#9 Cara-Cara Hendak Mengenal Pasti Gadis Ini... (Bahagian 1)

Humor Completed 17350

Assalamualaikum,

Hello there, jejaka hodoh serta gadis-gadis yang rasakan dia lemah lembut tapi hakikatnya Hulk. What's up?

Suatu ketika dulu pada setiap hari minggu, aku akan balik ke kampung untuk membantu atuk dan nenek aku berniaga di pasar malam. Well, aku pun bukan anak orang senang dan apa jenis kerja pun janji tak jadi macam bangla kerja separuh mampus tapi gaji sikit dan berdosa, maka aku akan buat. Sebagai contoh kerja yang bagus adalah menolong pasar malam macam ni. Dan sebagai contoh kerja bangla adalah cashier KFC/McD dan berdosa adalah main tikam-tikam kereta mainan dan pelacuran.

Maka, bila dah berada di pasar malam ni, aku boleh katakan yang pasar malam ni boleh jadi macam sebuah tayangan video ringkas untuk berbagai jenis manusia sejagat yang kau boleh lihat. Yang cantik, yang buruk, yang macam perempuan tapi ada halkum, yang berlagak nak mampus ada duit seratus pergi bantai beli air secawan jer, yang bangang pergi pasar malam pakai kasut tumit tinggi dua jengkal pun ada. Kamu pastinya boleh lihat semua itu.

Tengah syok-syok aku layan tayangan tu semua sambil berimaginasi andai tiba-tiba berlaku zombie apocalypse dan ke kedai mana aku nak tuju, atuk aku singgung bahu aku. Suruh aku pergi solat Maghrib. Aku akur dan mula melangkah ke surau.

Sedang aku berjalan tu, aku nampak sebuah kedai yang jual arnab. Arnab bela. Bukan Arnab Playboy tu. Kalau ada jual, aku pun nak beli. Err i mean aku akan cegah benda ni dari berleluasa. Tu niat aku beli. EH?

Jadi, bila tengok benda-benda yang bagi aku agak rare untuk di jual di pasar malam, maka haruslah jakun sekejap dan mengusha-usha arnab-arnab tersebut. Ye la, dekat pasar malam balik-balik keropok lekor, nasi campur, baju tudung serta alat mainan. Binatang pun yang ada cuma lembu, kambing, ikan dan ayam yang bakal menjadi masak asam tiga rasa.

Aku juga tak lepaskan peluang untuk membelai-belai haiwan yang bagi aku sangat comel. Bagi aku comel la compare tu itik-itik dekat fac tu. Plus, kalau kau perasan, arnab ni macam menggelupur sikit. Walaupun masa belai dia tak banyak gerak tapi cuba kau tengok mulut dengan nafas dia. Macam baru lepas berlari. Tu yang kadang-kadang aku tengok arnab, aku boleh tergelak-gelak. Time waktu senggang pun kau menggelupur cenggitu, sok tengah nak senggama mahu jadi vibrator kecil berbulu. Haha.

Di sebelah aku time tu, ada dua orang gadis comel, bertudung dan nampak lemah lembut serta mampu untuk memberi gambaran gadis innocent kepada sesiapa yang melihat wajah mereka berdua. Yang aku rasa turut berniat hendak membelai arnab tersebut.

Dan, ketika itulah perkara itu berlaku.

"Eeee, comelnya Arnab ni!" sambil angkat arnab dengan cara memegang sebelah telinganya.

Dah la rentap macam tu je lepas belai lebih kurang. Dah tu pulak kau gantung-gantungkan telinga arnab tu pulak macam benda tu takde apa-apa kesan pada Arnab tu. Entah Arnab tu sakit ke apa ke.

"Waih, sakit la Arnab tu kalau macam tu." kata kawan sebelahnya yang tak kurang comelnya.

"Yeke? Sakit ke?" sambil masih lagi memegang dengan cara yang sama.

Dia berhenti pegang bila brader arnab tu marah dia sebab pegang arnab macam tu. Lepas tu, aku dengar pulak dia mengomel "Eleh, macam la mati arnab tu. Eleh macam la mati arnab. Orang bukan tahu. Orang bukan tahu". Aku rasa maksud "Orang" dalam phrase itu adalah "saya".

Aku rasa mungkin tindakan itu spontan. Tanpa dia sedar. Tapi secara logik akalnya la, takkan la telinga Arnab tu boleh menampung berat arnab tu kan. Kalau kau berhati lemah lembut, mesti kau akan angkat arnab tu elok-elok seperti dengan memangku dari perut dia ataupun sekadar membelai dengan lemah lembut. Am i right?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience