Aku menelefon Soojin, nak minta nasihat kat dia.
"Soojin Soojin Soojin"
"Ye woi pesal?"
"Felix dia asyik marah je dua hari ni. Kenapa herh?"
"FELIX MARAH KAU KE?!"
"Ehh tak²"
"Ouhh, ingatkan Felix marah kau. Kalau dia marag kau, sekarang jugak aku pergi taekwondo dia" aku sekadar ketawa halus sebagai respons.
"Tak...Dia selalu...Haihhh jom keluar, tak best arh cakap dalam phone"
"Okey! Jumpa kau nanti"
Aku terus bersiap² lalu pergi ke caffee.
.___.
"Heyyo, dah lama sampai?" tanyaku. Soojin menganggukan kepala dengan bibirnya yang dah mencebik.
"Kau lambat, balasannya belanja aku amerikano" kata Soojin dengan sengihan.
"Eih kau ambil kesempatan herh?" aku menenyeh kepala Soojin perlahan lalu pergi membeli air.
Selesai menempah air, aku mahu ke meja Soojin tapi aku terpandang seseorang familiar.
Itu ialah Felix dengan seorang perempuan di hadapannya.
Herhh, aku takkan tuduh dia curang. Kalau tu sepupu dia? Harh tak ke malau aku nanti?
Tapi dia aku tengok balik elok² perempuan tu, aku rasa macam familiar gak.
EHHH TU YOONA!!
BETINA TU BUAT APA DEPAN BOYFRIEND AKU?!
Aku taknak marah, aku nak dengar sendiri dari mulut Felix.
Aku berjalan laju ke meja Soojin.
"Soojin jom balik, perut aku sakit lah" tipuku. Soojin memandangku pelik.
"Aik takdi ok je" kata Soojin.
"Memang lah, tu takdi ni sekarang" kataku sambil memegang perutku buat² sakit.
"Ok lah kalau macamtu, kita tunggu air dulu lepastu balik" kata Soojin. Aku menganggukan kepalaku perlahan.
Aku takut Felix nampak aku je ni, lebih parah lagi kalau Yoona nampak aku.
Beberapa minit kemudian, air kami siap lalu kami pun pulang ke rumah.
.___.
11:00 malam
Mana Felix dho? Dari petang takdi lagi, takkan lah dieorang duduk kat caffee sampai malam?
Pintu pun terbuka dan nampak lah Felix yang sedang membuka kasutnya.
Aku berdiri tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku takut nak tanya dia, jadi aku hanya duduk balik di atas sofa.
"Tak tidur lagi?" tanya Felix. Aku mengelengkan kepalaku.
"Awak pergi mana?" soalku.
"Aku pergi keluar jumpa Han" balas Felix. Aku membulatkan mataku.
Alaaa Felix jangan lah tipu aku :(
"Betul ke?" tanyaku tak percaya. Felix memandangku pelik.
"Iye lah, kenapa? Tak percaya?" tanya Felix. Aku sekadar memberikannya sengihan.
"Haha tak lah ok bye²" aku segera berlari masuk ke dalam bilik lalu masuk ke dalam bilik air (banyak benor biliknya).
Aku pun menelefon Han.
"Han, Felix pergi rumah kau ke takdi?"
"Ha ah, wae?"
"Nothing"
Aku pun meletakkan panggilan. Apabila aku membuka pintu, Felix berada di hadapanku dengan muka dinginnya.
"Kau tak percaya aku ke?" tanya Felix sedikit sedih. Cepat² aku mengelengkan kepala.
"Ani!"
"Dah pastu kenapa kau tanya aku pergi mana? Siap tanya Han lagi untuk pastikan" kata Felix. Aku hanya diam menatap mukanya.
Aku salah tengok orang ke takdi herh?
Felix mengeluh kuat, dia berjalan untuk pergi tapi aku menarik tangannya.
"Felix, kenapa awak jumpa Yoona?" tanyaku. Felix memandangku terkejut.
"Macam mana kau tahu yang aku jumpa Yoona?" tanya Felix marah. Belum sempat aku nak jawab, Felix bersuara.
"Kau ikut aku ke?" tanya Felix, dia meninggikan suaranya yang membuatkan aku takut.
"Mana ada! Saya takdi pergi caffee yang sama dengan awak. Saya nampak awak dengan Yoona" balasku takut².
"Kan aku dah cakap duduk rumah, kau keluar jugak"
"Biar saya lah nak keluar pun!"
"Bila masa kau tak ikut cakap aku ni harh?!"
"Herh saya tahu. Awak taknak saya keluar dari rumah sebab awak nak pergi date dengan Yoona kan?"
Kami sama² diam selepas itu. Aku tatap Felix dan Felix tatap aku.
"Kau keluar...Keluar dari rumah ni" kata Felix. Membulat mata aku.
"Wait what Felix no!"
"Ni rumah aku! Aku suruh keluar, keluar lah!"
"Aku tak perlukan girlfriend macam kau lah! Kau annoying! Selalu nak perhatian aku, you're so clingy" jerit Felix.
Uwow, aku tak percaya apa yang dia cakap. Aku annoying?
"Ok, OK KALAU TU YANG KAU NAK AKU KELUAR!" aku mengambil kunci keretaku lalu aku pun berlari keluar dengan air mata yang mengalir.
.___.
Aku memandu kereta macam orang gila. Dah lah pukul 12 tengah malam.
Aku memandu dengan tahap kelajuan maksimum, aku fikir maybe dah takde kereta nak lalu.
But aku salah.
Keretaku bertembung dengan kereta yang berlawan arah denganku.
Dan sampai di situ sahaja aku ingat sebelum pandanganku menjadi gelap.
_Hahaha, aku rasa malu dho nak keluarkan chapter ni sebab nampak sangat childish dieorang_ ( ̄. ̄) _In reality aku yakin 100% yang Felix tak macam ni ye awak semua_ :)
Share this novel