BAB 4

Romance Completed 7261

Ya Allah anakku, nakalnya. Selalu bangkang kata-kata. Aku mengusap lembut kepala anakku. Wajahnya yang comel begitu mirip sekali dengan wajah...

"Astaqfirullah." Aku beristiqfar. Mengapa aku harus mengingati kisah lalu? Kisah yang membuat hatiku terluka.

"Abang, tak baik tahu kata macam tu! Mama tak suka abang bercakap macam tu dengan kakak. Dengan orang lain pun mama tak nak abang bercakap macam ni. Faham!" Ucapku sedikit tegas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akanku cuba mendidik anakku sebaik mungkin.

Wajah anakku sudah mendung bila dimarahi olehku. Dia hanya menunduk. Aku hanya tersenyum. Sebijik macam ayahnya! Nakal!

"Abang jangan nangis ek, jom akak belanja aiskrim. Nak tak?" Fatimah memujuk anakku. Dialah kakak kepada anakku. Sentiasa bersama dengannya biarpun di mana. Kemana pergi mesti berdua. Begitu akrab sekali perhubungan yang wujud di antara mereka.

"Horey.. yeay... jom kak." Farihad melompat-lompat keriangan. Aku mengeleng kepala. Cepat sangat hilang rajuk bila si kakak yang pujuk. Umi di sebelahku turut tersenyum.

"Kita makan dulu ya! Atuk-atuk, nenek-nenek semua dah tunggu kita kat dalam. Nanti baru beli aiskrim. okey?" Fatimah mengangguk. Dia berjalan berpimpingan tangan Farihad masuk ke dalam rumah.

Aku mundar mandir sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Fikiranku berkecamuk. Mata-mata yang sedang memandang pada beg pakaianku di tangan, sudah aku tidak pedulikan. Mungkin mereka akan mengatakan bahawa aku baru datang dari kampung. Dengan pakaian ku hanya berbaju kurung lusuh dan bertudung.

Kepala terasa berpusing. Aku melangkah masuk ke surau berdekatan. Ingin mengambil rehat yang cukup dan solat. Sementara aku berfikir ke mana arah tuju. Juliana Eshaal bukan orang lemah!

Usai menunaikan solat, aku berbaring di bahagian paling belakang dalam ruang solat wanita. ingin berehat sedikit. Sekadar untuk menghilangkan sakit kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience