#10 Cara-Cara Hendak Mengenal Pasti Gadis Ini... (Bahagian 2)

Humor Completed 17350

So, what about it Mikael? Apa yang kau cuba sampaikan ni? Aku tak faham lansung. Apa kena mengenanya kisah arnab dengan gadis-gadis kasar? I mean, arnab dan gadis-gadis ni pun aku nampak kaitnya hanya menjadi majalah playboy yang aku takkan pernah harrrom mahu membacanya kerana ianya berdosa. Aku cuma download je dan usha gambar. Itu saja. Please explain to me pleasee.

Once, aku pernah dengar yang sahabat aku kata,

"Jika dia boleh melayan sesuatu yang bukan sebahagian darinya dengan elok, maka itulah dirinya yang sebenar serta dia seorang yang baik dan lemah lembut."

Lebih kurang macam tu la dia khaborkan. Andai ada kekhilafan dalam ayat di atas, mohon dimaafkan. Tapi, mesej yang nak disampaikan tu macam tu la.

Maksud ayat diatas ini adalah nak bagitahu yang manusia walau macam ganas/kasar/pelaq pun kita nampak depan mata, tapi kalau dia boleh layan sesuatu yang bukan sebahagian ataupun tidak lansung memberikan kesan dalam hidupnya dengan baik, maka hakikatnya dia seorang baik di dalamnya. Sebagai contoh binatang-binatang peliharaan. Kalau kau sepak terajang kucing pun. Apa la kucing yang lemah tu boleh buat dekat kau pun. Report Talian Nur sambil cakap saya dicabul? I think no. Habis kuat pun dia lari dan tak datang cari kau dah. Kau? Esok-esok beli pulak kucing parsi buat ganti kucing liar korang tu. Tak terkesan lansung.

So, andai kata dia boleh melayan benda-benda yang takde memberi kesan ataupun bukan sebahagian darinya dengan baik, maka sebenarnya kau boleh melayan juga manusia dengan baik.

Dan hakikatnya, ya! Kau boleh melayan manusia dengan baik sebenarnya, dan itulah sifat sebenar dia yang dia mungkin cuba sebunyikan. Mungkin.

Aku rasalah. Sebab benda ni still a teori. Dan tak semestinya tepat lagi benar. But still, masih ada betulnya jugak kan?

Jadi Mikael? Adakah bercouple ataupun berkasih-kasih dengan gadis kasar seperti saya ini tidak berguna? Adakah andaikata bercouple serta berfantasikan perkahwinan dengan gadis kasar seperti saya adalah suatu kesalahan dan pembaziran masa yang muktahir? Katakanlah Mikael. Katakanlah ini semua dusta Mikael. DUSTA!

Actually, takde apa-apa effect pun sebenarnya. Plus, tak semestinya gadis-gadis kasar ni lansung tidak boleh memberikan kebahagian pun kepada korang kaum lelaki. (if you know what i mean). Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah, kebanyakkan awek adalah antara pelakon terbaik. Maksud aku, depan lelaki yang dia suka,

"Ya Allah lemah lembutnya."

"Masha Allah, sopannya anak dara."

Dan terus buat korang jatuh cinta dengan kelembutan - kelembutan yang mungkin dibuat-buat. Maka, jika korang boleh mengesan salah satu dari ciri ni dari awal, at least lepas kahwin takde la korang terkejut badak dan memohon untuk bercerai tang-tang tu jugak. Ye la. Sebelum kahwin, korang buat lawak paling kelakar pun stok gelak habis kuat pun cuma bunyi "Mih Mih mih" je. Tapi dah lepas kahwin, tu dia kasaq sambil gelak kaki atas meja noo noo noo. Itu kalau tengah di dapur tu stok siang ikan sambil gelak-gelak kuat dengan darah mercik dekat muka. Bapak gila angker.

Tapi, kalau korang dah boleh detect benda ni awal-awal, its not a problem i guess. Sekurang-kurangnya korang dah bersedia mental dan fizikal. Mungkin korang boleh balas balik dengan benda-benda yang lembut balik. Tak pun layankan aje kekasaran diorang dengan penuh kasih sayang sambil kata;

"Awak, jadi je diri awak sendiri. Jangan nak berlakon lemah lembut sangat la depan saya. Ok? Asal jangan malukan saya, keluarga saya dan keluarga awak sudah. Pergi join Naked Mile misalnya. Itu memalukan saya tahu awak. Tapi esok, dah kahwin, dekat rumah takpe la nak naked mile. Nak black couch casting pun takpe. Eh?".

Plus, orang kata gadis-gadis ganas ni dia sangat ganas tatkala malam jumaat menjelang. Orang kata la. Ah kau dah start fikir bukan-bukan pulak.

So, tak kisah la. Kasar ke, ganas ke, lemah lembut ke, wrestling super mania ke, selagi kau boleh tahan, sayangkan dia, cintakan dia dan dia cintakan kau, aku percaya benda-benda macam ni kau boleh turn balik jadi sesuatu yang sweet.

Who know's sebab sikap dia yang macam tu, ada juga bahan nak cerita dekat cucu korang tentang nenek diorang yang extreme. Kan dah menang di situ. Baru cucu salute macam mana korang jadi atuk yang legend. Boleh tundukkan singa. Haha.

******

Dan kemudian, usai solat maghrib jamak Isyak, aku pun jalan balik. Masa aku balik tu la aku dapat rasakan konspirasi teori aku sebentar tadi mungkin ada betulnya tentang gadis kasar.

Sebab lepas tu aku nampak gadis yang sama tadi gelak sambil sepak tong sampah macam bola pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience