Password reset is available in the NovelPlus App.
Use the app to securely reset your password.
Reset in App
Series
2830
Get the app for full experience
Aku tahu aku bukanlah seorang ilmuwan yang berdarjat tinggi dan aku tahu aku juga bukanlah seorang insan yang sejati . Aju sedar akan hal itu tapi aku harap kau dapat maafkan aku sebab aku dah kecewakan kau . Sebenarnya itu bukan niat aku pun tapi aku tak tahulah, aku rasa aku ada masalah sebenarnya cuma sekarang aku tak tahu masalah apa tu . Ermmmmm sebenarnya aku sayang dan suka kat kau tapi semua tu hanya sebagai kawan baik aku . Aku sedar aku salah kerana aku telah menghampakan hasrat hati kau . Tu semua bukan kerana aku tak suka atau benci kat kau tapi semua tu sebab aku fikir mungkin kau akan berjumpa.dengan seseorang yang lagi baik dari aku . Aku tahu aku salah sebab dari awal lagi masa kau mula - mula tanya pasal tu aku iyakan jer tapi last - last kita cancel kan . Bukan aku sengaja nak buat dekat kau macam tu cuma masalahnya hati aku sekarang ni sedang bermasalah sikit . Aku tahu pasti sulit untuk kau menerima semua tu dan aku sedar aku bahkan tak layak untuk jadi kawan baik kau tapi kau tetap je selalu terima apa adanya . Aku sedar itu kelebihan kau dan aku kagum dengan sifat kau tu . Aku tak boleh nak nafikan yang kau memang memiliki semua ciri- ciri jejaka idaman yang ramai gadis - gadis dekat luar sana cari tapi aku cuma ada masalah aku . Aku nak minta maaf jugak sekali lagi dekat kau sebab dah permainkan hati kau . Aku sebenarnya bukan nak permainkan hati kau cuma aku ada masalah aku .Aku harap kau dapat maafkan aku . Aku tahu mungkin melalui kata-kata kau , kau selalu je kata okay tapi aku tahu dalam hati kau mesti kau sedih . Aku rasa ni pun merupakan salah satu sebab kenapa aku tak boleh nak serius dengan kau . Macam ni sebabnya kau adalah seorang manusia yang jujur , baik hati dan pemurah . Aku tahu kau inginkan seorang yang jujur untuk temani kau kat dalam hidup ni . Aku rasa aku tak layak kut buat kau sebab aku ni suka menipu sikit sebenarnya . Aku bukanlah suka menipu hal yang serius - serius tapi aku perlu menipu tentang hal- hal yang aku rasa bermakna dan bernilai dalam hidup aku . Tapi walaupun , hasrat kau yang satu tu tak kesampaian kita masih boleh lagi capai yang lain macam kita jadi kawan baik je . Kita tak duga pun benda tu berlaku tapi takpelah mungkin takdir kau macam tu . Tapi , aku rasa tak lama lepas ni mesti kau akan jumpa dengan yang baru , yang boleh jadi peneman sejati kau . Dahlah kau jangan rungsinglab pasal hal tu sebab hal kita kan dah beres . Sebab kita dua orang dah secara officialnya jadi BFF .
