Cerita seram Oja

Thriller Completed 43708

Bilik dilarang masuk.
Part5

"Ceritalah beb, pasal mister hutan yang kau pernah pergi".

Kata Malik kepada Oja.

"Ahaaaa, aku pun nak dengar".

Kata Rosa pula, beria ia.

"Hurmm ok lahh"

Balas Oja yang sedikit mengeluh. Terseyum Malik, Que dan Rosa. Memandang kepada Oja.

"Aku ni bukan nak cakap aku pakar sangat pasal hutan. Memang setiap hujung minggu, bila aku free, aku akan ikut member member aku masuk hutan, panjat gunung. Walapun pun aku selalu juga pergi tempat yang sama berapa kali tapi kami tetap sesat untuk 2jam"

Berpandangan Rosa kepada Que dan mula merapatkan badanya dibadan Que. Terseyum Que, bila Rosa buat begitu dan Oja menyambung semula ceritanya.

"Masa aku pergi tu, petang dalam pukul 5 lebih macam tu. Keadaan agak gelap, sebab macam nak hujan. Tapi, sebabkan angin bertiup kencang. Kami andaikan angin akan membawa awan gelap itu ketempat yang lain. Aku dengan kawan aku lagi tiga orang meneruskan perjalan masuk kedalam hutan. Aku dan kawan aku kenal betul tempat itu. Sebab kami sering kesitu. Bila masuk lebih kedalam. Tiba tiba suasana jalan dan pokok pokok berubah. Dari kami kenal setiap susunan pokok disitu. Terus kamu merasakan lain sangat. Seperti tempat itu, baru pertama kali kami pergi. Kawan aku mula panik. Aku juga panik. Tapi aku tak tunjuk sangat. Sebab kami berempat semuanya perempuan. Kalau semua tunjuk panik, habislah kami semua. Aku mengarahkan kawan kawan aku, agar tidak masuk lebih dalam. Bimbang akan lebih sesat. Kami berpatah balik. Tetapi tidak ada jalan keluar. Hanya tempat yang sama kami berpusing pusing. Salah seorang dari kami, dia tu kuat sikit. Pandailah juga tentang bacaan bacaan ni. Jadi dia membaca beberapa surah dengan kuat. Aku pun tak tau dia baca surah apa. Sebab aku bukan pandai sangat".

Cerita Oja, sambil terseyum. Oja menyambung semual ceritanya.

"Sedang kawan aku membaca dengan kuat. Tiba tiba angin bertiup kencang. Awan yang kami harap akan bergerak ketempat yang lain. Masih gelap disitu. Cuaca mula bertambah gelap. Walaupun baru pukul5.30 petang. Tanda tanda hujan akan turun lebat mula datang... Aku dengan yang lain berlari berteduh dibawah sepohon pokok yang agak rendang dan besar. Kami betul bertambah risau masa tu. Tak tau nak cakap apa. Hujan lebat mula turun. Kami yang bertedun mula mengigil kesejukan. Hampir 1jam hujan turun tanpa henti. Hari bertambah gelap aku betul betup panik. Bila jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Hujan mula renyai renyai. Tiba tiba salah seorang kawan aku menjerit.

"Allahu akbar! Allahu akbar!".

"Terkejut aku dengan yang lain. Bila dia menjerit begitu. Rupanya dia ada nampak satu mahluk ini seperti pokok yang besar sedang merenung kepada kami. Tapi kami semua tak nampak. Hanya dia sahaja yang nampak. Dia mengarahkan kami semua menyebut Allahu akbar bersama sama. Aku dan yang lain sama sama menyebut. Dia juga mengarahkan kami untuk berlari mengikutnya sambil menjerit Allahu akbar. Kami yang ketakuta, apa lagi. Menjeritlah sekuat kuat hati, sambil berlari. Tak sampai 15minit. Kami jumpa jalan keluar. Terduduk sujut member aku dekat atas tanah. Lepas kejadian itu. Aku dah tak pergi tempat tu lagi. Aku dah pergi tempat lagi".

Terngangga Rosa, bila mendengar cerita Oja. Sambil memeluk lengan Que.

"Ehhh takutlah Ja! Seram pulak aku dengar cerita kau ni".

Kata Rosa.

"Sebab tu lah aku bagi tau korang. Mukut kena jaga. Kelakuan kena jaga. Jangan nak memantat pula dekat situ. Kang tak pasal pasal jadi hal lain pula".

Balas Oja selamber. Moncong Rosa bila Oja kata begitu. Sepertinya ditujukan buat dirinya. Kerana dia sorang sahaja perempuan disitu.

"Hisss kau ni Ja. Tak payahlah cakap macam tu. Aku ni mulut aja suka cakap benda yang lucah. Tapi aku belum lagi buat benda tu tau".

Rosa menegrutkan dahinya kepada Oja.

"Allooo janganlah merajuk. Kau ni! Aku cuma ingat aja. Bukan buat kau sorang. Buat kita semua. Hanya peringatan".

Oja mula rasa serba salah bila Rosa membuat muka masam...

"Wahhh anak dara lagi lah ni... Yammeee sedap tu".

Sampuk Que. Yang cuba membetulkan keadaan yang sedikit tegang antara Oja dam Rosa.

"Bodohhhh".

Rosa mula terseyum dan mencubit perut Que. Rosa kini terseyum kembali. Lega Oja, bila Rosa terseyum.

"Korang nanti aku datang ambil korang semua pukul 8pagi ya. Aku nak semua dah siap sedia tunggu depan rumah masing masing. Aku tak nak ada yang terhegeh hegeh nak pakai baju lah! Nak pakai mekup lah. Lambat aku tinggalkan".

Kata Que kepada kawan kawannya. Hari yang dinantikan tiba. Kegembiraan terpancar disetia wajah mereka. Satu persatu Que datang kerumah kawannya. Untuk mengambil mereka.

"Pinnnn! pinnnn! Cepat cepat".

Jerita Que kepada Rosa orang pertama yang dia ambil pagi tu.

"Hiss kau ni! Bising lah!"

Marah Rosa bila Que bermain dengan horn nya. Rosa membuka pintu belakang kereta Vellfire Bapa Que.

"Oii sayang! Kau nak duduk mana?"

Tanya Que bila Rosa membuka pintu belakang.

"Duk belakanglah bro".

"Dah dah! Kau duduk depan dengan aku. Kau kan girlfriend aku".

Menyeringai Que. Rosa menjeling manja kepada Que yang suka sangat bergurau. Rosa menutup pintu belakang dan membuka pintu dibahagian depan. Disebelah Que.

"Comelnya awek aku hari ini!".

Que memuji Rosa, sambil memandang kepada baju Rosa yang agak terdedah dibahagian dadanya. Bentuk buah dada Rosa yang menonjol terkeluar separuh. Membuatkan Que menelan air liur.

"Bodohlah kau ni!".

Cubit manja Rosa, bila Que merenung buah dadanya.

"Siapa suruh pakai baju macam ni? Kan dan buat aku rasa berdebar debar. Habislahhh, tak menentulah aku nak memandu nanti".

Gurau Que, kepada Rosa. Ketawa besar mereka berdua... Que meneruskan perjalannya menuju kerumah bujang Wendi kebetulan rumah Clara dan Oja juga diblock yang sama. Mereka berdua menunggu dibawah apartments sahaja. Yang terakhir, Que memandu kerumah Malik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience