Cahaya matahari yang menembusi tingkap bilikku membuatkan aku terjaga dari tidurku. Lamanya aku tidur, dari petang semalam hingga pagi ni. Petang tu pun dah pukul 6.
"Mihi! Kamu dah bangun ke? Soojin datang ni" kedengaran suara omma dari luar.
"Mihi dah bangun!" kataku. Tiba² pintu bilikku dihempas kuat yang membuatkan aku terkejut. Kelihatan Soojin yang berada di pintu.
"Mihi oh my god are you ok baby?!" tanya Soojin risau. Dia menggemgam erat tanganku. Aku menganggukan kepalaku sebagai jawapan.
"Baby ok je" balasku gedik.
"Arh baby tau tak baby buat I risau je bila dengar auntie Wang bagitahu I semalam" kata Soojin lalu buat² menangis di bahuku.
"Maafkan baby, baby janji tak akan buat lagi" kataku lalu mengusap kepala Soojin.
"Ehem"
Aku dan Soojin terus melihat ke arah pintu. Felix yang berada di pintu tengah mengetap bibirnya, mungkin geli tengok kami berdua.
"Oh Felix sejak bila ada kat situ?" tanyaku lalu menolak kepala Soojin. Soojin memberikan pandangan maut padaku.
"Aku nak turun bawah" kata Soojin dengan nada merajuk. Sebenarnya dia sengaja je tu.
Selepas Soojin keluar, Felix pun duduk di sebelahku. (Aku ada atas katil, dia duduk atas kerusi di sebelahku)
"Kau tak cakap kau lesbi sebelum ni" kata Felix selamba. Eih boleh dia cakap girlfriend dia sendiri lesbi?
"Mana ada lah!" kataku lalu memuncungkan bibir.
"Dah takdi apa?" tanya Felix sambil membuka bekas makanan. Dia bawak bubur nasi dho, macam aku tengah sakit padahal tak pun.
"Biasalah kawan, takkan awak tak pernah buat dengan kawan awak macamtu?"
"Kalau aku buat camtu dengan kawan aku, tak nya aku couple dengan kau sekarang" balas Felix. Aku semakin memuncungkan bibir, faham sangat apa yang dia maksudkan.
"Nah" Felix memberikan sudu dan bubur nasi itu kepadaku. Aku mengambilnya lalu makan.
Dalam kepala otak aku: Nak je suruh dia suap, tapi aku tau takkan mungkin terjadi.
"Sedap?" tanya Felix. Aku menganggukan kepalaku.
"Sedap! Walaupun sekadar bubur nasi but sedap" kataku bersungguh. Felix memberikan senyuman kecil padaku.
"Wait², awak senyum?" kataku tak percaya. First time aku nampak orang yang bernama Lee Felix senyum.
"Ani" balas Felix sepatah lalu memandang ke arah lain. Telinganya mula memerah.
"Elele, malu pulak" aku mencubit pipi Felix perlahan.
"Ak-aku nak turun bawah" Felix pun bangun lalu keluar dari bilikku. Aku terkekeh ketawa melihat gelagat Felix yang shy² like a cat eh tiber.
Soojin masuk ke bilikku dengan senyuman.
"Oit, kenapa muka Felix merah dho bila keluar bilik? Entah²..." Soojin menggigit bibir bawahnya dengan matanya yang melihat bibirku.
"Kau fikir apa b*bi?" aku membaling bantal tepat ke atas mukanya.
"Kau single keluar" kataku malu. Aku tak boleh bayang Felix kiss aku.
OAISDOSISJSAJSUSISISIDJJDJFJD
"Herh! Taknak kawan!" Soojin melemparkan semula bantal yang aku lempar kat dia takdi, nasib aku sempat mengelak.
Soojin pun lari dengan gaya yang amat gedik. Aku hanya mengelengkan kepalaku, apa nak jadi dengan kawan aku tu sorang.
.__.
Beberapa hari kemudian
'Felix², jom pergi tengok wayang! >_<
'Ok'
Aku tahu yang dia akan jawab 'ok'. Takde perkataan lain dah, satu patah perkataan tu je dia pandai reply.
Tapi nasib gak dia tulis 'ok' kalau dia tulis 'no'? Menangis sorang² lah aku kat sini.
Aku bersiap² lalu pergi ke pawagam. Aku nampak seorang lelaki pakai warna putih dan berseluar jeans biru. Ok tu lah gaya Felix.
"Felix" aku memanggilnya dan lelaki itu berpaling. Betullah, tu Felix.
"Dah lama tunggu?" tanyaku.
"Ha ah, 5 minit dah aku tunggu" kata Felix jujur. Wow jujurnya kamu.
"Jom lah" aku memegang lengan Felix lalu masuk ke dalam.
Aku sedar yang Felix menatapku tapi aku mengabaikan tatapan dia. Aku kadang² takut gak tengok muka dia, dingin camtu je.
Aku dan Felix pun mengambil tempat duduk. Kiteorang dah beli popcorn dan air.
Kiteorang tengok cerita romantic. Sampai lah scene kiss, aku jadi kekok.
Biasanya mak aku tolong tutup mata aku, tapi ni hermmm...
Aku memandang Felix di sebelah. Muka Felix tetap sahaja dingin. Agak²nya dalam kepala dia tengah fikir apa herh?
Aku kembali menonto cerita itu hingga habis.
Kami pun keluar selepas cerita habis. Kami pergi ke Sungai Han untuk habiskan masa sebab sekarang pukul 6, aku akan balik sebelum pukul 8.
"Oi, kau jangan bayang kita akan kiss macam dalam cerita takdi" kata Felix. Aku memandangnya pelik.
"Alah saya tak terfikir pun tentang benda tu but waeee? Kenapa kita tak boleh kiss?" tanyaku lalu memuncungkan bibir.
"Bibir tu jangan buat macamtu, nanti kau mati kehidupan seterusnya kau jadi itik aku tak tahu" kata Felix selamba. Aku memukulnya perlahan.
"Kalau saya lahir balik jadi itik, awak akan jadi itik juga and then kita pun couple jadi pasangan itik" kataku dengan sengihan.
"Kau ingat cerita dongeng?" tanya Felix lalu berjalan meninggalkanku. Aku pun terkedek² mengejarnya.
"Aip jangan nak alih topik. Kenapa kita tak boleh kiss?" tanyaku buat kali kedua.
"Bersyukur je lah aku jadi boyfriend kau" kata Felix. Dia pun meletakkan lengannya di atas bahuku.
Aku hanya diam. Betul apa yang dia cakap, aku sepatutnya bersyukur dia terima aku.
Tapi dia terima aku sebab dia suka aku jugak kan? •_•
Tsk, whatever. Aku pasti yang dia akan kiss gak suatu hari nanti.
SAYA PASTI! (cepat atau lambat je...)
_Sorry kalau mengarut...Idea dah semakin kurang :( _
Share this novel