#1 Wanita Bila Dimasukkan Ke Dalam Hipotesis (Bahagian 1)

Humor Completed 17350

Wanita di dalam tajuk merangkumi kepada semua jenis gadis, anak dara, makcik, janda dan yang sama waktu dengannya. Maaf, ini hanya pendapat. Bukannya fakta yang telah pun dikaji oleh professor-profesor handalan, yang kebanyakannya terus dibelengu dengan rasuah agar mampu mengeluarkan fakta yang bukan-bukan bersama tujuan untuk melariskan sesebuah produk.

Sebelum itu, apa itu Hipotesis?

Hipotesis merupakan suatu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih memboleh ubah.

Sama la dengan apa yang kita belajar dulu di sekolah semasa darjah empat. Kalau kita masih ingat, masa dalam kelas sains. Biasanya selepas eksperimen, kita akan tuliskan benda ni di hujung report eksperimen itu.

Baiklah En. Mikael. Saya faham. Tapi, apa hubungkaitnya benda alah ni dengan perempuan? Ha, yang tu baik En. Mikael terangkan dengan lebih teliti dan berhati-hati.

Baiklah. Tempohari, tatkala aku adakan sesi melepak dan membuang masa dengan rakan-rakan, aku perasan yang topik kami kebanyakkan akan berkisar soal perempuan. Tak kira la, lokasi lepak tu di mana. Di rumah, di pusat membeli-belah, hatta di dalam Universiti pun, topik perempuan ini akan tetap menjadi antara sub topik kami untuk dibualkan secara keseluruhannya. Ada juga masanya kami bercerita soal lelaki. Namun, kami tak cerita panjang dan detail seperti mana tatkala kami bercerita tentang perempuan. Tambahan pula atas faktor yang cerita pasal perempuan lebih mampu menaikkan semangat berbanding cerita pasal lelaki. Semangat apa, itu jangan ditanya. Tak penting buat masa ni.

Jadinya, bila dah selalu sangat macam tu, maka akan selalulah kedengaran yang perempuan ni macam ni la, perempuan tu macam tu la, ada bermacam-macam. Sehinggakan aku rasa seperti sedang menjalankan sebuah eksperimen pula.

Pembolehubah Manipulasi: Suasana

Pembolehubah Dimalarkan: Wanita

Pembolehubah Pemerhati: Lelaki

Ya, lebih kurang begitulah yang aku rasa. Atas sebab itu, banyaklah hipotesis yang boleh dikeluarkan. Tapi hari ini, aku mahu berbicara tentang tiga hipotesis yang sering lelaki bercerita dan debatkan. Tapi, ini cuma pendapat aku saja. Pendapat ini tidak mewakili semua lelaki yang ada dalam dunia ni. Jangan korang pergi bantai bertumbuk pulak dengan pakwe masing-masing. Hihu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience