Rate

KISAH 8 : Ada mimpi di sebalik awan

Spiritual Series 2661

Aku tak tahulah kenapa dan mengapa . Apa yang aku tahu dan apa yang aku tidak tahu . Aku tidak pernah menyangkakan perkara itu untuk menjadi seperti ini .Kehadiran beberapa onak dan duri di dalam hidup menjadikan diri aku menjadi lebih matang mungkin . Aku takkan pernah tahu macam mana untuk entahlah , aku pun tak tahu macam mana nak cakap kat sini . Walaupun semua benda ni berlaku , aku tetap lagi utuh memegang mimpi aku .

Aku ingin merealisasikannya . Aku ingin mewujudkannya . Sebenarnya mimpi aku ada banyak tapi susahlah sikit nak capai sebab benda tu memakan masa yang lama dan usaha yang gigih untuk menjadikannya ada . Errrr aku bermimpi tu bukanlah sekadar khayalan jer . Aku tanam mimpi - mimpi tu semua sebab benda tu boleh bawa ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup aku . Aku tak pernah sedar atas alasan apa aku bermimpi sedemikian tapi lepas aku renung dan fikir sedalam - dalamnya , mungkin itulah cara aku untuk menikmati sebuah kehidupan ini .
Tanpa aku sedari mungkin ianya sukar tapi aku akan mengusahakan yang terbaik kerana aku adalah salah seorang manusia di antara mereka yang tidak akan berputus asa sehingga segala keinginan ataupun kemahuan berjaya dicapai . Selalunya orang kata macam nilah bila nak buat perkara baik tu susah sikit tapi takpelah sebab kalau kita niat dah betul , takde apa lagi yang salah . Mungkin suatu hari nanti , aku akan berjaya untuk mewujudkan mimpi - mimpi aku . Doakanlah aku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience