Perbincangan

Thriller Completed 43708

Bilik dilarang masuk!
Part4

"Kenapa hutan sayang?. Bukan setiap tahun kamu dengan kawan kawan kamu akan pergi holiday dekat kawasan pantai atau pergi tempat tempat sejarah".

Tanya Hana dengan mengerutkan dahinya.

"Dah jemulah Mama, asyik pergi pantai je. Teringgin juga nak pergi hutan pula. Mandi air terjun. Mesti bestkan?".

"Dalam banyak banyak hutan. Kenapa pergi kePerak? Tempat lain kan ada".

Berkerut wajah Malik memandang Mamanya, yang kelihatan pelik sekali. Bila dia memberitahu, yang dia akan bercuti didalam sebuah hutan diperak.

"Mama kenapa? Kenapa saya tak boleh pergi hutan ke? Mama ni! Janganlah risau. Saya dah besarlah Mama. Saya dah dua puluh tahun pun. Pandailah saya jaga diri. Lagi pun saya lelaki lah Mama. Saya bukan anak perempuan".

Malik cuba menenagkan Mamanya yang dalam keriasuan.

"Tak payah pergilah Mal. Kalau tempat lain memang mama tak kesah. Tapi bukan hutan. Hutan bukan tempat yang boleh kita buat main. Tersalah langkah kita boleh hilang".

"Hisss Mama ni! Janganlah cakap macam tu. Itukan satu doa. Mama doakan aja Mal selamat pergi dan selamat balik".

Hana terdiam sambil memandang suaminya Zul. Zul hanya berdiam, tidak berkata apa apa. Hana berharap sangat. Tempat yang akan dipergi oleh Malik, bukannya tempat dia pergi 20 tahun yang lalu. Tempat yang betul betul menyeramkan dan penuh misteri. Macam mana dia dan suaminya boleh berada didalam bilik paling hujung... Setia menjadi tanda tanya.

"Mal, satu Baba nak pesan dekat Mal. Tolong jangan buat benda yang bukan bukan dekat sana nanti. Tak kira lah dimana pun. Hutan yang akan Mal pergi nanti. Jangan terlampau gembira dan jaga mulut. Itu yang paling penting. Baba izinkan Mal pergi".

Terseyum keriangan Malik, bila Babanya membenarkan dia pergi. Cuma wajah Mama sahaja yang tidak gembira.

"You'll macam mana dengan plans kita. Still on ke?"

Tanya Que bila masing masing melepak di apartment Vicky. Merupakan seorang lagi kawan yang tidak dapat menyertai mereka.

"Aku pastilah jadi"

Balas Malik dengan senyum. Terseyum Rosa bila Malik memberitahu, yang dia jadi pergi.

"Malik pergi, i pergi".

Balas Rosa sambil terseyum manja memandang kepada Malik. Malik juga memandang kepada Rosa sambil berkerut dahi. Bila Rosa cuba mencuri perhatiannya.

"I dengan my love i, pastilah pergi. Kami memang suka kesuasana dekat dalam hutan".

Sampuk Wendi, sambil memandang kepada Clara yang sedang sebuk berborak dengan Oja. Oja merupakkan seoarang gadis yang berpewatakan agak kasar. Tapi setia cantik seperti gadis gadis lain. Cuma cara percakapanya dan gayanya berambut pendeknya yang membuatkan dirinya dikelihatan kasar. Terseyum Clara, bila Wendi menyebut namanya.

"Kau pergi ke Oja?".

Tanya Malik, sambil mata beralih arah pula kepada Oja.

"Tentulah aku pergi bro! Aku kan paling pakar tentang hutan hutan ni. Setiap bulan aku pergi mendaki bukit, masuk hutan. Suasana hutan dan sebati dalam diri aku ni".

Balas Oja dengan riaknya. Terseyum Malik melihat Oja yang beria ria bercerita. Cara Oja betul betul membuat Malik terhibur... Dalam diam Malik mula menyimpan perasaan terhadap Oja. Kekasaran Oja yang membuatkan Malik senang untuk rapat kepadanya.

