"Yes! Finally kita dah graduated school!" jerit Soojin gembira. Aku dan Han mengelengkan kepala manakala Felix hanya melihatnya.
"Jom makan² nak? Aku belanja!" kata Soojin. Aku dan Han serentak angkat tangan tanda setuju. Semua memandang Felix.
"Aku ikut je" kata Felix.
So kami pun pergi ke kedai makan.
"Whoa!! Aku nak ni, nak tu, nak ni jugak!" kata Han. Soojin menganggukan kepalanya dengan senyuman.
"Ok², pesan je" kata Soojin. Sejak bila pulak Soojin jadi baik hati ni?
"Mihi Felix, pesan lah" kata Soojin. Aku menganggukan kepalaku.
"Felix, nak makan apa?" soalku. Muka Felix nampak berfikir.
"Aku makan sama macam kau lah" kata Felix.
"Alaaaa, Soojin ni belanja bukannya selalu. Baik awak pilih elok²" kataku.
"Haish ok. Aku nak Japchae" kata Felix. Aku menganggukan kepalaku.
"Aku nak Bibimbap, Felix nak Japchae" kataku. Soojin menganggukan kepalanya lalu menulis pesanan di atas kertas.
"Ok dah takde apa² ke ni nak pesan? Kalau tak aku nak hantar ni" kata Soojin. Semua menganggukan kepala, Soojin pun pergi hantar lalu kembali.
Tak lama kemudian, makanan pun sampai. Kiteorang pun makan dengan begitu lahap sekali, macam dah tak makan 5 tahun.
Apabila selesai makan, Soojin menepuk tangannya perlahan.
"Wae?" tanya Han.
"Jom main cabaran nak?" ajak Soojin. Aku dan Han menganggukan kepala tapi Felix mengelengkan kepalanya.
"Ala Felix, jom lah main sama²" kataku dengan suara yang sengaja dimanjakan.
"Ok², tak perlu lah buat suara macam tu menyampah pulak aku" kata Felix. Aku hanya tersengih² seperti kerang busuk.
"Ok start dari aku, korang nak suruh aku buat apa?" tanya Soojin. Aku tersenyum nakal, hahaha akal jahat ku mula berfungsi.
"Ni cabaran kan? Maksudnya kau kena buat lah kan?" tanyaku. Soojin menganggukan kepalanya.
"Yes! Bagi lah apa² pun cabaran kat aku, aku akan terima dengan pintu hati yang terbuka" kata Soojin yakin.
"Kau couple dengan Han satu minggu" kataku. Han yang tengah minum air kat sebelah terus tersedak.
"What the? Aniii" Soojin mengelengkan kepalanya tak setuju, sama juga dengan Han.
"Ni cabaran" kata Felix. Haha! Felix pun satu kepala je dengan aku.
"Aishh, ok..." Soojin menghela nafas berat. Berat sungguh ujiannya hahahhahahahahahha.
"Giliran Han pulak"
"Cabaran Han sama lah macam Soojin" kataku. Han mencebik, redha dengan ketentuannya.
"Giliran Felix pulak" kata Soojin, senyuman jahat mula terukir di bibirnya.
"Kiss Mihi" kata Soojin. Mata aku dan Felix terus membulat.
"No!" kata aku dan Felix serentak.
"Kenapa tak boleh pulak? Korang kan pasangan?" tanya Han pelik. Aku dan Felix memandang sesama sendiri.
"Arh..." aku tak tahu nak balas macam mana. Aku memang dah lama tunggu nak kiss Felix, tapi kalau dia tak selesa aku pun jadi tak selesa.
Felix menarik badanku supaya badanku menghadap badannya. Dia memegang kedua² belah pipiku, dia menatap dalam² mataku.
Tanpa sedar, bibirnya sudah melekat di bibirku. Pipiku mula membahang, aku dapat dengar yang Soojin dan Han bersorak di tepi.
Perlahan² dia meleraikan ciuman, aku memandangnya tak percaya.
"I love you"
Selepas Felix ucap macamtu, pandanganku terus gelap.
.___.
"Oit Mihi" Felix mencubit pipiku perlahan yang membuatkan aku tersedar dari lamunan.
"Ouh awak dah balik" kataku sedikit terkejut. Jauh kebenor aku termenung sampai Felix balik pun tak sedar.
"Mengelamun apa?" tanya Felix lalu ke dapur untuk minum air. Aku mengikutinya dari belakang.
"Saya ingat balik masa kita tamat sekolah haritu" ujarku.
"Jadi kau ingat balik lah masa aku cium kau pastu kau pengsan?" tanya Felix. Aku menganggukan kepalaku malu.
"Abaikan perkara tu!" kataku malu. Kedengaran Felix ketawa halus.
"Yeah² ok" kata Felix lalu minum air.
"Tak sangka, masa cepat je berlalu. Rasa tu baru semalam berlaku, padahal dah setahun masa berlalu" kataku tak percaya. Felix menganggukan kepalanya tanda setuju.
"Iye lah kan. Dulu kau asyik tengok je aku dari jauh. Sekarang kita dah duduk sebumbung" kata Felix. Aku memandangnya terkejut.
"Awak sedar yang saya selalu tengok awak dulu?" tanyaku malu. Felix menganggukan kepalanya.
"Aku dah lama sedar, sebabtu aku suka duduk dalam kelas" kata Felix. Mulutku menjadi huruf 'O', ouh sebab ni lah Felix selalu ada dalam kelas dulu.
"Dah jom arh masuk tidur, esok akan jadi hari yang baru" kata Felix. Aku menganggukan kepalaku.
Aku dan Felix pun masuk ke dalam bilik bersama untuk tidur.
~___~
-Ok author nak bagitahu ni, takut korang tak faham.
-Mihi dan Felix ni sebenarnya dah habis sekolah, so dieorang tinggal bersama but dieorang tak kahwin lagi.
-Biasa lah kan? Dieorang bukan islam so it's ok lah nak tinggal sama² pun :)
-So kejadian takdi Mihi just teringat kembali je...
_Hope korang faham dengan penjelasan author ni_
Share this novel