End part

Thriller Completed 43708

Bilik dilarang masuk
part Akhir

Terkejut Malik dan Oja, bila terpandang kedalam bilik terakhir itu. Malik dan Oja terhenti dari melangkah. Membuatkan kawan kawan yang berada dibelakangnya juga turut terhenti dari melangkah. Hanya Qaira sahaja yang meneruskan langkahnya…

“YakAlllah”

Jerit Oja, membuatkan langkah Qaira terhenti, berjalan kembali kepada Oja yang berada dibelakangnya. Mata masing masing memandang Oja yang menjerit lantas Oja memeluak sekuat kuat Malik yang berada dibelakangnya. Malik juga terbuntang mata melihat kedalam bilik itu.

“what happened”.

Tanya Wendi kepada Malik. Wendi tak berani untuk melihat kedalam bilik itu. Hanya menunggu apa yang Malik mahu kata kan. Clara semakin kuat menerkup mukanya didada Wendi.

“Tengok tu Wen”.

Arah Malik kepada Wendi. Kerana mulutnya tidak tahu untuk berkata apa kepada Wendi. Wendi menolehkan pelahan kearah bilik itu. Bila terpandang kedalam Wendi juga membuntangkan matanya, bila terpandang Que berada didalam bilik itu, bersama mahluk yang menyerupai wanita yang sangat buruk… Mahluk itu duduk meratap mayat Que. Sambil membuat bunyi tangisan yang sangat sayu. Bila melihat semua memandang kepada mahluk itu, mahluk itu mengalihkan pandangannya kepada mereka yang berada diluar bilik. Sambil menunding jari kepada Mereka berlima. Mahluk itu mengilai sekuat kaut hati. Membuatkan mereka berlima berpecah dan bertempiaran lari. Wendi dan Clara berlari masuk kedalam bilik dan mengunci pintu dari dalam. Oja dan Qaira berlari keluar dari pintu dapur. Manakala Malik terduduk dihadapan pintu bilik terakhir itu. Sambil matanya setia memandang mahluk menyerupai wanita buruk itu. Dirinya bagikan telah dipukau oleh mahluk tersebut.

“Tidak ada jalan lagi untuk kamu berlima, kecuali mati disini bersama kami”.

Itu yang diucapkan oleh mahluk tersebut. Malik sepertinya bodoh. Fikiranya tidak dapat berfikir dengan baik. Dia setia duduk dihadapan pintu bilik itu. Tanpa berbuat apa apa.

“Ehhh Mal mana?”

Tanya Oja, bila melihat kelibat Malik tidak ada bersama sama ketika diberlari keluar.

“Mungkin dengan Wendi”.

Balas Qaira

“Aku nak pergi cari Mal”.

Oja cuba masuk semula, tetapi dihalang oleh Qaira. Qaira menarik tangan Oja.

“Jangan masuk! Bahaya. Kita cari Pak Mat dulu”.

Oja memandang Qaira dan menarik nafas panjang. Qaira menarik tangan Oja agar Oja berjalan bersamanya pergi kerumah Pak Mat... Oja tidak dapat berbuat apa. Hanya mengikut tarikan Qaira. Sampai dirumah Pak Mat, Qaira tertinjau tinjau kedalam rumah pak Mat. Dia ingin memangil nama pak Mat, Tapi dia takut, suaranya akan mengganggu mahluk yang lain. Qaira menarik lengan Oja ajar mengikutnya masuk kedalam rumah Pak Mat.

“Macam tak ada orang je?”.

Kata Oja kepada Qaira.

“ Tak pe, kita masuk je kedalam”.

Ajak Qaira. Mereka berdua melangkah masuk pelahan lahan, bimbang mahluk lain pula yang berada didalam rumah pak Mat”.

“Abang janji akan jaga awak sampai bila bila. Abang tak sanggup berjauhan dengan awak. Maafkan abang kerana tak berjaya membebaskan awak dari cengkaman setan itu”.

Terhenti meraka dari melangkah. Bila terdengar suara Pak Mat, sepertinya sedang berbicara dengan seseoarang. Suara pak Mat kelihatannya sedang bersedih ketika berbicara. Qaira dan Oja melangkah semula. Kali ini lebih pelahan dan mencari arah suara Pak Mat… Qaira dan Oja terhenti dihadapan sebuah bilik. Oja menunjuk jarinya kepada pintu bilik itu dan diangguk oleh Qaira. Oja lantas menerpa masuk bersama Qaira kedalam bilik, dimana Pak Mat berada. Kali ini jantung mereka berdua bagikan mahu gugur, bila melihat Pak Mat merangkul mayat yang hanya tingal tulang dan disarungkan dengan baju kurung. Pak Mat juga terperanjat, bila melihat mereka berdua ada disitu...

“Apa semua ni pak Mat?”.

Tanya Qaira kepada Pak Mat. Pak Mat terbeliak matanya dan terus bangun dari duduknya.

“Aku suruh korang jangan keluar dari bilik. Apa yang tak paham bahasa sangat korang ni. Patutlah mahluk itu mengamuk. Sebab korang semua ni, datang mengacau tempat mereka. Korang ni memang bodoh”.

Marah Pak Mat sambil merenung tajam kepada mereka berdua. Qaira tidak menghiraukan kata kata pak Mat, matanya setia menoleh kepada mayat yang sudah reput itu.

“Siapa dia tu pak Mat?”.

