Enam

Fanfiction - KPOP Completed 2145

Kringgg

Loceng waktu pulang udah berbunyi, semua di dalam kelas bangun untuk bersurai.

Aku dah suruh Soojin supaya kemas lambat² sikit, nak tunggu Felix lah ni.

Sekarang tinggal aku, Soojin, Felix dan Yoona. Dah Yoona ni pesal odoe ada kat sini jugak?

Selepas Yoona siap kemas, dia mendekati Felix lalu memeluk lengannya.

"Felix jom balik sama²" kata Yoona. Felix mengeluh lalu menepis tangannya perlahan.

"Aku dah bosan layan kau sorang harini" kata Felix menahan marah. Tapi Yoona memeluk lengan Felix.

"Alaaa jom lah harini je" Yoona masih tidak mengalah. Felix mengeluh buat kali kedua, dia pun memandangku.

Aku buat² tak tahu, kalau aku tengok kan nanti kena sound dengan Yoona pulak.

"Awak malu sebab ada di ni ke?" tanya Yoona lalu menunding jarinya ke arahku.

"Yah kau cepat sikit boleh tak? Macam siput je" Yoona menolak kasar badanku. Nasib aku sempat berpaut kat meja, kalau tak mesti aku dah jatuh.

"Fu*k, b*tch what are you doing?!" Felix terus menolak Yoona lalu ke arahku.

Felix menarik tanganku untuk keluar dari kelas, tapi aku menahannya.

"Beg saya" kataku.

"Soojin tolong ambil beg dia!" arah Felix lalu menarik tanganku keluar dari kelas.

Aku hanya biarkan dia tarik tangan aku sebab pegangan tangannya tak terlalu kuat, jadi dia tidak menyakitkan ku.

Sampai lah di stor sekolah, Felix melepaskan tanganku.

"Kau ok?" tanya Felix risau. Aku menganggukan kepalaku dengan senyuman.

"Yup saya ok je! Saya tak sempat jatuh takdi, so saya tak cedera" ujarku untuk tenangkan hati Felix. Felix menarik nafas lalu menghembusnya kuat.

"Nasib aku ada tau, kalau Yoona terus buli kau masa aku takde macam mana?" tanya Felix serius.

"Biar kan lah dia" balasku bersahaja. Aku sebenenarnya tengah memikirkan sesuatu.

"Kau tak geram ke asyik kena macam tu?" tanya Felix lagi.

"Abaikan lah Yoona. Saya ada terfikir satu cara macam mana Yoona tak kacau aku" kataku. Felix mengangkat keningnya sebelah tanda nak tahu.

"Apa kata kita tak berjumpa satu sama lain kat sekolah. Kita jumpa pun masa dalam kelas je, tu pun kita buat² tak nampak satu sama lain" ujarku. Felix mengelengkan kepalanya.

"Ani, macam mana kalau Yoona datang kacau kau?" tanya Felix tak setuju dengan cadanganku.

"Soojin ada, don't worry" balasku dengan senyuman.

"Mihi! Felix!" serentak kami berdua memandang Soojin yang tercungap².

"Aku cari korang takdi, rupa²nya kat sini" kata Soojin. Felix menjeling ke arahku lalu pergi.

Sebelum keluar, dia ada bisikkan sesuatu pada Soojin. Dia pun pergi. Cepat² aku mendekati Soojin.

"Felix bisik apa?" tanyaku ingin tahu. Soojin mengelengkan kepalanya dengan senyuman.

"Takde ape², jom balik" Soojin menarik tanganku untuk pulang. Aku hanya diam.

Dieorang ni ada something kah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience