#3 Wanita Bila Dimasukkan Ke Dalam Hipotesis (Bahagian 3)

Humor Completed 17350

2. Semakin kelihatan sempurna wanita itu dimata lelaki yang memujanya, semakin "buta"lah lelaki itu.

Lelaki ni satu lah masalah dia. Kalau dia dah minat ke seorang perempuan ni, automatik dia akan rasa perempuan tu la yang paling sempurna dalam dunia. Sempurna dari ke benda-benda best macam wajah, dada, pinggul, bentuk badan sehinggalah ke benda-benda yang entah apa-apa macam cara bersin, cara berjalan, saiz lubang hidung.

Makanya kalau dah angau sampai ke tahap ini, confirm-confirm si lelaki akan jadi buta, buta sebuta-butanya.

Tak percaya? Kebetulan (lagi), aku ada kisah yang boleh dijadikan contoh terbaik bagi hipotesis ini. Ada sekali tu, aku lepak dekat sebuah mall terkemuka yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur (tak perlu aku sebut nama mall tu. Bukannya Pavillion bayar aku pun kalau aku sebut.), sedang aku melepak tu, tiba-tiba mata aku terpaut pada seorang hadis yang dia betul-betul suka suatu ketika dahulu semasa masih bersekolah menengah. Tahap suka dia, sehingga ke hari ini gambar gadis itu setia berada di dalam dompetnya, desktop komputernya dan wallpaper phonenya (creepy). Gadis itu sedang melepak dengan kawan-kawan perempuannya yang lain. Nak dijadikan cerita, gadis kesukaan kawan aku gelak terbahak-bahak. Sampai tersedak dan terbatuk-batuk. Geli jadinya kalau dilihat dengan betul. Comot habis. Tapi boleh member aku katakana yang,

“Comelnya diaaaa….”

Aku pandang dia pelik. Comel? Apa neraka itu kau panggil comel? Kalau masa sekolah dulu logiklah nak dikatakan comel. Aku sendiri akui masa mula-mula aku tengok gambar dia, jatuh hati jugak. Tapi selepas dipampangkan kejadian tadi, aku jadi kurang berkenan. Namun tidak bagi kawan aku. Baginya itulah cantik. Itulah terbaik.

Pegangan bahawa gadis impiannya itu comel berterusan, sehinggalah kami sama-sama nampak sekumpulan lelaki datang kepada mereka. Salah seorang dari mereka terus memeluk “gadis impian” kawan aku dan memberikan ciuman bibir ke bibir. Perlahan, kawan aku sebut fuck.

Dan…

Dia terus rasa yang perempuan itu bitch.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience