BAB 10

Romance Completed 7261

Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Kedengaran suara orang sedang ketawa dari laman rumah. Aku mengintai di celah celah tingkap. Kelihatan Farihad sedang sedang bermain dengan Rahmat. Melihat si anak bermain dengan ayahnya cukup membuatkan jiwaku terasa lapang.

Tanpa sedar, bibirku mengukir senyuman.

Aku melangkah ke ruang tamu untuk melayan orang-orang tua. Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Kepala ku lentokkan di atas bahu Nek Mah. Nek Mah menepuk lembut bahuku. Rasa rindu kepada mama bertamu dalam hati. Apa khabar mama hari ini? Empat tahun aku langsung tidak bertemu dengannya.

“Mama, papa panggil.” Aku menoleh kepada Zikry. Haih anakku, sudah pandai memanggil ayahnya dengan panggilan papa.

“Kenapa papa nak jumpa mama, abang?”

“Tak tahu.”

Dengan malas aku menghampiri Rahmat. Ku lihat dia sedang duduk di atas kerusi. Matanya terpejam. Hatiku dapat rasakan dia sedang menanggung satu beban. Aku duduk di hadapannya. Aku berdehem.

Dia membuka matanya. Senyuman di beri untukku. Aku hanya memandangnya sahaja. Ikutkan hati ingin sahaja aku membalas senyumannya. Tapi ku tahan.

“Eshaal, sebenarnya abang nak bagitahu yang mama dah sebulan terlantar kat hospital. Dia kena kencing manis. Hari tu, abang ada cakap yang abang dah jumpa Eshaal. Mama cakap mama nak jumpa Eshaal. Eshaal datang ek jenguk mama? Abang harap sangat.”

Mataku membulat. Mama sakit! Wajahnya kelihatan muram. Jika aku ini halal untuknya, ingin sekali aku memujuknya.

Kami berjalan masuk ke HKL. Farihad dalam dukungan Rahmat. Mulut Farihad sedari tadi lagi pot pet pot pet. Mungkin pelik kami ke sini. Rahmat pula sentiasa menjawab soalan dari anakku. Kadang kadang dia mencuit pipi dan hidung Farihad. Farihad ketawa mengekek sambil memeluk tengkuk ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience