Arahan

Thriller Completed 43708

Bilik dilarang masuk!
Part19

"Kenapa dengan dia pak Mat?"

Tanya Malik, bila melihat keadaan Rosa terbaring pengsan.

"Ada benda lain yang datang, bila mahluk didalam bilik itu melolong tadi. Sudah tu, mari kita angkat mayat kawan kamu, keluar dari bilik itu cepat"

Arah pak Mat dengan bengis. Malik mengendong Rosa, dan diletakkan diatas sofa.

"Awak dengan Clara tolong jaga Rosa ya. Saya dengan Wendi nak bantu pak Mat, alihkan mayat Que, keluar dari bilik itu".

Oja menganggukan kepalanya tanda setuju. Clara pula mengambil air mineral yang terletak diatas meja lalu merenjiskan dan menyapukan ke muka Rosa.

Bila sampai didalam bilik hujung, Wendi dan Malik mengigil ketakutan, bila satu lembaga putih sedang duduk meratap tubuh Que...

"Huhuuuuu huuuuu huuuuuuuuu"

Mahluk itu menangis. Pak Mat lantas membaca sesuatu dan mahluk itu gahib dari pandangan mata semua.

"Cepat bawa mayat itu keluar dari bilik ni. Kita harus kemas bilik ini dengan bersih".

Arah Pak Mat. Malik dan Wendi yang tercegat macam patung didepan pintu, bergegas masuk dan mengankat mayat Que keluar dari bilik itu. Mereka membawa mayat Que keruang tamu. Qaira merasa sedih bila melihat cara pemergian Que. Lantas Qaira menarik alas meja dan menutup seluruh tubuh Que... Dalam kedadan yang layu akibat baru sedar dari pengsan, Rosa terus duduk dari baring dan memegang kepalanya yang sakit.

"Kenapa kepala aku sakit ni?"

Tanya Rosa, bila sedari dari pengsan.

"Kau pengasan tadi".

Balas Clara. Tiba tiba Rosa mula melompat dari kerusi kebawah, dan duduk bersama sama Clara dan Oja.

"Tadi akuuu".

"Shuuuu jangan cerita dulu"

Oja memotong ayat Rosa, yang cuba bercerita sesuatu. Tentang kejadian didalam bilik itu. Terdiam Rosa dari berkata kata. Rosa memandang kepada mayat Que yang sudah pun dialaihkan dari dalam bilik ke ruang tamu. Rosa semakin rapat dengan kawan kawanya. Dari perasaan sedih melihat keadaan Que begitu. Terus bertukar kepada perasaan takut, melihat mayat Que. Mata Rosa beralih pula kepada Qaira yang duduk membatu dikerusi sofa satu seat. Menjeling Rosa bila Qaira memandangnya.

"Ikut aku bersihkan bilik itu pulak. Buat macam mana sebelum, bilik itu dicerobohi".

Malik dan Wendi mengikut pak Mat dari belakang.

"Pak Mat, Ara ikut kemaskan boleh?"

"Hmmmm".
Balas Pak Mat pendek.

Mereka bertiga berjalan masuk semula kedalam bilim itu dan mengemas bersih bilik itu. Pak Mat merenjiskan air bunga mawar kedalam bilik itu. Agar tiada lagi bau darah dan hanyir.

"Dah! Keluar dari bilik ini cepat. Kejap lagi dia nak datang balik. Kalau dia lihat bilik dia tidak sempuran. Dia akan mengamuk lagi".

Terang Pak Mat. Mereka semua keluar dari bilik itu setelah selesai berkemas. Pak Mat menutup semula pintu terakhir itu. Dan berjalan bersama sama yang lain keruang tamu...

"Awwwwuuuuuuuuuuuuuuuuu".

Sekali lagi bunyi laungan serigala kedengaran. Kali ini terasa agak dekat dengan kawasan penginapan mereka.

"Huuuuuu huuuu huuuu"

Disahut pula dengan suara tangisan puntianak yang duduk bertengek diatas pokok ditepi kawasan penginapan. Membuatkan suasana didalam rumah mula menjadi tegang. Mereka berlima mula berpelukan. Hanya Qaira sahaja yang keseoarang diatas kerusi, sambil mengigil ketakutan. Manakala pak Mat berjalan keluar dari rumah penginapan itu.

"Mal, kenapa tetamu Mat saleh tu tak keluar ke? Dia tak dengar bunyi bising ke?"

Tanya Wendi kepada Malik.

"Manalah aku tau! Tanyalah Pak Mat".

Bila melihat pak Mat datang semula keruang tamu, Wendi mula bertanyakan soalan yang sama ditanyakan kepada Malik tadi.

"Pak Mat! Kenapa tetamu yang lain tak dengar suara mahluk melolong tu ke? Lena betul mereka tidur".

Tanya Wendi.

"Sebab mereka tidak dikejutkan oleh sesiapa. Sebab itu lah mereka akan terus lena sampai ke pagi. Mereka tidak akan tahu, apa yang terjadi pada malam ni".

Terang Pak Mat. Masing masing berpandangan antara satu sama lain.

"Sudah! Kamu semua masuk kedalam bilik. Pastikan kamu duduk dalam satu bilik bersama sama. Takut kamu diganggu lagi. Pak cik akan jaga mayat kawan kamu ni".

"Boleh saya duduk dengan kamu semua?"

Tiba tiba Qaira mencelah. Masing masing berpandangan dan memandang kepada Qaira.

"Boleh ke guys".

Tanya Clara yang begitu kasihankan Qaira.

"Hmmm"

Balas Oja ringkas. Clara memandang Qaira dan mengangguk, tanda boleh. Sedikit terseyum lega Qaira, bila dapat bersama mereka.

"Dah dah cepat masuk bilik kamu".

Sergah Pak Mat. Masing masing meluru masuk kedalam satu bilik dan duduk beramai ramai. Hanya pak Mat sahaja yang berada diruang tamu. Suasaan didalam bilik sunyi sepi. Tidak ada sesiapa pun yang berbicara. Hanya anak mata masing masing sahaja yang memerhati sekeliling bilik dan tingkap.

"Tikkkkk"

Mereka berpandangan bila seseorang mencampakkan batu ditingkap nako, diluar bilik. Dimana mereka berenam berada. Malik dan Wendi berjalan pelahan ditingkap. Manakala Rosa, Clara dan Oja mula duduk bersama sama diatas katil. Cuma Qaira sahaja duduk keseorangan dikerusi ditepi television. Juga mengigil ketakutan. Malik mula merapatkan dirinya ketepi cermin tingkap. Manakala Wendi pula disudut belakang Malik.

"Jangan buka Mal. Kan pak Mat suruh kita duduk diam diam dalam bilik ni. Jangan pula kita nak cari hal lagi. Kita duduk aja diam diam, sampai ke subuh nanti. Baru kita boleh keluar dari bilik ni".

Marah Oja. Malik yang tadinya, mula bersedia untuk membuka tingkap bilik itu. Kembali berundur beberapa tapak kebelakang, di ikuti oleh Wendi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience