Cuti sekolah sudah bermula. Seperti biasa kalau hari cuti datang, aku akan baring di atas katil sambil membaca komik.
Tiba² aku teringat sesuatu
Aku bukannya single sekarang
Cepat² aku mengambil telefonku lalu membuka KakaoTalk. Aku sedikit takut nak chat Felix. Alah nak takutkan apa? He is my boyfriend now.
'Felix jom keluar'
Aku terus menutup telefonku, takut apa yang Felix akan balas.
Ting!
'Ok'
'Jumpa kat Sungai Han'
'Ok'
Senang je rupanya nak ajak dia keluar, aku ingat kena merayu kat dia dulu.
Aku pun bersiap² lalu ke Sungai Han.
.__.
Aku berdiri di bawah pokok. Kadang² tengok orang lalu lalang, kadang² tengok telefonku.
Haish mana Felix ni? Dia dah lewat 5 minit. Harh ni lah lelaki, suka datang lewat.
"Hey" aku terus berpaling ke belakang.
Felix yang memakai baju hitam lengan pendek but oversize. Pakai seluar jeans yang bewarna hitam. Kasut pula jenis kanvas bewarna putih.
"Dah lama ke kau sampai?" tanya Felix. Aku mengelengkan kepalaku. Ni boyfriend, kena lah jaga hati dia.
"Jangan tipu, aku dah lewat 5 minit" kata Felix, aku memandangnya hairan.
Ouh tau pun lewat dah pi tanya tu kenapa astaga-Dalam hati aku
"Hermm, jom lah" aku berjalan meninggalkan Felix. Tetiba sakit hati dengan perangai budak ni sorang.
Felix pun berjalan di sebelahku.
Semasa kami berjalan, aku merasakan seseorang yang sedang memerhatikan aku. Apabila aku berpaling ke belakang, seorang lelaki sedang menatapku kemudian senyum padaku.
"Felix..."
"Jom" Felix menarik tanganku untuk pergi dari situ. Jap, Felix tahu ke yang lelaki tu tengah tengok aku sekarang?
Aku rasa tak sedap hati dengan lelaki tu, apabila aku berpaling ke belakang lagi aku melihat lelaki itu sedang mengikutiku.
Semakin lama, semakin dekat.
"Felix saya takut" bisikku perlahan. Aku dapat rasakan Felix berjalan semakin laju.
Tiba² ada seseorang menarik lenganku yang membuatkan aku terjerit kecil.
"Apa?" tanyaku takut. Lelaki takdi sedang menatapku dengan senyuman menakutkan.
"Boleh tak saya nak nombor telefon awak?" tanya lelaki tersebut. Aku mengelengkan kepalaku tanda taknak berikan.
"Ala boleh lah...Kita kenal kenalan lepastu boleh lah kita jadi lebih sebagai kawan" katanya yang masih lagi dengan senyuman.
"Woi kau buta ke? Boyfriend dia ada kat sebelah dia ni" celah Felix. Felix pun meletakkan lengannya dia atas bahuku.
Lelaki itu mengabaikan Felix lalu menarik tanganku untuk pergi dari situ tapi sempat dihalang oleh Felix.
"Kau ni b*doh ke apa?" tanya Felix. Dia menarik kolar baju lelaki tersebut.
"Aku takkan biarkan kau sentuh girlfriend aku. Ramai lagi perempuan single kat luar sana. Ada akal, tolong guna" kata Felix dingin lalu melepaskan kolar lelaki tersebut.
"Cis macam lah aku nak sangat perempuan kau tu!" kata lelaki itu lalu pergi. Orang yang berada di sekitar ini berhenti tengok kami bertiga.
Felix memandangku yang menunduk. Tangan dan kaki aku ketar. Rasa sejuk di seluruh badan.
Felix memelukku kekok, aku membalas pelukannya lalu menangis.
"Saya takut!" kataku dalam esakan. Felix mengusap rambutku perlahan.
"Mari kita balik" kata Felix dengan suara lembut. Aku menganggukan kepalaku.
Ni kali pertama aku dengar suara dia yang lembut. Biasanya kalau dia cakap dengan orang, mesti suara dia kasar.
Apabila sampai di hadapan rumahku, Felix menekan loceng rumah. Tak lama kemudian omma keluar.
"Ommoo Mihi apa dah jadi dengan kamu?!" tanya omma risau. Aku segera memeluk omma sambil menangis. Omma membalas pelukanku lalu menggosok belakangku.
Omma memandang Felix yang berdiri di belakangku.
"Ni siapa?" tanya omma. Felix membongkokkan badannya 90°.
"Annyeong Felix imnida" Felix memperkernalkan dirinya.
Felix bagaikan memberi isyarat pada omma menyuruhku untuk masuk.
"Mihi kamu masuk dulu, omma nak cakap dengan Felix" kata omma. Aku menganggukan kepalaku, kakiku perlahan² melangkah masuk ke dalam rumah.
Bila aku masuk bilik, aku terus rebahkan badanku di atas katil lalu tertidur.
Share this novel