Tanya Qaira lagi.

“Dia isteri aku. Korang berdua keluar”.

Jerit Pak Mat membuatkan Oja ketakutan.

“Kalau itu mayat isterinya, habis siapa yang selalu mengemas resort ini diwaktu lewat tengah malam”.

Bisik Qaira sendiri. Kerana dirinya pernah beberapa kali melihat isteri pak Mat itu. Bukan dia sahaja, Ibunya juga pernah melihat isteri pak Mat. Ibu mengatakan isteri pak Mat akan mengemas seluruh resort itu diwaktu subuh, Isteri pak Mat seorang yang pemalu dan pendiam. Sebab itu dia jarang mewujudkan diri dihalayak ramai… Fikiran Qaira betul betul bercelaru… Oja menarik lengan Qaira agak Qaira mengikutnya keluar dari rumah pak Mat itu. Oja yang menegak seperti kayu sambil berfikir itu, mengikut sahaja tarikan Oja.

“Kita masuk dalam bilik balik. Aku rasa lebih selamat”.

Kata Oja kepada Qaira. Qaira menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka masuk semula kedalam rumah, melalui pintu dapur. Sampai didapur, Oja dan Qaira dapati, Malik masih lagi terduduk dihadapan pintu bilik larangan itu. Oja berlari pergi kepada Malik yang seperti dipukai itu.

“Mal! Mal! Mallll”.

Teriak Oja sambil mengerak gerakkan bahu Malik. Malik masih tidak sedarkan diri. Dia hanya terpaku, duduk sambil memandang kedalam bilik itu. Oja bangun dari berada disebalah Malik dan memberanikan dirinya menutup pintu bilik itu. Kerana mahluk wanita didalam bilik itu sudah tidak ada. Membuatkan Oja sedikit berani. Bila pintu bilik itu ditutup, Oja kembali kepada Malik…

“Mal! Mal”.

Teriak Oja, Malik tersedar dan memandang Oja. Oja lantas memeluk Malik…

“Thanks got, kau dah ok”.

Kata Oja kepada Malik.

“Kenapa ni Oja?”.

Tanya Malik sepertinya tidak faham dengan apa yang berlaku.

“Entahlah Mal, aku pun tak tahu. Jommm kita pergi masuk bilik. Kita tunggu sahaja didalam bilik”.

Ajak Oja. Malik bangun dari tempat duduknya dan berjalan bersama sama Oja dan Qaira kebilik paling hadapn dimana tempat Wendi dan Clara berada. Sampai dihadapan pintu bilik, mereka mengetuk beberapa kali pintu bilik itu. Wendi dan Clara berpelukan ketakutan. Bimbang mahluk lain pula yang mengetuk pintu.

“Cal, buka pintu Cal. I Oja”.

Teriak Oja dari luar pintu bilik. Bila mendengar suara Oja. Wendi lekas lekas membuka pintu bilik. Mereka semua bergegas masuk kedalam bilik…

“ what happened”.

Tanya Wendi, bila melihat Malik yang kelihatan lemah. Sambil dipapah oleh Qaira dan Oja.

“Bagi dia berehat dulu”.

Wendi mengambil alih tempat Qaira dan memapah Malik dan diletakkan diatas katil. Malik baring diatas katil. Fikirannya masih lagi tidak menentu. Oja mengambil air dan memberikan Malik minum.

“Kita semua berehat aja dulu. Esok pagi kita kan uruskan semuanya”.

Kata Oja kepada kawan kawanya. Masing masing bersetuju…

………………………………….

“Hana, bangun sayang. Anak kita dah nak pergi tu”.

Kejut Zul kepada isterinya yang terlelap diatas sofa, ketika menunggu anaknya bersiap untuk pergi kedalam hutan hari ini…Tersentak dari mimpinya, Hana membuka matanya. Wajah Hana berpeluh peluh, bila dikejutkan Suaminya

“Awak ni kenapa sayang? Tidur sampai berpeluh peluh”.

Tanya Zul... Hana masih lagi tidak berkata apa apa. Hanya diam membisu. Mata Hana terpandang anaknya Malik yang baru turun dari tingkat atas dengan mengalas bag dibahunya. Hana memandang jam didinding. Jam menunjukkan sudah pukul 7.30pagi.

“Mal pergi dulu ya”.

Malik pergi kepada ibu dan ayahnya sambil bersalaman dan memeluk erat ibu dan ayah.

“Hati hati memandu tu Mal”.

Kata Zul dengan senyuman. Manakala Hana setia berdiam diri. Dia masih truma dengan mimpinya tadi.

“Awak ni kenapa? anak kita nak pergi tu. Awak diam je kenapa?”.

Tanya Zul. Berkerut wajah Malik, bila melihat perangai pelik ibunya.

“Mama ni kenapa?”

Tanya Malik kepada ibunya.

“Mama tak mahu kamu pergi”.

Lebih berkerut wajah Malik.

“Mama mimpi buruk, tentang tempat yang kamu nak pergi tu”.

Ketawa besar Malik dan Zul, bila Hana kata begitu.

"Jangan fikir sangat sayang. Mimpikan mainan tidur. Itu lah lepas sembahyanh subuh terus tidur balik, kan dah mimpi".

Kata Zul kepada isterinya Hana. Hana masih lagi tetap dengan kata hatinya. Mimpi itu satu pertanda buruk.........

............ Tamat....….....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience