#6 Kenapa Aku Katakan Yang Wanita Itu Lebih Kuat Dari Lelaki (Bahagian 2)

Humor Completed 17350

3. Dengan guna air mata saja, si lelaki boleh jadi selemah jelly

Kalau contoh korang nak pergi satu tempat, nak cepat. Kemudian tiba-tiba si perempuan nak pergi ke tempat lain pulak dan sedia maklum laluan nak ke sana memang jammed serupa ajak bertumbuk. Kita yang lelaki cuba explain tempat tu tak berbaloi untuk dituju. Yang si perempuan tak faham bahasa (memanglah sebab bukan dia yang drive). Tak habis lagi merengek-rengek nak pergi ke sana jugak.

“Tapi benda yang I nak tu dekat situ je adaaa,”

“Tapi dekat situ murahhhh,”

“Tapi dekat situ selesaaaaa,”

Korang yang lelaki pun jadi lelaki sebenar. Huargh!

“I kata tak payah tu, tak payah la!” ujar anda sambil buat muka habis ketat. Anda ingat masa ni anda dah menang dalam pergaduhan nak memilih tempat. Anda tak pernah begitu tersilap.

Sebab masa ni, kuasa penuh seorang perempuan baru je nak bermula.

Dia buat muka masam dia.

Dia alirkan air mata.

Orang lelaki ni tengok benda ngeri-ngeri ke apa semua boleh je takde masalah lansung. Tapi datang time nak tengok air mata perempuan yang mengalir (lagi-lagi dari gadis yang dia betul-betul sayang), automatik rasa diri tu lemah gemalai. Terus rasa berdosa ya amat. Terus rasa nak bunuh diri sendiri.

Kucar kacir, korang melafazkan kata-kata ini dengan penuh rasa sopan santun;

“You kata nak ke mana tadi? Jom, jom. Kita pergi ke situ,”

Nampak?

Lelaki lain kalau nak menegakkan kehendak dia, perlukan kudrat, tenaga dan segala bentuk semangat. Yang perempuan tak payah. Cuma gunakan air mata saja dan semua masalah akan selesai.

Sudah nampak atau belum kenyataan bahawa perempuan itu lebih kuat dari lelaki?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience