Merintih

Thriller Completed 43708

Bilik dilarang masuk!
Part18

"Wen, Que dah meningal Wen"

Malik memeluk Wendi sekuat kuat hatinya sambil menangis. Wendi yang masih lagi dalam hayalan, akibat bangun dari tidur. Hanya terpinga pinga sahaja.

"Apa Mal?"

"Que dah mati".

Jerit Malik, cuba memahamkan kawannya yang beragama kristian itu. Tersetak hati Wendi, bila mendengar ayat dari Malik. Wendi keluar dari bilik, untuk kedepan. Terhenti Wendi dari berlari kedepan, bila terdengar bunyi tangisan dibilik terakhir dalam rumah itu. Wendi lantas menukar haluan, pergi kebilik sebelah biliknya.

"Ohhh God, what has happened".

Wendi meluru masuk kedalam bilik itu. Air mata Wendi mula mengalir, melihat tubuh Que yang tidak lagi bergerak.

"Allahu akbar"

jeritan yang kuat dari ruang tamu. Rupanya Pak Mat masih lagi bersama Mahluk itu. Jeritan pak Mat membuatkan mereka berlima, kecuali Rosa. Mereka meluru keruang tamu. Pak Mat mula berkomunikasi dengan mahluk tersebut.

"Puaslah hati kau? Kau dah ambil satu nyawa".

Menyeringai mahluk itu.

"Aku tahu dia telah gangu tempat kau! Tapi kenapa sampai membunuh".

"Ha ha ha haaaaaaa"

Mahluk itu ketawa dengan nada yang nyaring.

"Kau tak layak mengunakan wajah anak muda itu. Kembali lah kau kepada muka asal kau".

Marah Pak Mat dan mukut nya mengomat gamit membaca sesuatu.

"Awwuuuoooooooooooowwww".

Mahluk itu mengeluarkan lolongan serigala yang begitu panjang. Membuatkan masing masing meremang bulu roma. Dari mahluk itu berwajah Que, terus bertukar kepada wajah mahluk besar yang berbulu lebat. Matanya yang merah, membuatkan wajahnya begitu garang, seperti mahu menerkam mangsa.
Mereka berlima mengigil ketakutan. Bila mahluk itu menunjukkan wajah sebenarnya.

"Pergi!"

Arah Pak Mat dan setia membaca surah dibibirnya. Mahluk itu merenung pak Mat, bila pak Mat mula membaca. Renungan tajam, seperti mahu menyerang pak Mat. Tiba tiba pak Mat terjatuh, seperti ditolak sesuatu. Sebelum benda itu gahib dari pandangan mata semua. Pak Mat mencari cari mahluk itu. Tetapi sudah tidak ada.

"Dia akan datang balik kejap lagi".

Kata Pak Mat sambil memandang kepada mereka semua.

"I nak balik sayang".

Clara mula merintih dan mahu keluar dari tempat itu. Oja setia memeluk Clara.

"Tak boleh balik malam ni! Kalau kamu semua nak selamat".

Balas pak Mat. Lebih ketakutan Clara.

"Pak Mat, benda itu saya ada nampak sebelum kawan saya mati. Apa benda tu pak Mat?"

Tanya Malik... Pak Mat terdiam dan memandang kepada Malik dan kawan Kawannya. Kemudian memandang kepada Qaira.

"Benda tu memang dia akan keluar dari bilik hujung itu untuk masuk kedalam hutan dan akan pulang kembali kebilik akhir itu diwaktu malam. Mahluk itu, adalah mahluk yang tinggal didalam hutan. Dia tak akan menganggu orang. Kalau orang tak kacau tempat dia. Mesti kawan kamu ada buat benda yang tak baik didalam bilik itu. Membuatkan mahluk itu marah dan membunuh"

Pak Mat memandang kepada Qaira.

"Kamu ada buat benda yang tak baik dengan budak itu dalam bilik tu ke Ara?"

Tanya pak Mat. Qaira hanya berdiam diri. Dan tertunduk malu diatas perbuatanya. Qaira tidak putus putus menyalahkan dirinya, atas kematian Que.

"Ini lah akibatnya kalau tidak mahu mendengar kata orang. Kalau orang dah kata jangan buka bilik akhir tu, tolonglah dengar. Mesti ada sebabnya. Kalau orang kata jangan".

Marah pak Mat.

"Apa kami nak buat pak Mat?"

Tanya Malik. Pak Mat berdiam diri sambil berfikir. Suasana sunyi diruang tamu, membuatkan suara nyayian cenkerik dan sesekali bunyi ungka memecahkan suasana malam. Sedang mereka berdiam diri.

"Awauuuuu woooooooo"

Tiba tiba mereka berpandangan, bila mendengar suara serigala melolong dengan kuat. Tadinya suasana sudah mula reda, kembali tegang. Clara sudah mula merintih dan menangis, sambil memeluk Wendi. Begitu juga dengan Oja yang mula rapat dengan Malik. Qaira pula mula mengecilkan dirinya diatas sofa. Pak Mat mula membaca kembali. Mana kala didalam bilik hujung. Rosa meratap mayat Que. Sedang Rosa menangis, tiba tiba dia terdengar ada suara yang juga turut mengikutnya menangis dari tingkap bilik itu. Rosa berhenti dari menangis dan mendengar betul betul bunyi suara itu.

"Huuuuu huuuuuuhuuuuu huuu"

Suara itu masih kedengaran. Suara tangisan dan sedikit merintih seperti mana suara Rosa. Rosa mula meremang bulu roma. Dari sedih, Rosa bertukar takut. Rosa memandang wajah Que. Perasan takut melihat wajah Que mula hadir. Suara menagis diluar bertambah kuat. Membuatkan Rosa bangun dari tempat duduknya dan mula berjalan pelahan ketingkap cermin naco didalam bilik itu. Tangannya mula mencapai pelahan lahan pemegang tingkap. Dada mula berdebar. Perasaan ingin tahu, mula menyelubungi diri Rosa. Rosa menarik pelahan pemegan. Bila tingkap naco itu terbuka sedikit. Suara tangisan itu bertambah kuat kedengaran. Rosa mula mengintai dari daun daun cermin. Terkejut Rosa bila melihat satu lembaga berbaju putih sedang bertengek diatas pokok, betul betul di tepi tingkap bilik itu. Bila mahluk itu memandang Rosa. Mahluk itu berhenti menagis dan menyeringai.
Rosa mengigil ketakutan ditepi tingkap. Jantungnya bagai mahu terhenti. Bila dada berdegup begitu kencang. Rosa lantas berlari keluar dari bilik itu sambil terjerut jerit, seperti orang yang disampuk.

" Pergi pergi pergi. Jangan gangu akuuuuu. Pergiiiiiii".

Rosa terjerit dan terlolong macam orang gila. Malik bangun dari tempat duduknya dan datang memeluk Rosa. Agar Rosa lebih tenang. Tetapi sangkaan Malik meleset. Rosa tetap juga meronta ronta. Membuatkan Malik terjatuh, akibat ditolak kuat oleh Rosa. Bila melihat keadaan Rosa tidak dapat dikawal. Wendi pula bangun dan memegang Rosa. Seperti Malik, Wendi juga tidak dapat menenagkan Rosa. Clara dan Oja bertambah takut. Mereka menangis berpelukan. Malik dan Wendi bangun serentak dan terus menangakap Rosa yang terus terjerit jerit.

"Pergi pergiiii! jangan ganggu aku"

Itu sahaja ayat yang keluar, dari mulut Rosa.

"Mengucap Ros! Kenapa ni Ros".

Malik memegang tangan kiri, mana kala Wendi memegang tangan kanan Rosa. Pak Mat datang kepada Rosa, bila keadaan bertambah tegang. Pak Mat datang dekat kepada Rosa dan memegang kepala Rosa. Sambil membaca sesuatu. Rosa bertambah kuat meronta ronta.

"Sabar Ros".

Malik cuba menyabarkan Rosa. Rosa berhenti meronta dan merenung tajam kepada pak Mat. Sebelum Rosa pengsan dalam dakapan Malik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience