalau aku tak nampak muka dia . Aku tak pernah tahu pun apa nama dia , yang aku tahu dia tu senior aku jadi aku panggillah dia abang tingkatan enam . Kadang - kadang , aku selalu terfikir apa nama dia . Otak aku terganggulah jugak tapi pada suatu hari , ada cikgu dalam kelas aku bagitahu aku dan kawan sekelas pasal majalah sekolah . Sape - sape yang nak majalah sekolah kena bayar Rm 10 . Aku bukan tak nak bayar tapi aku fikir dulu sebab mana tahu nanti kalau - kalau ada adik aku yang dah beli . Tujuan utama aku untuk dapatkan majalah tu adalah untuk cari tahu siapa nama dia yang sebenarnya . Hari tu , aku pun balik . Masa aku balik tu , aku tanya kat adik- adik aku kalau- kalau ada yang dah bali majalah tu . Nasib baiklah aku tak beli lagi majalah tu sebab adik aku dan beli dah . Lepas aku ambil majalah tu daripada adik aku , aku terus belek - belek dan akhirnya baru aku dapat tahu nama dia yang sebenar . Nama dia yang
sebenar ialah Zulfiqar . Bermula dari hari tu , aku tak panggil dia abang tingkatan enam dah sebab aku mula untuk panggil dia abang Fiqar . Tapi aku tak tahulah nak panggil dia abang Fiqar ke abang Zulfiqar tapi last - last aku panggil dia abang Fiqar .