"Aku sahaja yang tak dapat join".

Kata Vicky dengan wajah yang sedih. Kerana tidak dapat turut serta, buat kali ini.

"Alahhh Vik, apa susah. Kau settlekan kerja kau, lepas tu teruslah datang dekat sana. Bukan jauh pun KL dengan perak. Lagi pun kau ada kereta Ford Ranger, boleh terus redah masuk dalam hutan. Kita dekat sana tiga hari. Kau boleh datang bila kau free".

Kata Malik kepada Vicky.

"Harap kerja aku siap cepat. Bolehlah aku bawa girlfriend aku sekali".

Kata Vicky, sambil menjelirkan lidahnya keluar. Seperti mengejek kawan kawannya. Tergelak semua kawan kawanya. Melihat gelagat Vicky. Bila masing masing sebuk berborak sesama mereka. Que bangun dari tempat duduknya dan beralih tempat duduk, disebelah Rosa.

"Awak! Nanti dekat sana teman i boleh?".

Tanya Que dengan nada yang manja dan agak berbisik, sambil mengesel geselkan tangannya ditangan Rosa. Menjeling manja Rosa bila Que kata begitu.

"Tak naklah Que! I takut bila duduk dengan u. Jari u tu suka merayap. Tak nak lah... Silap silap i kena rogol dengan u".

Balas Rosa selamber, sambil mencuit hidung Que. Que merapatkan dirinya kepada Rosa.

"Alahh kalau kena pun bukan sakit! Tapi sedap. Mesti u puas punyalah. Jangan mintak lagi sudah!".

Bisik Que kepada Rosa. Rosa menolak manja Qie dan melemparkan seyum gatalnya.

"Macam mana nak main! Kalau aku tak suka kau".
Balas Rosa selamber.

"Nak main, mana kesah suka ke tak sayang. Yang penting puas. Mengerang kesedapan tu yang buat i teruja nak dengar".

Menyeringai Que bila berborak sambil bermain bisik bisik bersama Rosa. Rosa pula melayankan sahaja Que. Yang sebenarnya mereka berdua memang suka bercerita tentang sex. Bila berborak berdua. Pasti ada sahaja topik Sex masuk dalam perbualan. Tapi mereka berdua belum pernah menjalinkan hubungan intim bersama. Yang peliknya Que tidak pernah berborak tentang sex dengan mana mana perempuan yang lain. Kecuali Rosa. Bagi Qie, Rosa merupakan gadis yang berfikiran terbuka. Begitu juga dengan Rosa. Bagi Rosa, Que adalah sahabat yang tidak berpura pura. Walaupun agak celupa.

"Ni main bisik bisik ni! Mesti ada projek baik".

Tegur Malik, kepada Que dan Rosa. Sambil Malik beralih tempat duduk, pergi kepada Oja yang duduk keseorangan diatas sofa, selepas Clara beralih tempat dan duduk disisi Wendi. Malik melabuhkan punggungnya disebelah Oja. Terseyum Oja, bila Malik bertukar tempat duduk.

"Projek biasa je Mal. Ajak Rosa buat projek dengan aku dia tak nak. Tak tau lah Rosa ni! Nak lelaki macam mana? Aku yang handsoms pun di reject. Nak lelaki Bangla agaknya".

Tergelak Que, Malik dan Oja. Rosa pula berkerut dahi, sambil jarinya mencubit peha Que. Mengelesat kesakitan Que. Bila mendapat cubitan padu, dari Rosa.

"Ingat sikit korang, tempat kita nak pergi ni hutan. Mulut jangan celupa. Jaga perbuatan tu. Tempat tu, bukan macam disco atau resorts yang kita selalu pergi"

Oja cuba mengingatkan kawan kawanya. Malik berpusing memandang kepada Oja, yang duduk disebelahnya. Que dan juga Rosa juga datang dekat dan duduk dibawah kaki Oja. Manakala yang lain hilang membawa diri, lepak didalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience