Sebelas

Fanfiction - KPOP Completed 2145

Aku memandang jam di dinding, dah pukul 1 pagi. Felix masih belum pulang. Risau aku dibuatnya.

Aku menelefon Felix beberapa kali, tapi tak diangkat. Alu setia menunggunya hingga pukul 2 pagi.

Kring kring

Dengan sepantas kilat aku mengambil telefonku, Han menelefonku. Tanpa membuang masa aku mengangkatnya.

"Hello Han"

"Mihi, Felix ada kat rumah aku ni. Tak perlu risau pasal dia" ujar Han. Aku menghembuskan nafas lega.

"Ok, thanks sebab bagitahu"

"Sama²"

Aku meletakkan panggilan lalu terus masuk ke dalam bilik. Aku menukar baju pijama dan tidur.

.___.

Keesokan harinya

Aku merasakan ada satu lingkaran tangan yang memelukku. Aku tersenyum, aku tahu siapa ni.

Aku memusingkan badanku menghadap badannya, aku senyum melihat Felix yang tidur lena.

Aku nak bangun, tapi Felix menghalangnya.

"Don't go" kata Felix. Aku memberikan senyuman padanya.

"Saya nak mandi lah Felix, saya kan busuk" gurauku. Felix hanya ketawa halus.

Aku pun mengambil kain tuala dan bajuku yang mahu kupakai nanti ke dalam bilik air.

15 minit kemudian

Aku keluar dari bilik air. Aku memandang telefon Felix yang tiba² menyala.

'Jom la keluar sayanggg'

Aku terkejut melihatnya. What the fuck? Felix curang ke?

Aku memandang Felix yang tengah tidur kemudian aku kembali memandang telefonnya.

Aku cuba fikir positif, maybe tu mom or adik beradik Felix? Eih cam tak mungkin adik beradik, aku nak panggil sayang ke adik aku pun erh.

Eh jap, mesti ada nama atas kalau orang send mesej kan? Dengan segera aku melihatnya.

Alaaa, Felix tak save nombor dia.

Telefon Felix menyala lagi.

'I nak keluar lagi macam semalam'

Aku rasa macam nak ambik phone ni and then lempar kat dinding.

"Mihi, buat apa berdiri kat situ?" tanya Felix separuh mamai.

Aku pergi duduk bersila di tepinya. Dia yang masih baring meletakkan kepalanya ke atas ribaku. Aku bermain² dengan rambutnya.

"Felix awak pergi mana semalam? Dalam keadaan marah lagi. Takut saya semalam" kataku. Bila ingat balik Felix hempas pintu macamtu, meremang bulu dibuatnya.

"Ada someone yang ajak aku pergi jumpa. Padahal aku nak luangkan masa dengan girlfriend aku ni" kata Felix lalu mencubit lembut pipiku.

Ewah dah pandai cubit pipi orang.

"Ouh, jadi macam tu luangkan lah masa dengan saya harini" kataku. Felix menganggukan kepalanya dengan senyuman.

Aku menatap wajah Felix.

Dulu dia dingin sangat, sekarang dia dah ok.

Felix bagaikan kucing. Mula² asyik nak cakar orang je kalau orang dekat or cakap dengan dia, bila dah lama² bermanja lah dengan orang.

Tiba² telefon Felix berbunyi, Felix mengeluh lalu bangun untuk mengambil telefonnya.

Dia memandang telefonnya marah, dia pun keluar dari bilik. Patut ke aku pergi curi² dengar? No³, Felix pun ada privasi dia.

Tak lama kemudian, dia masuk balik dalam bilik. Dia mengeluh kuat lalu melemparkan telefonnya ke atas katil.

"Serabut arh!" Felix menghentakkan tangannya kuat ke atas meja solekku. Terkejut aku dibuatnya.

"Felix what happening?" tanyaku takut. Felix memandangku dengan jelingan tajam. Aku terus menunduk, tak berani nak tengok muka dia.

"Mihi aku kena keluar, duduk rumah diam²" pesan Felix lalu keluar dari bilik. Aku dapat dengar yang pintu di ruang tamu dihempas kuat(sekali lagi).

Aku menghembuskan nafas, fiuhh aku betul² tak bernafas takdi. Seram dho...

Harap² takde benda yang berlaku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience