BAB 8

Romance Completed 7261

“Tak apa la, hari ni mama maafkan. Lain kali jangan makan lagi tau. Kakak bawa abang masuk, basuh mulutnya ya. Nanti mama masuk.”

Aku melangkah untuk masuk.

“Ehem”

Erkk.

Aku berpaling semula ke belakang. Macam mana boleh terlupa lelaki ini masih di sini. Kepala yang tidak gatal ku garu.

“Erm... Jemput masuk encik.” Pelawaku. Lelaki itu membututiku dari belakang. “Jemput duduk.” Aku melabuh punggung di atas kerusi di beranda rumah. Lelaki itu duduk berhadapan denganku. terasa kekok pula diriku ini.

“Eshaal sihat?” dia bersuara setelah lama suasana sepi. Aku membalasnya dengan mengangguk kepala. Suasana sepi semula.

“Encik…” aku memandangnya. Kata kataku mati. Dia merenungku. Kenapa aku rasa lain benar dengan renungannya kali ini. Wajahku pula terasa membahang. Ayat yang cuba aku ucapkan tadi kini berterabur. Aku diam sebentar. Menyusun semula ayat yang ingin di ucapkan tadi.

Kedengaran tawa halus dari bibirnya. Aku mengetap bibir. Terus aku mengambil keputusan untuk diam sahaja.

“Eshaal nak Tanya abang apa tadi?”

“Erk, encik sihat?” dapat juga aku luahkan. Dia memandangku sambil mengoyak senyumannya. Dia pantas mengangguk.

“Siapa tu Eshaal ?” tundingnya ke arah Farihad yang sedang bermain. Aku hanya diam.

“Dia anak abang kan?”

“Tak…”

“Kenapa dia panggil Eshaal mama ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience