BAB 12

Romance Completed 7261

“Horrey...” bingit telingaku. Mendengar teriakan dari Zikry. Tangannya di depakan. Rahmat mendukung Farihad. Aku menghantarnya dengan ekor mata sahaja. Sebaik mereka hilang dibalik pintu mama bersuara. Aku berpaling pada mama sambil menjongketkan kening.

“Mama nak minta tolong dari Eshaal boleh?”

Aku merenung wajah mama. Wajahnya masih lagi dengan senyuman.

“Nak minta tolong apa mama?” Soalku panik. Mama sudah tersengih.

“Tolong terima semula Rahmat dalam hidup Eshaal. Mama yakin dia dah banyak berubah. Masa Eshaal keluar rumah hari tu, tiap masa dia menyalahkan diri dia tahu? Mama ada tanya sebab? Dia tidak pernah jawab. Sebab tu mama diamkan jer. Boleh kan Eshaal ?”

Terjegil mataku. Apa ni mama? Main paksa paksa pulak? Mana aci. Tak romantik langsung! Main orang tengah nak pujuk.

Seminggu aku menunaikan solat istikharah. Nak tahu apa? Seminggu jugak la wajah lelaki tampan itu yang muncul dalam mimpiku. Hari pertama memang muka dia. Aku tidak puas hati, hinggalah berlanjutan ke seminggu.

Malam ni malam yang cukup damai. Angin sempoi bahasa meniup segenap ruang wajahku. Sejuk. Tanganku kejap memegang tiang. Aku sedang berdiri di tepi balkoni. Di temani bintang bintang yang berkelipan.

Nun jauh di bulan, kelihatan para astronout sedang mengukur jarak bulan ke planet Marikh. Tentu mengambil masa yang agak lama untuk mengukurnya. Yang pasti, satu masa nanti hanya tulang belulang mereka sahaja yang akan di hantar ke Marikh. Tentu raja di planet Marikh terkejut. Para utusan yang di hantar dari bumi yang dahulunya penuh dengan isi kulit kini yang sampai hanya tulang sebatang dua.

“Sayang!!!”

Hampeh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience