Bilik dilarang masuk!
Part10
"Hello friends, nice to meet you"
Tegur mat salleh bersama pasangannya ditepi mereka.
"Hii, nice to meet you too. Which country are you from?"
Tanya Que kepada pasangan itu.
"We are from Australia. Every year we go to Malaysia. Malaysia is a very unique country. I love Malaysia".
Terasa bangga mereka berenam bila orang luar mengagumi tanah air Malaysia ini.
"I know, you must like the food here. anyone coming to Malaysia. will definitely love the cuisine of the people here".
Sampuk Wendi.
"Yes, that is correct. I love Malaysian cuisine and I love its multiracial people. Everyone is friends with each other"
Bertambah terseyum lebar mereka semua.
"Ok makan sudah siap. Kami semua sudah boleh makan. Kamu boleh ambil sendiri dekat sana. Semua sudah tersedia".
Tunjuk Ibu Qaira. Diatas meja buffet. Nanti isteri Pak Mat akan kemas. Berkerut wajah mereka berenam, bila ibu Qaira mengatakan yang Isteri Pak Mat akan mengemas. Sebab dari mereka sampai, mereka belum lagi melihat isteri pak Mat.
"Enjoy your meal Sir, Madam".
Kata Ibu Qaira kepada pasangan itu. Mereka hanya mengangguk dan terseyum. Mereka berdua makan di meja couple yang memang ada tersedia disitu. Manakala yang lain makan diatas meja makan untuk enam orang.
"Aduhhh sedapnya masakan Qaira".
Kata Que sambil terseyum seyum.
"Kau tu! Semuanya sedap"
Balas Rosa yang duduk disebalah Que. Menyeringai Que... Bile mereka sedang sebuk menjamu selara. Datang Ibu Qaira bersama Qiara dengan membawa bag tangan masing masing.
"Kami pulang dulu ya?. Kalau ada apa apa, boleh jumpa pak Mat. Rumah pak dekat belakang penginapan ni. Boleh nampak cahaya rumah, bila keluar mengunakan pintu dapur".
Terang Ibu Qaira. Masing masing menganguk tanda faham. Que pula sempat bermain mata dengan Qaira. Tersipu sipu malu Qaira. Qiara dan ibunya pulang dengan menaiki Ford ranger. Ibu Qaira yang memandu kereta itu. Bila semua sudah selesai makan. Mereka semua tersandar disofa diruang tamu. Sambil menonton television yang hanya ada siaran tidak berbayar sahaja.
"Ros, teman aku mandi boleh?"
"Alahh Oja! Aku malaslah lah nak teman. Kau pergi ajalah. Bukan jauh pun, dekat dapur itu aja. Itu lah! Siapa suruh mandi malam malam. Kan dah takut".
"Hurmmm pemalas. Orang ajak teman, dia membebel pulak".
Oja mengerutkan wajahnya. Manakala Rosa menyeringai memandang Oja.
"I temankan u".
Sahut Clara. Terseyum Oja, bila Clara mahu menemaninya.
"I pun boleh temankan".
Sampuk Que, sambil menyeringai.
"Tak nak! Kau tu gatal".
Balas Oja sambil ketawa besar. Yang lain juga turut ketawa, bila Oja dan Que bergurau. Oja dan Clara bangun dari sofa dan terus menuju ke bilik untuk mengambil tuala dan baju Oja. Mereka berdua berjalan menuju kedapur. Sampai didapur terasa sunyi, hanya suara cengkrik yang berlagu lagu.
"Seram pula, bila malam dekat sini kan?"
Tanya Clara kepada Oja.
"Ya lah Cal. Aku pun rasa seram. Walaupun baru pukul 9.30 malam".
Balas Oja.
"Cepatlah kau mandi beb. I tunggu kau dekat sini".
"Ok ok!"
Oja masuk kedalam bilik air untuk mandi. Manakala Clara pula berdiri sambil menunggu Oja. Mata Clara melilau disekitar dapur. Cermin tingkap dapur yang terbuka sikit. Menghembus angin masuk kedalam. Membuatkan langsir separuh yang terspasang didapur berterbangan. Bila lansir mula terselak selak. Clara mula meremang bulu romanya. Clara mengosok gosok tengkuknya yang meremang.
"Ja, dah sudah ke?"
Tanya Clara yang sedikit menjerit.
"Dah sudah! Jap aku tengah lap badan".
Tiba tiba.
"Pomm"
Clara kembali memandang kembali kepada tingkap yang terbuka itu. Bila terdengar sesuatu seperti tin air minuman terjatuh. Clara berjalan perlahan dan mula mendekati kepada tingkap tersebut. Bila Clara hendak mengintai dibalik tingkap itu tiba tiba.
"Pommm".
Kali ini lebih kuat lagi hentaman itu, seperti tin yang lebih besar jatuh keatas lantai. Terkejut Clara dan terus menjerit sekuat kuat hatinya. Berlari kawan kawan yang ada didepan. Manakala Oja yang berada dalam bilik air, tidak sempat memakai baju. Hanya berkemban dengan tuala sahaja. Turut keluar dari bilik air. Lantas Oja memeluk Clara yang dalam ketakutan.
"Ehh kenapa ni?"
Tanya Wendi kepada Clara yang setia memeluk Oja. Bila terpandang Wendi ada disitu. Clara melepaskan pelikan Oja dan berlari pergi kepada Wendi dan memeluk wendi. Terasa badan Clara betul betul mengigil ketakutan.
"Kenapa Oja?"
Tanya Malik.
"Entahlah beb. Aku keluar dari bilik mandi, sebab dengar Clara menjerit".
Balas Oja yang terpinga pinga. Semua memandang kepada Clara. Untuk tahu cerita yang sebenarnya berlaku.
"Tadi i dengar ada orang dekat belakang rumah. Mula mula bunyi tin kecil jatuh. Lepas tu i intai ikut tingkap. Terus dengar tin besar jatuh berdentum".
Cerita Clara yang berada didalam pelukan Wendi. Bila mendengar cerita Clara. Oja merepatkan dirinya kepada Malik dan memegang pegelangan tangan Malik. Terseyum Malik, bila Oja memegangnya.
"Hiss tak ada apalah tu Cal. Mungkin kucing langar ke? U yang sangka lain".
Rosa cuba menenagkan Clara. Clara hanya mengangguk angukkan kepalanya sahaja.
"Dah dah! Jom pergi depan".
Ajak Que. Mereka semua berjalan menuju ke ruang tamu semula.
"Mal, tolong temankan aku boleh".
Tanya Oja lembut dan masih lagi memegang pegelangan tangan Malik.
"Pergi pakai baju cepat. Aku tunggu kau".
Oja terseyum dan terus masuk semula kedalam bilik air, untuk memakai baju. Manakala yang lain sudah pun duduk santai diruang tamu semula. Bila Oja sedang memakai baju. Malik pula mendekati tingkap dapur yang terbuka sedikit itu. Malik meninjau nijau keluar. Keadaan agak gelap. Tidak dapat melihat dengan jelas diluar. Dari jauh kelihatan ada cahaya rumah.
"Itu mesti rumah Pak Mat".
Bisik Malik sendiri.
"Kau tengok apa tu Mal?"
Tanya Oja yang baru keluar dari bilik air.
"Tak ada apa apalah! Jom pergi depan".
Malik berpusing memandang Oja yang hanya bersingket dan berseluar pendik dan berjalan bersama sama Oja menuju keruang tamu untuk berborak bersama kawan kawan yang lain.
Share this novel