Apabila aku sedar, aku berada dalam bilikku. Felix di sebelahku tengah tidur lena.
Jap, aku mimpi je ke?
"Mihi dah bangun?" tanya Felix yang masih mamai. Aku memandang Felix lama.
"Jangan pandang aku macam tu" kata Felix, aku segera pandang ke arah lain.
Felix bangun bersila, dia memandangku. Dia memusingkan kepalaku untuk memandangnya.
"Kenapa kau macam awkward dengan aku? Biasanya kau yang banyak cakap" kata Felix pelik. Aku masih diam.
Kenapa aku rasa macam lain? Kenapa aku rasa ni bukan dia? Kenapa?!
Aku bangun lalu menghantukkan kepalaku di dinding.
HUWAAA SAKIT ODOE
"Woi gila kenapa dengan kau?!" tanya Felix lalu mendekatiku.
"Mihi! Berdarah lah!" kata Felix kuat. Aku memegang kepalaku, memang berdarah dho.
Felix membawa peti kecemasan. Dia menyapu lalu membalut kepalaku. Eih dia ni pandai² je buat.
"Kau ni dah kenapa hantuk kepala sendiri kat dinding?" tanya Felix marah. Aku diam menatapnya.
"Kenapa kau senyap je harini? Kau demam ke?" tanya Felix lalu menyentuh dahiku.
"Tak demam pun" kata Felix.
"Felix, bukan ke kita bergaduh semalam?" tanyaku. Felix mengelengkan kepalanya laju.
"Mana ada, kita seronok lah semalam" kata Felix. Mata aku terus membulat.
"Seronok?"
"Iye. Kita tengok movie sama² semalam selepas aku balik kerja sebulan" balas Felix.
WAIT APA YANG TELAH BERLAKU NI?
Jangan tanya aku apa dah terjadi, aku sendiri pun tengah blur.
"Ouh..."
"Aku nak pergi mandi dulu, nanti kita keluar jalan²" ujar Felix lalu masuk ke dalam bilik. Aku masih lagi termenung sorang² atas sofa.
Aneh, aku rasa macam aku accident...
.___.
Aku terus baringkan badangku ke atas sofa. Letih weh, seharian aku dan Felix keluar hari ni.
First time Felix macam ni dengan aku.
"Aku mandi dulu tau" kata Felix. Aku menganggukan kepalaku, dia pun masuk ke dalam bilik.
Selepas 30 minit, aku pula yang masuk ke dalam bilik. Aku mengambil pajama dan kain tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
20 minit kemudian, aku keluar dari bilik air.
Aku nampak Felix sedang bermain game atas katilnya, aku pergi baring di sebelahnya.
"Kita tak pernah buat" kata Felix tiber. Aku berpaling ke arahnya tak faham.
"Buat apa?"
"Ehemmm" Felix menutup game nya. Dia pun memandang badanku dari atas sampai bawah.
Shoot jangan cakap yang dia nak buat benda tu.
"Tak!³ Saya tak sedia lagi, hari lain lah ye" kataku lalu menarik kain selimut tanda siap untuk tidur.
Dia mengeluh lalu baring, dia meletakkan tangannya ke atas badanku. Aku dapat rasakan yang tangannya mula mencabut butang bajuku perlahan².
"Ok lah Felix..." kataku pasrah.
Share this novel