#7 Kenapa Aku Katakan Yang Wanita Itu Lebih Kuat Dari Lelaki (Bahagian 3)

Humor Completed 17350

Mesti pelik, dah kenapa aku ni back up perempuan pulak ni? Dah tabiat ke? Nak jadi pekerja dekat lorong haji taib ke? Dah benci lelaki sangat-sangat ke? Bukan, bukan. Semua tu bukan. Aku masih lelaki dan berbangga kerana menjadi seorang lelaki.

Niat aku tidak lain hanyalah mahu memberitahu kaum aku bahawa janganlah kita terlalu seronok memandang rendah kepada kaum hawa. Ya benar, jika kau ajak beradu secara fizikal dan kekuatan tubuh badan, mereka akan tewas teruk. Namun ketahuilah juga jika perlawanan tersebut diadakan pada sudut yang lain, di mana senjata dan suasana persekitarannya amat berbeza dengan perlawanan biasa, perlawanan akan jadi sengit. Mereka mampu menandingi kita yang kaum lelaki.

Malah jika diteliti dengan betul, sudah berapa ramai perempuan yang power sudah muncul di dunia ini? Masih nak menafikan kekuatan yang mereka ada itu?

Jika jawapan anda ya, maka baguslah.

Hiduplah kau dalam kelompok kau saja.

Sempitkan lagi otak tu dengan fikiran bahawa perempuan selamanya adalah insane yang paling lemah.

Kerana ketahuilah kau, terlalu yakin juga menjadi punca bagaimana seekor arnab mampu kalah lumba lari dengan seekor kura-kura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience