Aku rasakan yang seseorang mengoncangkan badanku. Perlahan² aku membuka mataku.
"Bangun laaaa pergi masak, aku nak pergi kerja" kata Felix. Kelihatan dia dah pakai baju kerja.
"Wah first time awak mandi awal" gurauku. Felix hanya membuat muka lalu keluar dari bilik.
Aku pergi mandi dulu, aku hanya ambil sekitar 5 minit untuk mandi sebab Felix nak pergi kerja. Aku pun turun ke tingkat bawah dan masuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan.
Seperti hariku yang biasa.
Selepas membuat sandwich, aku memanggil Felix. Felix datang lalu mengambil tempat di hadapanku.
"Harini aku balik lewat sikit" ujar Felix. Aku menganggukan kepalaku faham.
Lepas makan, dia pun pergi kerja. Tinggal lah aku sorang² kat rumah. Boringgggg
But aku still rasa masa janggal sekarang, kenapa aku rasa macam aku tengah bermimpi je herh ni?
Tak mungkin, semalam aku hantuk kepala aku kat dinding sakit dho.
Aku membuat kerja rumah pastu aku tertidur.
Kring kring
Aku terus terjaga dari tidur, cepat² aku mengangkat telefon.
"MIHIIII KAU KENA PERGI KE TEMPAT YANG AKU HANTAR KAT KAU!" aku menjauhkan sikit telefon dari telingaku.
Ni Soojin lah
"Kau cakap slow sikit boleh tak? Aku tak pekak lah" marahku.
"Aish aish aish daripada kau marah aku, baik kau segera pergi tempat yang aku hantar kat kau tu" kata Soojin lepastu dia meletakkan panggilan.
Tanpa membuang masa aku membuka KakaoTalk, dia menghantar aku satu lokasi. Aku mengambil kunci kereta lalu pergi ke lokasi tersebut.
.___.
Whoa besar betul rumah ni. Rumah siapa ni?
Kalau Soojin suruh aku pergi, mesti orang yang aku kenal kan?
Apabila aku masuk ke dalam, aku terdengar suara familiar.
Ni Felixxxx
Aku try pulas tombol pintu, tak berkunci.
Aku dengan rilex nya membuka pintu. Kelihatan Felix dan Yoona ada atas sofa tenga hmm hmm.
Aku taknak cakap, nanti korang tak selesa pulak.
"Woi², nak buat tu buat lah dalam bilik astaga" aku menepuk dahiku. Ada bilik buat kat sini, dah lah pintu tak kunci.
Nasib aku yang masuk, kalau jabatan agama yang masuk harh macam mana?
OK OK MIAN SEBAB MENGARUT KE ARAH LAIN
"Mihi" Felix tak terkata². Yoona pula menyorok di belakang Felix.
"Hey Yoona lama tak jumpa" sapaku dengan senyuman sinis.
"Ok lah Yoona, kau buktikan yang kau dah berjaya ambil hati Felix. Aku kalah, cau lu bro" kataku lalu berpaling mahu pergi.
"Ouh ye Yoona, jaga Felix elok²" pesanku sebelum naik kereta pergi ke rumah Soojin.
.___.
Aku menekan loceng pintu rumah Soojin, apabila Soojin buka pintu aku terus menangis. Soojin segera memelukku lalu ajakku masuk ke dalam rumah.
"Mungkin Felix bukan yang terbaik untuk kau" kata Soojin. Aku masih lagi menangis.
"Siapa tak sedih dho? Dah nak dekat 4 tahun aku couple dengan Felix" ujarku sayu.
"Sudah lah tu Mihi, takde guna kau menangis untuk lelaki macam dia. Kat luar sana ada banyak lagi lelaki, dan salah seorang lelaki tu ialah lelaki terbaik untuk kau" kata Soojin lagi.
Aku memeluk Soojin lebih erat, esakan aku semakin kuat.
First time aku dengar Soojin cakap perkara yang terharu macam ni :)
"Jom kita masuk tidur, esok akan jadi hari yang baru" kata Soojin. Aku menganggukan kepalaku lalu kami berdua pun masuk ke dalam bilik.
Soojin menyuruhku baring di atas katil, aku pun ikut je lah.
Soojin duduk di sebelahku sambil memegang tanganku. Dia mula menyanyi yang membuatkan aku berasa tenang.
Aku rasa macam pernah dengar lagu ni.
Hey, you
I'm just now leaving
Can I come around later on this evening?
Or do you need time?
Yes, of course, that's fine
Hey, you
Good morning
I'm sure you're busy now, why else would you ignore me?
Or do you need space?
You can't help it if your mind has changed
Ni lagu Break My Heart Again, Felix pernah nyanyi lagu ni untuk aku.
Perlahan² aku rasa mengantuk, akhirnya mataku tertutup.
Soojin mendekatkan mukanya ke telingaku.
"I love you" bisiknya.
_Felix memang pernah cover lagu Break My Heart Again. Try je cari dalam youtube kalau nak imagine macam mana Felix selalu nyanyi kat Mihi_ ;-)
Share this novel