kehilangan Rosa

Thriller Completed 43708

Bilik dilarang masuk
part20

Bila langkah Malik kebelakang beberapa langkah. Terdengar ketukan tingkap yang lebih kuat sehingga cermin tingkap nako itu sepertinya akan pecah, bila bila masa sahaja.

"Mal i takut lah!".

Oja turun dari atas katil dan merapati Malik... Clara, Rosa dan Wendi berpelukan sesama mereka diatas katil. Manakala Qaira duduk diatas kerusi sambil memeluk kakinya sendiri ketakutan.

"Ini semua salah betina tu! Kalau dia tak mengatal dengan Que, pasti Que tak akan mati. Dia memang tau bilik hujung tu tak boleh masuk. Tapi sebuk menyundal dekat dalam bilik tu".

Herdik Rosa kepada Qaira.

"Jaga sikit mulut kau tu. Dia yang cuba rogol aku. Dia yang tarik aku masuk dalam bilik larangan tu. Kau tak tau apa apa kau jangan buka mulut kau tu".

Marah Qaira kepada Rosa.

"Cukup tu! Ini bukan masa nak salahkan sesiapa. Kita harus duduk diam diam. Bukannya bertengkar...

"Tok! tok! tok!".

Pintu bilik diketuk seseorang. Malik berjalan pelahan dan merapatkan diri dihadapan pintu bilik.

"Tok Mat ke?"

"Hmmmm".

Balas suara dari luar. Bila mendengar sahaja suara orang membalas. Malik pelahan lahan membuka pintu bilik dan menjegah keluar. Tetapi tidak ada sesiapa. Malik cuba keluar dari bilik. tetapi dihalang oleh Oja. Oja menarik baju Malik, isyarat jangan pergi.

"Sekejap sahaja, saya nak tengok siap yang ada diruang tamu".

Kata Malik kepada Oja dengan nada yang pelahan dan sedikit berbisik.

"Hati hati".

Balas Oja... Malik keluar pelahan lahan dan melangkah keruang tamu. Kelihatan mayat Que ada ditengah ruang tamu. Tubuhnya ditutupi dengan kain batik. Tertelan air liur Malik, bila melihat mayat Malik dibiarkan begitu sahaja. Tanpa ada sesiapa yang membacakan surah Yassin.

"Zuppppp".

Terjatuh Malik, bila ada sesuatu menolaknya sambil berlari laju. Malik hampir hampir terjatuh diatas mayat Que. Mata membuntang mencari mahluk yang menolaknya. Tetapi tidak kelihatan.

"Awowwwwoooooooo"

Laungan serigala panjang melolong. Membuatkan Malik menjadi takut. Malik bagun dan berlari untuk masuk kedalam bilik semula. Hampir saja dipintu bilik.

"Ahaaaaaaa"

Malik merintih kesakitan, bila satu cakaran singah dibelakang badanya. Darah memancut keluar. Membasahi baju Malik... Bila mendengar rintihan Malik dari luar. Masing masing bergegas turun dari katil dan berlari dihadapan pintu bilik.

"Bukak! bukakkk!".

Tetiak Malik sambil mengetuk pintu. Oja membuka pintu bilik bila mendengar suara Malik. Bila pintu dibuka. Malik meluru masuk kedalam dan menutup pintu.

"Kenapa ni Mal?"

Tanya Wendi. Masing masing mengerumuni Malik, kecuali Rosa yang masih lagi duduk bersila diatas katil.

"Aku tak tau! Benda tu cakar belakang aku".

Malik menunjukkan belakang badannya kepada kawan kawan yang mengeruminya. Kelihatan luka dibelakang Malik betul betul dalam. Seperti dicakar oleh binatang buas.

"Haaaaa haaaaaaa hahahahhahaaaa".

Terkejut mereka dari leka melihat belakang badan Malik. Masing masing memandang ke atas katil. Bila terdengar suara orang ketawa sambil mengilai. Masing masing ketakutan, bila melihat Rosa menyeringai sambil ketawa seram.

" Hahahaaaaaaa! Haaahahahhaaaa! Aku dah penat terperangkap disini. Sekarang tiba masanya aku bebas. Terima kasih kerana membebaskan aku"...

Suara Rosa bertukar garau, seperti suara seorang lelaki yang garang. Bila di bersuara. Oja pelahan lahan menghampiri Rosa. Perasaan takut ditolak ketepi. Dengan berbekalkan sedikit semangat yang ada. Oja mengambil sebotol air mineral yang berada diatas alamari kecik dalam bilik itu dan mula membaca surah Yassin. Dengan harapan Rosa akan kembali pulih seperti sedia kala... Belum sempat Oja menghabiskan bacaanya. Rosa melompat seperti katak, turun dari katil dan meluru keluar dari bilik. Kelang kabut situasi disitu, bila Rosa mula menganas dan mendengus... Mata Rosa menjadi merah dan air liur menitis keliar dari mulutnya. Rosa berlari keluar dari bilik dan terus keluar dari rumah. Semua kawan kawan mengejar Rosa dan cuba menangkapnya, tetapi tidak berjaya. Rosa berlari dengan pantas dan terus keluar ketaman. Rosa sempat menoleh memandang kepada kawan kawannya, sebelum masuk kedalam hutan. Perbuatan Rosa itu, tidak dapat diikut oleh kawan kawnanya. Kerana suasan gelap didalam hutan itu, membuatkan mereka ketakutan... Tetapi renungan mata Rosa sebelum masuk kedalam hutan cukup cukup membuatkan mereka merasa sedih... Renunan Rosa, seperti tidak merelakan dirinya dikuasai mahluk itu.

"Rosaaa jangan Rosaaaaa balikkk".

Jerit Clara sambil menangis... Masing masing hanya mampu membiarkan Rosa pergi, hingga hilang dari pandangan mata.

"I nak balik Wen. I nak balik. I tak nak tinggal sini lagi. Sini cukup menakutkan i ".

Clara mula menangis sambil memeluk Wendi dengan erat. Wendi dan yang lain tidak dapat berbuat apa. Kerana hari masih gelap. Bahaya pasti ada, sekiranya mereka keluar dari situ disaat ini.

"Kita kena terus tunggu bersama sama. Kita jangan berpecah. Aku tak nak orang lain pulak yang hilang nanti. Rosa kita akan cari, bila hari menjelang terang nanti".

Arah Malik kepada kawan kawanya. Mereka masuk semua kedalam rumah.

"Ehhh mayat Que mana?"

Tanya Qaira kepada yang lain. Bila melihat mayat Que sudah tidak ada diruang tamu... Masing masing membuntang memandang antara satu sama yang lain. Bila mayat Que pula hilang. Baru sebentar tadi, mayatnya ada disitu. Dalam sekelip mata sahaja mayatnya gaib.

"Pak Mat ada dekat mana ya? Kenapa Pak Mat tak jaga mayat Que. Bukan ke pak Mat kata nak jaga mayat Que tadi?".

Tanya Oja kepada kawan kawanya. Masing masing hanya mengankat bahu, bererti tidak tahu kemana perginya pak Mat.

"Kita kena cari pak Mat dekat rumahnya. Mungkin pak Mat balik ke rumahnya. Rumah pak Mat dekat belakang tu. Jom ikut saya".

Qaira menunding jari kepada jalan menuju kepintu dapur. Masing masing memandang arah, dimana jari Qaira menunding.

"I tak nak lalu bilik hujung tu".

Kata Clara kepada kawan kawannya.

"I takut".

Kata Clara lagi.

"I juga takut Cal. Tapi kita kena kuat. Kita kena terus bersama".

Terang Oja kepada Clara. Clara hanya diam membisu. Sambil setia dipeluk Wendi.

"Jomm kita cari Pak Mat".

Ajak Malik... Mereka mula berjalan mengikut Qaira dari belakang. Qaira yang juga takut takut berani. Memulakan langkahnya, diikuti yang lain... Berjalan untuk melintasi bilik akhir itu. Semakin dekat semakin berdebar jantung masing masing. Clara menutup matanya dan menerkup mukanya didada Wendi. Wendi memeluk erat Clara. Langkah demi langkah. Sehingga memelintasi bilik itu. Kelihatan pintu bilik itu masih lagi terbuka luas. Tak sangup mata masing masing untuk melihat kedalam bilik itu. Bulu roma masing masing mula meremang bila sahaja mahu melintasi bilik itu. Oja dan Malik yang kelihatannya lebih berani berbanding yang lain, melirikkan mata mereka kedalam bilik itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience