Bilik dilarang Masuk!
Part14
"Oii mana Clara ni? Lamanya dia pangil Wendi".
Tanya Rosa kepada kawan kawannya.
"Alahh Ros, bagilah peluang sikit. Biarkan lah mereka berdua bermanja manja. Aku ajak kau bermanja dengan aku kau tak nak".
"Bodohlah kau ni Que".
Balas Rosa dan mengerutkan dahinya kemudian Rosa senyuman.
"Bila aku ayat Qaira, pandai pula kau cemburu".
"Ehh tolong sikit ya! Aku tak cemburu pun. Aku cuma menyampah tengok kau tu, pantang nampak awek".
Marah Rosa.
"Dah! dah! Jangan nak bergaduh".
Marah Oja pula. Mereka yang duduk diruang meja makan, beralih pula kepada duduk diruang tamu, sambil melayan television.
"Haaaa keluar pun?. Aku ingat korang berdua dah tak nak keluar".
Tegur Malik, bila melihat Clara dan Wendi datang keruang tamu dengan wajah yang berseri seri.
"Tadi tak lapar. Sekarang baru terasa lapar".
Wendi mula menyeringai memandang kawan kawannya. Que pula mengankatkan sebelah keningnya.
"Dah! Makan dulu".
Kata Oja kepada Wendi dan Clara. Bila Wendi habis makan, mereka berenam keluar ketaman dan duduk duduk dipangkin. Suasana malam yang cukup cukup mendamaikan. Bunyi cenkerik membuatkan gegendang telinga tidak terasa sepi. Sesekali bunyi ungka, membuatkan suasana sedikit seram...
"Ookkk akkkkkkk! Oooookkkk aaaakkkk!"
Suara ungka berbunyi lagi.
"Seram kann Bunyi tu?".
"Bunyi ungka tu".
Kata Oja kepada Clara. Clara mengangukkan kepalanya. Wendi pula memeluk Clara dari belakang. Agar Clara tidak takut.
"Oii apa tu?"
Tunjuk Malik kepada benda yang melintas laju. Ini kali kedua Malik nampak benda itu. Malik bangun dari tempat duduknya.
"Jangan Mal, bahaya".
Oja memegang lengan Malik. Malik menarik pegangan itu dan berlari mengikut benda itu menuju kebelakang rumah. Bila lihat Malik berbuat begitu. Mereka semua lantas terbangun dari bangku. Tetapi hanya Oja sahaja yang mengikut Malik yang berlari kebelakang rumah.
"Malik jangan Malik".
Teriak Oja.
Malik terhenti bila berada dibelakang rumah dan tertinjau tinjau kedalam hutan. Untuk mencari makluk yang berlari laju itu. Oja yang mengejar Malik tercungap cungap terhenti disisi Malik.
"Kau nampak apa Mal?"
"Tadi aku nampak benda berlari laju, terus kebelakang rumah".
"Kau ni Mal! Suka sangat buat benda bodoh. Bahaya tau, buat macam ni. Kan aku dah kata. Kalau nampak apa apa pun dalam hutan ni. Jangan pandai pandai nak tegur".
Oja sedikit meninggikan suara.
"Kalau kau dah tahu bahaya! Kenapa kau ikut aku?"
Marah Malik semula kepada Oja.
"Aku risaukan kau lah bodoh".
Balas Oja. Tersetak Malik bila Oja kata yang dia risaukan keselamatan dirinya. Malik merenung kepada Oja sambil berkerut dahi.
"Kau risaukan aku?".
Tanya Malik sambil memegang sebelah tangan Oja. Oja tersipu malu dan beralih muka ketempat yang lain. Terasa malu untuk menatap wajah Malik. Malik menarik dagu Oja, agar memandang wajahnya. Oja mengikut sahaja tarikan tangan Malik. Mereka berdua bertentangan. Malik meletakan sebelah tangannya dipinggang Oja.
"Aku suka kau".
Kata Malik yang agak berbisik ditepi telinga Oja. Lantas Malik memberi ciuman dipipi Oja. Terkejut Oja, bila Malik buat begitu. Tetapi Oja merelakan ciuman itu dan terseyum tertunduk kembali.
"Zupppp"
Terkejut mereka berdua, bila ada benda melintas betul betul ditepi bahunya dengan laju. Kali ini mereka berdua dapat melihat. Walaupun sekali imbas. Sesuatu mahluk yang besar dan berbulu baru sahaja berlari pantas. Malik melepaskan pelukannya dan berpusing memandang kedalam hutan semula.
"Awak nampakkan?"
Oja yang juga ternampak mahluk itu terbeliak biji matanya dan menganggukkan kepalanya. Bulu roma mula meremang. Oja mengosok gosok tengkuknya.
"Jomm awak".
Oja menarik lengan Malik dan berjalan kepada kawan kawanya semula. Bila sampai kepada kawan kawanya Oja mengarahkan semua masuk kedalam rumah penginapan. Walapun masih ada yang mahu duduk diluar, tetapi mereka harus akur dengan kata kata Oja. Kerana Oja lebih arif dalam hal hutan. Mereka masuk dan duduk kembali diruang tamu.
"Kau nampak apa Mal".
Tanya Que.
"Aku nampak benda berlari laju. Tapi aku tak tau apa tu. Aku rasaaa".
"Tak ada apa apalah Mal".
Oja memotong ayat Malik, dari bercerita lebih lanjut, kepada kawna kawnnya. Oja tidak mahu kawan kawan yang lain dalam ketakutan, terutama Clara. Kerana Clara memang seorang yang agak penakut.
Menjelang tengah malam, masing masing mula menguap didepan television. Mula mula Rosa bangun terlebih dahulu, untuk tidur kemudian diikuti Clara. Yang lain masih menahan mata didepan television. Wendi bangun dan terus masuk kedalam biliknya kemudian disusuli Que. Kini tinggal Malik dan Oja sahaja didepan television. Malik beralih tempat dan duduk disebelah Oja. Terseyum Oja, bila Malik bertukar tempat. Bila melihat Oja terseyum Malik mengakat sebelah tangannya dan diletakan dibahu Oja. Oja membalas sentuhan Malik. Oja menyandarkan badannya dibadan Malik dan melentukkan kepalanya didada Malik. Malik mendakap bahu Oja. Sedikit berdebar dada Malik, bila Oja memberikan tindak balas yang baik. Mereka berdua sambung menonton television bersama.
Share this novel