#5 Kenapa Aku Katakan Yang Wanita Itu Lebih Kuat Dari Lelaki (Bahagian 1)

Humor Completed 17350

Aku bagi beberapa contoh kekuatan perempuan yang boleh membuatkan lelaki terdiam sekejap sambil mencerna makanan yang korang makan tadi. Benar lelaki kuat. Namun jika dipandang pada beberapa sudut yang betul, lelaki bukan sahaja tak berapa kuat, malah tak berapa power pula perginya. Aku juga dengan senang hati mampu kata yang perempuan sebenarnya lebih kuat dari lelaki. Tak percaya? Ok bertenang. Jangan nak genggam penumbuk sangat tanda geram. Baca satu persatu point yang sudah aku taipkan molek dibawah ni.

1. Kerana seorang perempuan, jatuhnya sebuah Empayar.

Jangan tak tahu kita orang lelaki ni pernah ada sejarah. Bahawa suatu ketika dahulu runtuhnya sebuah kerajaan yang agung dan power sebab pemerintahnya tergoda dengan seorang perempuan. Masa tu, kredibilitinya teruji teruk dan akibatnya, empayar yang dibinanya itu runtuh dan hancur. Kerajaan yang mana, tidaklah aku mahu namakan. Kalau hang power, hang mesti boleh cari nama kerajaan tersebut.

Jadi kau perempuan, sila berbangga. Kerana seorang lelaki memerlukan berates ribu bala tentera yang kuat dan setia dalam nak buat kerja-kerja menjatuhkan sebuah empayar. Perempuan? Cuma perlukan seorang yang cantik. Goda sikit, hancurlah empayar tu.

Sudah nampak atau belum kenyataan bahawa perempuan itu lebih kuat dari lelaki?

2. Kerana seorang perempuan, lelaki yang gagah dan tough boleh menangis.

Ini memang betul punya ego kalau korang tak perasan ataupun cuba menafikannya. Aku pernah berjumpa dengan kawan aku yang badan dia punyalah sado. Sudahlah budak sukan, malah budak gym pula. Aku datang ke biliknya sebab nak pinjam laptop. Sekali tu, aku dihidangkan dengan adengan menangis yang luar kawalan manusia normal. Teresak-esak dan tersendu-sendu. Bila ditanya mengapa, dia akan menjawab;

“Dia tinggalkan aku bro,”

Dia yang dimaksudkan tu of course la makwe dia.

Nampak?

Eh korang yang perempuan pun jangan tak tahu. Orang lelaki ni kalau dah sayang sangat-sangat, mudah je jadi tersentap lepas tu teremosi sampai macam tu.

Pulak tu mungkin dah membayangkan macamana bentuk pelamin, macamana bentuk anak kalau dah kahwin, macamana kehidupan selepas kahwin lepas tu kena tinggal.

Fuh, menitik air mata serupa tiada hari esok tau pergi dia.

Sudah nampak atau belum kenyataan bahawa perempuan itu lebih kuat dari lelaki?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience