BAB 5

Romance Completed 7261

Aku membuka pelubuk mataku perlahan-lahan pabila terasa ada sentuhan pada tubuhku. Mataku membulat. Seorang lelaki sedang duduk bertinggung di sisiku. Aku cepat cepat berkalih untuk bangun.

"Eh, anak jangan takut. Pak cik ni imam kat sini. Dari tadi lagi pak cik lihat anak terbaring kat sini. Anak sakit ker?" Soalnya. Serban dikepalanya dibetulkan sedikit. Wajahnya mengoyak senyuman nipis.

"Err, sekarang dah pukul berapa pak cik?"

Dia memandang sekilas jam tangannya. Dia memandang ke arahku semula sambil tersenyum.

"Sekarang dah pukul 9.30 malam nak. Kenapa?"

Astaqfirullah, lamanya aku tertidur. Aku terbabas solat maghrib.

"Tak apa la pak cik. Saya nak solat dulu ya?"

"Owh, okey la macam tu, pak cik pun dah nak balik ni. Nanti anak tolong tutup pintu ya!" Ucapnya sambil berlalu pergi. Aku hanya mengikut langkahnya dengan ekor mata sahaja.

Usai solat isyak dan menghada solat maghrib aku berlalu keluar dari surau. Kepala masih lagi pusing. Aku bersandar pada pagar apabila aku rasakan sudah terlalu penat. Agak lama aku berjalan. Akhirnya aku terlelap di tepi pagar.

Silau cahaya mencucuk-cucuk mataku. Aku kelipkan mata beberapa kali. Seorang wanita sedang membaca alunan ayat suci Al quran di sampingku. Wajah itu mengukir senyum bila melihat diriku.

“Dah bangun? Apa yang anak rasa sekarang, masih lagi sakit?" Soal wanita itu penuh perihatin.

Jawapan untukknya tadi aku jawab hanya dengan mengeleng sahaja.

"Saya kat mana ni puan?" Soalku pula kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience