BAB 13

Romance Completed 7261

Berkecai mimpiku tadi. Terasa tangan kekar sedang memelukku dari belakang. Senyumanku terbit dari celahan bibiku. Siapa lagi dia, kalau bukan suamiku. Aku merapatkan pelukannya. Terasa bentuk badannya yang sasa. Aku menelan liur.

“Sayang buat apa kat sini? Dari tadi abang cari tak jumpa jumpa.” Dia memalingkanku untuk bersentang mata dengannya. Seyuman tipis dariku. Bibirnya makin hampir pada wajahku. Terasa panas menyerbu.

Lama.

Bibirku bertaup dengan bibirnya. Tangannya sudah merayap ke seluruh tubuhku. Jantungku pula berdegup tidak sekata. Tika tangannya hampir pada...

“Abang!” aku menepis tangannya.

“Maaf sayang. Abang tak bermaksud sebenarnya. Abang tahu sayang belum bersediakan? Abang janji abang takkan kacau sayang. Sampai sayang benar-benar bersedia.” Wajahnya kelat ketika menuturkan ayat itu. Serba salah pula aku jadinya.

Aku merapatkan bibirku di tepi telinganya. Ayat 1000 dinar ku lafazkan. Usai membaca,

“Abang kita sekarang duduk di beranda. Bukan dalam bilik. Abang jangan salah faham pula ya! Eshaal hak abang. Selamanya hak abang tahu? Eshaal sayangkan abang. Eshaal cintakan abang.” Tuturku malu malu.

Terdengar tawa halus dari bibir mugilnya. Dia menepuk dahi.

“Abang lupa la sayang, jom.” Dia mencempung aku masuk ke bilik. Di letakkan aku di atas katil. Dia menuju ke pintu beranda lalu ditutup. Suis lampu utama di padam. Jantungku sudah berdebar-debar.

Dia mapir kepadaku lalu berbaring di sebelahku. “Abang cintakan Eshaal sangat-sangat. Jangan pernah tinggalkan abang lagi tahu!” aku mengangguk. Dia merangkulku erat. Sekali lagi bibirku menjadi mangsanya.

Kini sudah tiada kedengaran suara darinya. Melainkan desahan-desahan halus darinya. Dia menjalar segenap ruang tubuhku. Aku merelakan. Sesungguhnya aku halal untuknya. Aku merangkul lehernya. Dialah suamiku dunia dan akhirat.

Sudah tentulah Farihad menjadi orang yang paling gembira. Dia sudah memiliki papanya dan mamanya pula sudah sembuh dari episode lara. Farihad siap berkata yang dia tak mahu tidur denganku malam ini, katanya tak baik ganggu pengantin. Aku hanya ketawa. Merah padam muka menahan malu. Semoga cinta kami kekal utuh tak dimamah waktu dihempas badai. Syukur kisah lara sudah berakhir, kini aku dan dia mahu menyulam bahagia biar sampai ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience