#2 Wanita Bila Dimasukkan Ke Dalam Hipotesis (Bahagian 2)

Humor Completed 17350

1. Semakin cantik seorang wanita itu, semakin besarlah dugaan pakwenya

Ini adalah hipotesis yang paling popular dalam kalangan lelaki terhadap kaum wanita. Ya, tatkala semakin cantik seseorang wanita itu, maka makin besarlah dugaan yang bakal dihadapi pakwenya. Nak menafikan?

Kalau anda semua perasan, wanita cantik ni seolahnya ada tarikan magnet yang kuat. Macam sifatnya magnet, dia akan menarik kutub yang berlainan dengannya. Betul tak? Ada juga kajian yang menunjukkan kalau tenaga magnetnya tu terlalu kuat, ianya dikhabarkan sampai mampu hendak menarik kutub yang sama (jangan cari kajian ni. Ya kan saja)! Dan masalahnya bukan saja-sajha menarik kutub lain, malah tarik sama masalah yang dipikul oleh kutub itu.

Pernah tak, ada satu ketika, gadis yang paling cantik dalam kelas anda mengalami masalah. Dia tidak tahu hendak menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kamu lihatlah, berapa ramai lelaki yang menyerah diri mahu memberikan bantuan? Beribu!

Baiklah. Bila bercakap pasal gadis yang cantik ni, kita kena cakap sama tahap bongkak, riak, dan takburnya pakwe-pakwe diorang (Ya, sengaja aku katakana pakwe-pakwe. Nak habaq kata ramai la). Ke hulu ke hilir kerjanya asyik la menayangkan makwe diorang yang cun melecun tu. Tapi ingat ya kaum lelaki, bukan hang sorang je rasa dia cantik serupa bidadari. Berpuluh atau mungkin, beratus ribu lemon! Ambik contoh dari pengalaman aku.

Cerita sini habis sini la ya. Jangan dibawa sampai ke luar cerita ni.

Masih aku ingat masa tu Anugerah Bintang Popular Tahun 2010. Tahun ni la satu-satunya tahun aku ambik port sikit pasal dunia hiburan. Makwe aku masa tu, yakni Lisa Surihani berjaya tercalon untuk top five (cerita sini habis sini!). Sayangnya masa tu, dia gagal menang. Kecewanya Lisa Surihaniku bukan kepalang. Hampir setiap hari aku berikan kata-kata semangat supaya dia move on dan lakukan yang lebih baik di masa akan datang. Tapi, bukan aku seorang sahaja yang beriya mengucapkan kata-kata semangat, beribu beb! Bukan saja bagi kata semangat, malah menggoda pula dengan kata-kata paling romantis dalam dunia. Besar dugaan yang aku hadapi masa tu. Tapi nasib baik aku ni jenis bertenang orangnya. Kamimasih lagi bercinta seperti biasa. Masih lagi seronok berjalan di taman bunga sambil berpimpin tangan sama-sama. Sampailah satu hari kami berselisih faham dan tak bercakap untuk sehari. Sehari je! Dan korang tahulah dengan siapa beliau berjaya kahwin hari ini. Isk, isk. (Cerita sini habis sini!).

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience